Jumaat, 14 Mac 2014

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Melaka Bird Park Tarikan Terbaru <b>di Negeri Melaka</b> | iLuvTour

Posted: 11 Mar 2014 04:22 AM PDT

Negeri Melaka memang terkenal kota bersejarah yang juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah dimana negeri Melaka dahulunya pernah menjadi pusat dagangan terbesar di asia tenggara kerana menjadi pusat persinggahan kapal dari serata dunia. Kini, negeri Melaka bukan sahaja sering dilawati oleh masyarakat awam dan pelancong luar kerana monumen bersejarahnya tetapi pelbagai lagi tarikan pelancong yang ada disana seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama dan banyak lagi.

Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20 Oktober 2010 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau yang kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

melaka bird park ayer keroh melaka

Antara tarikan terbaru yang ada di negeri Melaka adalah Melaka Bird Park yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada Mei 2013 dan sehingga kini Melaka Bird Park telah menjadi tarikan pelancong yang datang ke negeri Melaka.

Melaka Bird Park ini adalah taman pemeliharaan burung terbuka pertama di Melaka dan tempat pemuliharaan yang terbesar di Malaysia. Ia juga akan menjadi taman burung yang mempunyai koleksi terbesar spesis burung Malaysia. Melaka Bird park juga merupakan rumah kepada spesis burung dari kawasan lain dimana disini ia mempamerkan pelbagai spesies burung dari dalam Malaysia dan luar negara seperti Amerika Selatan, Asia, Australia dan Afrika.

spesis burung di melaka bird park

Melaka Bird Park menawarkan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman melihat burung dengan lebih dekat dan mendekati pelbagai spesies burung didalam satu tempat yang pada dasarnya susah untuk dilihat dimana-mana. Pengunjung juga boleh melihat sendiri bagaimana burung-burung ini makan makanan yang diberikan oleh petugas taman secara lebih dekat.

taman burung melaka ayer keroh melaka

Melaka Bird Park juga adalah lokasi yang sesuai untuk anda membawa anak-anak kecil kesini bagi mempelajari habitat dan perilaku burung secara lebih dekat. Pendekatan melalui penglihatan di depan mata adalah lebih cepat difahami daripada membaca melalui buku.

Bagi sesiapa yang meminati bidang fotografi dan ingin mencari lokasi yang sesuai untuk mengambil gambar burung, Melaka Bird Park adalah lokasi yang sesuai untuk anda.

Bayaran Tiket Masuk

Isnin – Jumaat
Dewasa RM 15.00, Kanak-kanak RM 10.00

Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Khas
Dewasa RM 20.00, Kanak-kanak RM 15.00

Lokasi Dan Pertanyaan

Melaka Bird Park Taman Botanikal,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka
Tel: 062330333 or 017-2296986
Email: info@melakabirdpark.com
Facebook: www.fb.com/melakabirdpark


View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads