Khamis, 8 Mei 2014

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Orang Cina turut mempertahankan kerajaan Melayu Melaka

Posted: 07 May 2014 02:42 AM PDT



Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai di kata, Badan dan nyawa saya berikan. Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara.
Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.
Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China.
Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China.
(Ingat Melaka saja ada tertanam harta karun, di Rembau pun banyak tertanam harta karun, akan tetapi untuk kita umat Islam harta yang lebih bernilai dari harta karun tersebut ialah Al Quran dan As Sunnah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads