04 di alor gajah - Google Blog Search |   
|    GELAGAT IBUBAPA PELAJAR - sekadar pandangan - Blogger Posted: 03 Mar 2014 06:39 PM PST   Penulis ucapkan  ribuan terima kasih dan komen di atas penulisan ` GELAGAT IBUBAPA PELAJAR `KAYARAYA' DI MRSM ALOR GAJAH' sebagaimana isi  kandongannya di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html. Penulis terima komen komen melalui `feedback' dan juga telefon. Majoriti  pengulas mengucapkan `kudus' kepada penulis tetapi ada juga yang tidak setuju  dengan pemerhatian penulis. Dengan kesempatan yang ada, penulis ingin menjawab  komen komen sinis tersebut.       Blog ini diberi nama Sekadar Pandangan yang bermaksud penulisannya hanya  pandangan peribadi penulis. Seterusnya tajuknya Gegalat Ibubapa atau perbuatan  yang dilakukan oleh ibubapa pelajar.       Semasa mengulas gelagat ibubapa pelajar ini, pemerhatian penulis mendapati  gelagat ibubapa yang membawa kereta mewah itu (termasuklah Rolls Royce,  Mecerdes Benz,BMW dan lain, bekalan makanan dan minuman yang banyak serta  komputer dan alat komunikasi yang canggih) ......       Salah seorang pengulas ialah Admin MRSM sendiri yang menulis bahawa  kemasukan pelajar ke MRSM berdasarkan merit iaitu keputusan cemerlang 5A.  Mungkin pencapaian keputusan ini senang diukur berbanding dengan `kekayaan  sesebuah keluarga'. Admin ulas bahawa pengurusan tahu dengan `detail' tahap  pencapaian 5A setiap pelajar dan markah A berada di antara 80-100 markah. Admin  mengakhiri ulasan nya dengan mengatakan `rezeki masing masing' dan jangan buruk  sangka sesama kita. Ulasan Admin juga bermaksud kemasukan pelajar ke MRSM dan  status ibubapa pelajar adalah rezeki Allah SWT.       Pada penulis, rezeki yang ALLAH beri itu berdasarkan sistem pincang atau  tidak sempurna MRSM. ALLAH memberi rezeki kepada orang berjudi juga.       Berdasarkan  keputusan UPSR, kelulusan 5A bertambah baik setiap tahun. Tidak keterlaluan  jika penulis katakan pelajar yang ibubapanya kaya, peluang adalah tinggi  untuk mendapat 5A asalkan rajin dan fokus belajar. Ini adalah kerana ibubapa  mereka mampu menyediakan yang terbaik untuk anak seperti `home tuition  one-to-one' dengan bayaran ada mencecah RM800-RM1000 @seorang@sebulan ( untuk  makluman profesion adik penulis ialah cikgu 'home tuition' berpengkalan di  Kuala Lumpur/Shah Alam. Pelanggannya 90 peratus anggota pekerja  Petronas), atau menghantar anak ke tuisyen biasa, membelikan pelbagai  jenis buku rujukan, buku latihan, menghantar anak ke seminar/ bengkel  kecemerlangan UPSR, bekalan makanan mencukupi dan  berkhasiat dengan  pelbagai pil vitamin minda/otak yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Ada  juga anak dibekalkan komputer untuk kemudahan belajar melalui e book. Ada  juga yang mampu menghantar anak ke kelas piano, muzik, tennis, karate  untuk memperbanyakkan sijil-sijil tambah nilai aktiviti. Dengan galakan  termasuklah kewangan daripada keluarga, tidak mustahil mereka boleh mendapat  5A.       Bandingkan itu semua  dengan anak orang-orang miskin yang serba serbi kekurangan, ( tak kira lah  bandar atau luar bandar yang berpendapatan kurang RM2000 @sebulan), atau anak  luar bandar yang kurang kemudahan infra nya, atau anak ibu/bapa tunggal yang  emosinya terganggu kerana keluarga tidak sempurna..... tetapi masih berjaya  mendapat 5A ( yang mungkin peratusnya 80-85 ) atau 4A 1B.  Dengan  kekurangan itu semua, mendapat 4A 1B atau 3A  2B pun sepatutnya mereka yang kurang berada ini sudah boleh  dipertimbangkan ke MRSM. Sebab itu ada istilah mata 'handicap' dalam  sesetengah permainan sukan untuk persaingan yang adil.       November  lepas, seorang kenalan atau kawan anak penulis dalam kategori susah telah pergi  ke pejabat negeri MARA untuk mendapatkan 'slip pin' bagi permohonan ke MRSM.  Permohonan ditolak kerana anak hanya mendapat 4A 1B. Betul lah kata  Admin... 5A sahaja yang layak. Tanpa rasa iri hati kepada anak orang  kaya yang mendapat 5A, peluang juga harus diberikan kepada anak orang  miskin yang mendapat 4A 1B. Awal-awal lagi peluang mereka dinafikan kemasukan  tanpa melihat latar belakang mereka. Kemungkinan 1B tu kerana perkara-perkara  yang penulis sebutkan di atas. Bagaimana hendak bandingkan pelajar pelajar  ini jika iklim pembelajarannya amat berbeza. Macam kita membandingkan oren  dengan epal. Apabila peluang 'pin'  tadi sudah diberikan,  seterusnya terserah lah kepada rezeki masing-masing. Bersainglah dan terpulang  kepada pertimbangan pegawai yang menemuduga untuk menilainya secara keseluruhan  kelayakannya.   Jangan menganggap sesuatu teguran sebagai buruk sangka. Tiada isu rezeki, atau anak akan menjadi bongkak seperti ibubapa yang bongkak atau lain-lain, isunya kita berusaha untuk menambah baik sistem pemilihan dan memberi keadilan kepada mereka yang benar-benar susah. Seperti kata Admin markah A ialah 80-100. Tidak mustahil mereka yang yang mendapat 98-99 adalah mereka yang latar belakangnya banyak membantu. Tidak begitu?   Adalah  menjadi tanggungjawab dan amanah kita semua terutama pengurusan MARA untuk  menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan menambah baik apa jua sistem dari  masa ke semasa. Kita tidak mengharapkan 100% 'perfect', sekadar memberi teguran  kepada apa yang berlaku di depan mata.     Ringkasnya jurang  pendidikan di kalangan pelajar miskin masih wujud. Penulis cadangkan sistem  kemasukan MRSM di rangka seperti di bawah:-     1.    Peratusan  pelajar Bandar dan Luar Bandar MRSM ditetapkan, mungkin 30 peratus pelajar  Bandar sahaja. Itulah matlamatnya.     2.    Pencapaian  5A sahaja untuk pelajar Bandar dan minima 4A 1B untuk pelajar luar Bandar.  Pelajar Orang Asli kemasukannya ditetapkan 3A 2B. Pentaksiran Bandar dan luar  Bandar mesti ditetapkan terlebih dahulu.     3. Faktor kriteria keluarga dimasukkan ketika pemilihan dan bukan merit 5A semata-mata. Mungkin juga Pengurusan MARA boleh menjadikan BRIM sebagai satu eleman kemasukan pelajar ke MRSM kerana LHDN mempunyai rekod setiap penerimanya.   Seorang pengulas tidak  gembira dengan pemerhatian penulis mengenai berkenderaan Roll Royce atau kereta  mewah  ke MRSM Alor Gajah. Beliau memberi alasan kereta tersebut sudah  berusia 24 tahun dan dibeli murah. Macamana orang lain tidak sangka buruk ? Di  Malaysia hanya orang kaya yang memandu Roll Royce. Sultan, Ketua Menteri  Sarawak (akan bersara pada 28Februari), ahli perniagaan yang sangat berjaya  (kalau setakat pegawai Kerajaan atau ahli perniagaan setahun jagung tidak  mampu) ATAU Sultan Melaka. Tidak mungkin pengulas itu Sultan Melaka yang palsu  itu.       Roll Royce mungkin  mampu di beli tetapi tahu tidak berapa cukai jalan dan insurannya setahun?  Berapakah penggunaan minyak sekilometer? Berapakah kos `monthly maintenance'  dan dimana kah `tunning up' dilakukan?       Penulis pasti penulis berada dikategori rendah pendapatan pada  masakini dan diharap anak anak akan dapat kerja selepas tamat ijazah pertama  bulan Disember 2013 yang lalu. Penulis harap pemilik Roll Royce dan kereta  mewah tidak menerima BRIM3 seperti yang di nikmati oleh penulis dan adik  perempuan penulis.       Mungkin juga Pengurusan MARA boleh menjadikan BRIM sebagai satu  eleman kemasukan pelajar ke MRSM kerana LHDN mempunyai rekod setiap  penerimanya. Penulis amat menghormati 17,000 rakyat Malaysia yang menulis  kepada LHDN agar mereka di keluarkan daripada senarai penerima BRIM. Mereka ini  sangat jujur dan memahami bahawa bantuan adalah untuk mereka yang berhak.      |   
| You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Terima kasih, ramai yang kaya dan pandai yang komen, saya yg tak pandai dan miskin rasa malu nak komen.. takut dikecam dengki dengan mereka, pemalas, kurang cerdik, x de kelas, berfikiran sempit dan tak sama taraf pemikiran dan kepandaian dgn mereka
BalasPadam