04 di serkam - Google Blog Search |
My Rainbow...: Ikan Bakar Lagi... <b>di Serkam</b>, Melaka Posted: 29 Jan 2014 05:00 PM PST Assalamualaikum..... Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini. Kita tak ingat. Tapi belumlah sampai setahun lagi usianya..heehehehe. Oh, entry2 kat blog kita ni memang tak ada tarikh kan. Kita bukan style menulis blog untuk diary. Blog ini adalah untuk rakaman rekod kehidupan dan yang paling penting, untuk berkongsi dengan umum. Lebih kepada makan2 jer kan... Dah itu jer yang tinggi trafiknya. Hahahahaha. Lagipun, ramai yang nak bercuti2 Mesia hujung minggu ni kan? Kalau ada yang nak melancung ke Melaka, bolehlah selongkar blog kita ni yer... Anyway, ada satu weekend tu, hubby ajak kami semua makan di luar. Saja lah...sebab Adam dapat no. 3 masa final exam, tapi kami belum ajak dia dinner lagi. Sekadar satu penghargaan untuk usaha Adam. Ain belum ada lagi masa tu. So, kami anak beranak dengan Mommy dan Firdaus jer la. Tak ada hala tujuan nak makan di mana. Last2, ikan bakar juga la.... Dah biasa pergi ke Umbai. Dengan niat nak explore dan mempromosikan tarikan di Melaka, kami menuju ke Serkam. Serkam ni kalau dari Melaka, ikut sign board arah ke Muar. Akan lalu Umbai dulu, lepas tu baru jumpa Serkam. Kalau dah termasuk highway AMJ tu, ikut arah ke Umbai. Alah...sekarang semua dah ada google maps, waze, dan berbagai2 lagi kan. Tapi ada segelintir yang masih old school dan lebih selesa dengan cara lama iaitu signboard...Insya Allah tak sesat. Susah2 sangat, tanya jer orang tepi jalan ke, kedai runcit ke...mana Medan Ikan Bakar Serkam. Disebabkan kami tak berapa biasa di sini, maka kami belasah jer kedai yang pertama tu. Ramai juga lah pelanggannya walaupun bukan musim cuti. Pandai2 lah baca signboard tu yer... Kami pergi ke kedai yang ada signboard kat atas tu. Macam biasa, pilih ikan, pilih hidupan laut yang lain dan pilih menu. Kami ambil dua ekor ikan. Ambil jenahak sekor, dan bahagi dua. Bakar sambal jer. Aduh mak...sodap ehhh. Sambal dia sedappp. Isi ikannya tak kering..dibakar sedang elok masaknya dan lembut sangat. Sambalnya wangi dengan bau hirisan daun kunyit. Tak pedas sangat. Cilinya terasa sedang2 je dan sambalnya pun lightly covered the fish. Ok, yang ni, recommended. Tak sah kalau tak ambil siakap. Ikan, kalau ikut selera kami sekeluarga, sedap tiga rasa jer. Sweet and sour ni tak berapa ngam dengan ikan. Manis jer yang lebih kadang2 tu. Tapi, pesan siap2 lah dengan kedai...kami tak nak ikan tu digoreng garing sangat. Nanti nak makan jadi keras dan liat. Dan Alhamdulillah, memang sedap dia masak. Ikan memang tak garing sampai jadi keropok. Rasa pun boleh tahan sedap. Ok, ini antara hidangan yang lain. Kiri atas adalah sotong goreng tepung. Menu wajib kan. Lepas tu ada kepah goreng halia. Not bad.... Yang panjang2 macam batang buluh tu namanya pepahat. Kita pernah makan pepahat nie sekali jer dulu. Adalah 6-7 tahun lepas di kedai ikan bakar di Umbai yang namanya Parameswara tu. Kalau google, ramai yang puji kedai ni. Tapi, kami sekeluarga langsung tak boleh terima. Kat situlah first time kita makan pepahat. Langsunggg tak sedap. Dengan hamisnya, hanyirnya, dengan pahitnya...ishhh. Masakan lain pun tak kena dengan selera kami. So, blacklist kedai tu. Anyway, setelah bertahun2...kita beri peluang kedua pada pepahat. So, cuba lagi. Eh, kat sini..pepahat tu jadi sedapppp sangat. Macam mana ekk.. Isinya macam panjang2 juga. Macam kepah tu, tapi versi kurus dan panjang. Bila makan, masuk mulut dan kunyah...oh my...juicy sangat. Dia masak pun light jer. Tak pedas sangat, tak masin, tak manis...sedang2 elok... Memang semua orang pun kejap2 cekup si pepahat nie. Ikan, di cicah dengan sambal kicap. Lagi satu, sambal cicahnya ialah sambal tumis. Sambal tumis nasi lemak yang biasa tu.... Dia beri semangkuk sambal tumis, dan terpulang pada kita nak makan dengan ikan ke, atau dengan nasi lemak. Oh, nasi lemak dia tak campur dengan sambal. Sebab tu sambal tu asing. Bagus kan... Yer lah, ada yang datang..Chinese. Tak makan pedas...nak sambal pun, colek2 hujung sudu jer. Ada juga yang bawa anak kecik, nasi tak boleh campur sambal. So, baguslah dia bungkus nasi lemak