Khamis, 13 Februari 2014

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Makam Hang Tuah <b>Tanjung Keling</b>

Posted: 12 Jan 2014 02:04 AM PST



Makam ini dipercayai Makam Hang Tuah, terletak di dalam kawasan tanah perkuburan Kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan Nobat Diraja tidak dimainkan selama tiga hari.
Semasa kecil Hang Tuah dibawa bapanya Hang Mahmud dan ibunya Dang Merdu Wati berhijrah dari Bentan ke Melaka lalu menetap dikampung Duyong. Didalam usia meningkat remaja bersama rakan-rakan sebaya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu telah memperlihatkan ketokohannya sebagai pahlawan disamping mempunyai sikap terpuji. Peristiwa menentang lanun-lanun dan menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk menjadikan Hang Tuah dan rakan-rakannya terkenal. 
Diawal pembukaan Melaka oleh Parameswara (1394-1424) terpaksa memberi bunga emas kepada Raja Siam. Di zaman Megat Iskandar Shah (1414-1424), Sultan Mahmmud Shah (1424-1444) dan Sultan Muzafar Shah (1445-1456) Melaka mula berkembang aman dan makmur. Walau bagaimanapun, Melaka adalah dibawah perlindungan negeri China bagi mengelakkan serangan orang-orang Siam. 
Di zaman Sultan Mansur Shah (1456-1477) Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Negeri Melaka dengan pemerintahan Sultan yang adil dibantu oleh Bendahara paduka raja Tun Perak yang bijak beserta keberanian Laksamana Hang Tuah dan rakan-rakannya Melaka tidak lagi dibawah perlindungan China dan dapat menumpaskan serangan orang-orang Siam. Melaka terus berkembang sebagai sebuah empayar dan menjadi pusat perdagangan diantara Timur jauh dan Timur tengah. 
Hang Tuah terus berkhidmat dibawah Sultan Alauddin Riwayat (1477-1488) dan diawal pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511). Hang Tuah meninggal dunia setelah berkhidmat dibawah tiga orang Sultan. Beliau dikatakan disemadikan ditempat ini. Tanjung Keling yang merupakan perkampungan Bendahara. Kata-kata hikmat hang tuah "Takkan Melayu Hilang Didunia" terus bergema hingga ke hari ini.  - gotomelaka.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia!! 
photo: Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads