04 di tanjung kling - Google Blog Search |
Angler's File: Pantai Puteri, <b>Tanjung Kling</b> Melaka Posted: 09 Apr 2014 01:15 PM PDT Minggu ni cuti panjang skit. Kalau ambik isnin campug dengan selasa dah 4 hari cuti. Cuti panjang ni sempena pak janggut putih turun nak bg hadiah, ho ho ho. Aku ambik kesempatan cuti ni utk bwk famili aku berjalan. Destinasi kali ni ialah Melaka. Salah satu negeri yg agak jarang aku singgah. Kali ni kami ke Pantai Puteri yg terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di Daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10km dari Bandar Melaka. Inilah pertama kali aku dan famili sampai ke pantai ini. First Impression?…terbaik la. Aku terkejut jugak tgk keadaan pantai di sini. Walaupun pantai tidak selebar pantai di sebelah Pantai Timur tetapi keadaan pantai ni amat bersih. Dengan pokok rhu yg memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Pantai ni amat sesuai utk aktiviti perkhemahan. Beberapa kemudahan utk kaki kaki nak berkhemah juga ada. Contohnya beberapa buah tandas awan. Kalau famili suka aktiviti outdoor, aku rasa pantai ni sesuai. Ramai jugak group group yg berkhemah disini. Tu cerita kaki camping. Ni cerita kaki pancing. Dua tiga hari sebelum start trip, aku check dlm web, xtvt yg biasanya org buat kat sini. Antara yg dilistkan ialah memancing. Keadaan pantai yg tidak lebar tetapi memanjang memang amat sesuai utk dijadikan port memancing pantai. Disepanjang pantai ini terdapat berberapa pondok nelayan menyimpan bot dan deretan kedai kedai menjuai ikan. Umpan bukan masalah la. Boleh didapati sepanjang jalan ditepi pantai tersebut. Ada satu bahagian tu, ada tambak batu yg agak kedepan dr pantai. Ini cun kalau jadi tempat tenggek utk surfcast. Aku tak bawak peralatan. So cuma peram mata saja tgk dari jauh. Next trip, memang aku bwk sekali. Kalau nak lg cun, boleh riki bot nelayan yg byk ditepi pantai. Manatau kot kot ada yg bwk utk trip memancing. Jgn tanya aku. Tak dan nak riki. Kami sekeluarga menginap di Hotel Pantai Puteri. Hotel yg baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan dengan kadar sewa yg berpatutan. Wifi laju dan utk kwan aku yg tiap kali tanya hotel, syarat utama mesti ada swimming pool, hotel ni pun ada. Jgn risau nak apply MOU. Hotel pulak berada betui betui berhadapan dengan pantai. Cross jalan utama, terus boleh bukak baju dan terjun laut. Dalam kepala aku dah plan utk next trip. Utk keterangan lanjut boleh ke http://pantaiputeri.hotels.net.my/.More Fishing News: www.gofishtalk.com |
Senja Indah <b>di</b> Pantai Puteri | Ibu Berbicara Posted: 17 Apr 2014 08:58 AM PDT Keindahan panorama senja tatkala mentari melabuhkan tirainya. Panorama senja memang tidak pernah habis untuk dibicarakan, dilukiskan, mahupun diabadikan dalam sebuah foto. Senja menghadirkan warna-warni yang cantik, sayang sekali andai tidak diabadikan. Semasa Bertamu di Melaka baru-baru ini, ibu sempat merakamkan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Inilah pertama kali kami sampai ke pantai ini. Pantai Puteri yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu ini terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10 kilometer dari Bandar Melaka. Keadaan pantai ini amat bersih dengan pokok rhu yang memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Selain sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana beberapa kemudahan seperti tandas awam turut disediakan. Selain itu, pantai ini juga popular dalam kalangan kaki pancing malah menjadi salah satu lokasi GP Joran. Keadaan Pantai Puteri yang memanjang memang amat sesuai untuk dijadikan lokasi memancing pantai. Di sepanjang pantai ini juga terdapat beberapa pondok menyimpan bot dan deretan kedai menjual ikan. Marilah sama-sama kita nikmati keindahan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka. |
You are subscribed to email updates from di tanjung kling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan