ads

Sabtu, 1 Februari 2014

04 di sungai rambai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Sub pentadbiran daerah diwujuddi <b>Sg</b>. <b>Rambai</b> - Utusan Online

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

JASIN 29 Jan. - Sebuah sub pentadbiran daerah bakal diwujudkan di Sungai Rambai dalam usaha membantu memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, pusat sub pentadbiran yang dicadangkan di kawasan tersebut bakal mempunyai pelbagai kemudahan urusan kerajaan dengan konsep Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mini.

Menurutnya, kebanyakan penduduk setempat sebelum ini perlu berurusan di Merlimau dan pekan Jasin yang kedudukannya agak jauh dari Sungai Rambai.

Malah katanya, penduduk di sempadan Melaka-Johor seperti dari Kesang juga akan mendapat faedah dan tidak perlu lagi berurusan sehingga ke Muar memandangkan kawasan tersebut kini semakin sesak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Projek D'Rambai Istana di sini semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved