Khamis, 13 Mac 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Malay Rights: "Ada udang <b>di</b> sebalik batu" Kadir <b>Jasin</b> kritik Najib <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 10:16 PM PST

Tidak kusangka begitu dia
Ada udang di sebalik batu"

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 
Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 
Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 
Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 
Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi.

Adalah satu pekara yang tidak elok jika benar Datuk Kadir Jasin menyerang YAB Perdana Menteri semata mata permintaan beliau untuk menjadi Pengerusi Media Prima tidak tercapai. Nasihat saya kepada beliau selaku anak muda mengharapkan agar beliau Kadir Jasin berehat dan menumpukan sahaja fokus kepada keluarga beliau. Sejak zaman Tun Daim lagi beliau sudah meraih pelbagai bagai kemewahan untuk kehidupan beliau. Belum tentu anak muda hari ini mampu menandingi kegemilangan Kadir Jasin yang telah meraih pelbagai imbuhan. Nasihat saya berehatlah wahai Datuk Kadir Jasin.
"Burung puyuh burung taktibau
Terbang tinggi si burung bayan
Rupanya awan mengandung hujan"


- Malay Rights



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads