04 di lubok china - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search Posted: 02 May 2014 01:18 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||
Orang Cina berjasa menyebarkan Islam <b>di</b> Rembau dan Melaka Posted: 08 May 2014 04:34 PM PDT Kalau diperhatikan banyak masjid-masjid lama di Rembau dan Melaka mempunyai senibina bercirikan budaya dari negara China. Misi Laksamana Cheng Ho ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa telah banyak mengIslamkan penduduk di sini termasuk Parameswara sendiri Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam memberi petunjuk bahawa Islam turut disebarkan dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada 702 H ada kaitannya dengan arus kedatangan Islam dari China. Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Distrik Kunyang, Provinsi Yunnan, sebuah wilayah Tiongkok yang sejak lama sudah dihuni masyarakat China pemeluk agama Islam. Cheng Ho berasal dari bangsa Hui, salah satu bangsa minoriti Tionghoa. Menurut buku "Ahlul Bait Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu", Laksamana Cheng Ho (Haji Mahmud Shams 1371–1433) adalah dari keturunan Rasulullah dari Yi-Bu-Lai-Xi-Mo (Ali Zainal Abidin) bin Hou Sai-Ni (Sayidina Hussain) bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW. Diceritakan Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja China, Yung Lo sebagai Raja Melaka. Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam. Cheng Ho telah meninggalkan sebuah batu bersurat mengenai pengisytiharan ini namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis. Warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah anugerah kerajaan China yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning. Ukiran masjid-masjid telah dibantu oleh petukang dari China yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama Islam. Di Jawa Timur ada dua masjid yang menggunakan nama Masjid Muhammad Cheng Ho di Surabaya dan satunya lagi di Pandaan, Kabupaten Pasuruan. Kalau roboh kota Melaka Papan di Jawa saya dirikan Kalau sungguh bagai di kata Badan dan nyawa saya berikan Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka. Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara. Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau. Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China. Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China. PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan