Khamis, 13 Februari 2014

04 di machap - Google Blog Search

di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Polis Rekod Keterangan Saksi Kes Tembak Mati - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2014 11:05 PM PST


MELAKA – Pihak polis mengambil keterangan dua saksi awam bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis di Machap Umboo, Durian Tunggal Jumaat lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan terperinci akan dijalankan dengan seliaan rapi ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri kerana ia melibatkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) polis ketika melaksanakan tugas.

"Polis mengambil perhatian serius kejadian tersebut terutama apabila melibatkan kematian suspek dan kita akan laksanakan siasatan terhadap tindakan yang diambil anggota kita sama ada mematuhi SOP atau tidak, sama ada wajar atau tidak," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mendapati anggota berpangkat koperal terbabit melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Katanya anggota berkenaan kini diarah menjalankan tugas pentadbiran sementara siasatan dilakukan.

Ghee Lye bagaimanapun berkata tindakan melepaskan tembakan tersebut dilihat sebagai langkah mempertahankan diri anggota terbabit selain melindungi seorang wanita serta dua kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian.

Beliau meminta saksi atau individu yang melihat kejadian tersebut supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu mangsa yang berumur 37 tahun dipercayai cuba menyerang anggota polis yang memintanya menyerah diri setelah dia bertindak ganas mahu mencederakan orang lain.

Dia ditembak dan meninggal ketika menjalani rawatan di hospital. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Polis Rekod Keterangan Saksi Kes Tembak Matihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Polis-Rekod-Keterangan-Saksi-Kes-Tembak-Mati.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Polis-Rekod-Keterangan-Saksi-Kes-Tembak-Mati-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

MELAKA - Pihak polis mengambil keterangan dua saksi awam bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis di Machap Umboo, Durian Tunggal Jumaat lepas. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan terperinci akan dijalankan dengan seliaan rapi ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri...

MELAKA - Pihak polis mengambil keterangan dua saksi awam bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis di Machap Umboo, Durian Tunggal Jumaat lepas. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan terperinci akan dijalankan dengan seliaan rapi ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri kerana ia melibatkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) polis ketika melaksanakan tugas. "Polis mengambil perhatian serius kejadian tersebut terutama apabila melibatkan kematian suspek dan kita akan laksanakan siasatan terhadap tindakan yang diambil anggota kita sama ada mematuhi SOP atau tidak, sama ada wajar atau tidak," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mendapati anggota berpangkat koperal terbabit melanggar SOP yang telah ditetapkan. Katanya anggota berkenaan kini diarah menjalankan tugas pentadbiran sementara siasatan dilakukan. Ghee Lye bagaimanapun berkata tindakan melepaskan tembakan tersebut dilihat sebagai langkah mempertahankan diri anggota terbabit selain melindungi seorang wanita serta dua kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian. Beliau meminta saksi atau individu yang melihat kejadian tersebut supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan. Dalam kejadian itu mangsa yang berumur 37 tahun dipercayai cuba menyerang anggota polis yang memintanya menyerah diri setelah dia bertindak ganas mahu mencederakan orang lain. Dia ditembak dan meninggal ketika menjalani rawatan di hospital. - BERNAMA