macam ni.Ada yang tak tahu? Kat Melaka, kalau makan ikan bakar, biasanya di makan dengan nasi lemak tau. Tapi jangan risau, nasi putih pun ada..... Minta jer. Jangan minta nasi minyak atau nasi Arab..sudaaahhh! Antara pilihan bahan mentah yang ada. Kedai ni, masakan dia memang sedap. Cumaaaaa......yang tak bestnya ialah mahal sangatttt! Kami makan hidangan yang kat atas tu, sikit lagi nak cecah RM300.00 tau. Mak aii..terperanjat kita. Rupa2nya, bilnya jenis bahan mentah dan upah memasak kira asing. Kat bahan mentah dia dah top up untung, kat upah masak, confirm top up lagi. Hmmm.... walaupun sedap, tapi kami takkan repeat kot. Agak kurang berbaloi dengan harga. Kalau di Umbai, kedai No. 5 tu, koman2 pun, separuh dari itu jer harganya. Sedap pun sedap.... So, terpulang pada anda semua... Kalau agak2 Umbai tu penuh sangat sampai nak masuk kereta ke parking lot pun tak muat dah, bolehlah teruskan perjalanan ke depan sikit dan pergi sini. Tapi tepuk wallet dulu yer...Agak2 tebal, bolehlah... |
WARISAN TOK TANNUDDIN BIN RAHMAD , <b>SERKAM</b> MELAKA Posted: 05 Apr 2014 08:33 AM PDT AL MARHUM HJ ABD MAJID @ HUSIN BIN TANNUDDIN BIN RAHMAD (LORONG SERKAM MUAR) Siapa kah.............? TAN LAK KUA Tan Lak Kua ialah berdarah China berketurunan Baba dan Nyonya . Beliau berasal dari kampung Bukit China Melaka . Dinasti Tan ini , keturunan nya banyak terdapat di Melaka , diantara kaum kerabat nya ialah Tun Tan Cheng Lok, Tun Tan Siew Sin, dan Tan Pek Ngong di kampung Tedung. Tan Lak Kua telah memeluk ugama Islam , beriman kepada Allah dan Rasul , maka nama islam nya ialah " RAHMAD BIN ABDULLAH ".............Amin. Sebelum dijelaskan serba ringkas tentang sejarah salasilah keturunan ini yang disyarahkan olih nenda nenda yang terdahulu disekitaar tahun 1800 an, serta dipadankan pula dengan catatan catatan yang dipena olih ahli ahli waris , turun temurun , rasa nya belum lah terlambat untuk didedahkan kepada anak anak cucu yang berselerak di Malaysia terutama nya di Melaka, Serkam, Tedung, Merlimau, Sungai Rambai, Muar, Sungai Balang , Sungai Sudah, Serom , dan banyak lagi tempat tempat yang tak mampu dipenakan disini. Wahai anak anak cucuku yang dikasihi, jangan lah kalian merasa hairan kerana ramai dikalangan kalian berwajah mirip kechinaan , bermata sepet, berkulit kuning langsat, kerana asal usul kalian ialah berpunca dari seorang insan yang bernama " TAN LAK KUA " atau RAHMAD BIN ABDULLAH, akibat perkahwinan campur diantara Bugis dan China. RAHMAD BIN ABDULLAH (TAN LAK KUA) Ada pun dikhabarkan Tok Rahmad ini mempunyai ramai lah anak nya, tetapi yang diketahui setakat hari ini hanya lah enam orang sahaja ia itu: Ibrahin 1. Ibrahim bin Rahmad Anak anak nya ialah: Midin 2. Nyonya@ Nye binti Rahmad Ada pun Nyonya@Nye ini bersuamikan Sulung , dikurnikan anak ia itu; Ma'aros 3. Hjh Asiah binti Rahmad Ada pun Hjh Asiah ini beranakan; Sa'amah 4. Tannuddin bin Rahmad Ada pun Tannuddin ini beristerikan Hjh Che'Mah binti Hj Md Said (Tok Andak) di Serkam. Dikurniakan anak ia itu; Bariah a) Bariah binti Tannuddin (tidak diketahui zuriat nya) b) Abd Hadi bin Tannuddin Som c) Abd Ghani bin Tannuddin (Tidak diketahui zuriat nya) d) Abd Hamid bin Tannuddin beristerikan Long bin Md Zin bin Hj Md Said (Tok Andak) Serkam Zaharah bersuamikan Hj Abd Majid Desa e) Hj Abd Majid @ Husin bin Tannuddin (Lorong Serkam Muar) Aminah f) Zalehah binti Tannuddin, bersuamikan Maulud (Pulau Singkep Riau) menetap di Sungai Balang Muar. Abd Rahim g) Muhamad bin Tannuddin beristerikan Patrasalam binti Hj Md Ali Hjh Putih 5. Telon bin Rahmad (Tidak diketahui zuriat nya) 6. Kasim bin Rahmad (Tidak diketahui zuriat nya) Ini lah sahaja yang dapat dipenakan olih faqir yang kerdil lagi hina, semoga ia menjadi panduan kepada anak anak cucu bagi menyemak susur galur nya dari rumpun yang sama, berdarah campuran diantara Bugis dan China . Jika ada dikalangan kalian mempunyai maklumat , diharap dapat lah kira nya berkerjasama bagi mengisi kelompangan yang masih ada sebagai cantuman . Ada pun semua nya ini telah pun di pena didalan syatar galeri UGIK , wassalam. |
You are subscribed to email updates from di serkam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan