Ahad, 14 Ogos 2011

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Kelab Dangdut <b>di Durian Tunggal</b>?

Posted: 06 May 2011 09:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Siapa kata Durian Tunggal takde tempat hiburan? Ini dia aku sertakan bukti sekali, ahaks. Kedai ini terletak di persimpangan dari Jasin ke Auyin Hill dan Durian Tunggal. Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke kedai ni (untuk minum ...

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BBB: Bercuti Bersama Bayi

Posted: 04 Aug 2011 09:03 AM PDT

Saje je tu.. Sebab ada banyak sangat singkatan dalam internet ni kan, maka saya pun singkatkan ayat Bercuti Bersama Bayi menjadi BBB, OK tak agaknya?

Kali ni saya nak ceritakan bagaimana percutian kami buat kali pertama bersama bayi Afiah..

Sebenarnya, takdelah bercuti sangatpun.. Kebetulan suami ada kerja di KL.. Dan saya pula tak nak tinggal seorang di rumah.. Oppss, berdua dengan Afiah.. Dan lagi kebetulan, saya dapat tahu ada ParentHood Expo di Mid Valley.. Bolehlah tengok-tengok barang, beli-beli barang..

Kalau ikut perancangan, kami nak bertolak selepas Subuh – hmmm.. Pukul 10 pagi pun lepas subuh juga ya.. Perancangannya nak bertolak sekitar pukul 6 pagi..

Tapi agaknya Cik Afiah ni pun teruja nak pergi berjalan, dari petang hari Khamis tu dia tak mahu diletak langsung.. Takut kena tinggal agaknya..

Dah ler tak mahu diletak, tidur pun adalah dalam 10 minit, bangun, 10 minit bangun.. Kesudahannya tak sempatler saya nak mengemas barang..

Harapannya adalah malam itu Cik Afiah akan tidur nyenyak, tapi dia masih teruja nak berjalan jauh.. Saya dan suami terpaksa bergilir-gilir memegangnya..

Terpaksa saya yang lebih memegangnya kerana dia nak mengempeng, aduhaii..

Dalam pukul 2.30 pagi barulah Cik Afiah ni tidur dengan agak lena, mungkin kepenatan.. Maka berhempas pulas lah saya cepat-cepat nak mengemas barang kerana mummy pun dah kepenatan..

Oleh kerana dah tidur lewat malam tu, esok pagi pun bangun ler lewat..

Saya tersedar pukul 6.30 pagi.. Bila keluar, rupanya suami pun kepenatan dan tertidur tanpa mengisikan barangan yang saya dah asingkan ke dalam beg.. Hehehe..

Takpelah, sementara tunggu suami mengemas barang, saya pun bangunkan Cik Afiah.. Oleh kerana masih awal dan sejuk, cuma lap badan jer dan pakai baju cantik..

Lepas siapkan Cik Afiah, barulah mummy kelam kabut menyiapkan diri juga..

Saya memang agak comot sebelum punya bayi, dan sejak ada Afiah, rasanya saya semakin comot.. Hahaha.. Nak sikat rambut pun tak sempat.. OK bukanlah tak sempat sangat, tapi malas agaknya.. Tuh yang akhirnya potong rambut pendek..

Dahler tu, sejak lepas bersalin ni, berlumba-lumba lah pulak jerawat naik ke muka.. Belum surut 1 dah timbul 2 biji..

Tak tahuler kalau ianya disebabkan sheep placenta tu.. Apapun, saya nak tunggu sampai 3 bulan barulah buat keputusan samada sheep placenta tu yang punya angkara..

Balik semula cerita BBB: Bercuti Bersama Bayi tadi, sekitar pukul 8 pagi barulah kami siap untuk masuk ke kereta.. Cik Afiah tidur lena sebab mummy dah susukan dia puas-puas.. Jadi, Cik Afiah diletakkan ke dalam kerusi khas dia..

Dia turut pakai jaket tu.. Saya suka sangat jaket tu, tapi saya rasa Afiah macam tak berapa suka sangat.. Hahaha..

Mula-mula kami ke Tiram, ambil mak saya yang nak pergi ke rumah kakak kerana dia buat kenduri tahlil.. Lepas tu terus menuju ke KL, baiklah, mungkin bukan ke KL, ke Klang sebenarnya, sebab suami ada kerja yang perlu diselesaikan di Klang.

Dalam perjalanan, kami berhenti 3 kali untuk menukar lampin, menyusukan Afiah dan juga makan durian.. Hahahaha..

Walaupun selama ini saya memang tahu, kali ini kali pertama saya masuk ke dalam bilik menyusukan di RnR.. Agak selesa lah juga..

Ada satu kali tu, oleh kerana terlupa mengetatkan CD Afiah, meleleh lah pula ke seluar dia.. Kalau tak silap saya masa tu kami berhenti di Macap..

Selepas menukarkan lampin kain moden Afiah, apa lagi yang kita boleh buat di Machap.. Haaa.. Tuh lah dia, makan durian di waktu pagi.. Hahahaha..

Sampai di Klang dalam pukul 2.30 petang.. Antara kami berempat, cuma Afiah saja yang kenyang.. Hahaha.. Yang lain cuma makan cikedis jer..

Tunggu pulak abah setelkan urusan dia.. Nasib baik sekejap saja..

Waktu tu Cik Afiah dah tak keruan.. Agaknya letih kan.. Maklumlah, selepas di Machap tadi, dia tak mahu lagi duduk dalam kerusinya.. Terpaksalah saya memegangnya..

Sepanjang perjalanan juga dia tak berpeluang nak meregangkan otot-ototnya.. Itulah yang jadi tak keruan..

Oleh kerana semua dah lapar, pikir punya pikir kat mana masih ada makanan kalau dah pukul 3-4 petang ni.. Akhirnya kami ke Tesco Extra Shah Alam..

Kat Tesco pun ada nursing room tau..

Selesai makan, nak bertolak ke hotel pulak.. Tiba-tiba kunci kereta ler pulak tak mahu masuk habis.. Macam tersekat.. Aduihhh..

Badan memang dah letih benar.. Bukan Afiah saja, saya pun sama..

Suami telefon dan tunggu Emergency Team dari Proton.. Lambat ler jugak..

Sementara menunggu, saya, emak dan Afiah lepak di KFC.. Dan atas cadangan emak, akhirnya dapatlah Afiah regangkan otot-ototnya..

Dan kali pertama juga, oleh kerana malas nak pergi ke nursing room yang terletak di bahagian hujung satu lagi bangunan Tesco ni, saya menyusukan Afiah di kawasan public.. Huhu..

Sebenarnya di hadapan saya ada sepasang suami isteri yang sedang makan… Saya pusing sikit, mengadap ke celah dinding, tapi masih lagi berhadapan dengan mereka.. Ada saya kisah.. Bukan nampak pun.. Waktu tu gunakan ring sling untuk tutup..

Dah pukul 7 lebih barulah emergency team Proton sampai.. Mereka pun adjust sikit kereta, dan OK, boleh jalan terus ke hotel..

Sampai hotel, kami tinggal di Grand Blue Wave, barulah rasa leganya…

Asalnya nak hantar emak terus ke rumah kakak malam tu, tapi disebabkan sampai hotel pun dah pukul 8 lebih, maka cakap dengan mak, esok pagi sajalah kami hantar ke rumah kakak..

Bersambung esok di bahagian dua ya…

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pacak, pasang Jalur Gemilang

Posted: 12 Aug 2011 04:03 PM PDT

JASIN 12 Ogos – Pelbagai usaha dijalankan bagi menyemarakkan masyarakat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tidak lama lagi.

Lazimnya, kempen itu diadakan dengan memberi secara percuma Jalur Gemilang agar orang ramai memasangnya di rumah atau pun kenderaan yang mereka naiki.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, kempen mengibar Jalur Gemilang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu unik dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kempen itu yang bertemakan Jom Pasang Bendera dilancarkan di Dataran Tugu Sungai Rambai malam tadi bukan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di situ.

Sebaliknya, Hasan disertai pelbagai agensi kerajaan memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, tangki air, simpang lampu isyarat lebuh AMJ, kawasan taman perumahan, jejantas dan beberapa tempat awam.

Lebih menarik usaha memasang Jalur Gemilang bermula kira-kira pukul 10.40 malam berakhir hingga pukul 4 pagi tadi turut menggunakan skylift milik Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin.

Turut serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Belia Daerah Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Sebanyak 250 Jalur Gemilang digunakan untuk dipacak dan dipasang di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Hasan ketika ditemui berkata, kempen yang dilakukannya lain daripada yang lain itu bertujuan menyedarkan penduduk di DUN Sungai Rambai betapa pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

"Saya lihat sambutan penduduk amat dingin sejak kempen Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dan negeri dilancarkan awal bulan ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sabtu, 13 Ogos 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PROGRAM JERAYAWARA BAHASA <b>DI</b> SMK <b>AYER KEROH</b> - WADAH KETERAMPILAN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 05:51 AM PDT




Tarikh: 6 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 - 11.45 malam
Tempat: D'Village Resort, Ayer Keroh.
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA: Memperkasa <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 02:32 AM PDT

Gambar sekitar Ziarah di Masjid Tanah (6 Ogos 2011)






Gambar sekitar Ziarah di Kota Melaka (7 Ogos 2011)



Tn Hj Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka

Sumber>> Blog Pesuruhjaya PAS Melaka

[admin]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Satiraku Sendiri: Kenangan <b>Di</b> Shah&#39;s Beach Resort, <b>Tanjung Kling</b>.

Posted: 03 Jun 2011 05:25 PM PDT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga berbengkel selama seminggu di Shah's Beach Resort (SBR). Minggu yang sangat mengujakan serta memberi impak yang sangat besar kepada aku. Ya, sangat terkesan kata-kata yang dilontarkan oleh para fasilitator yang juga merupakan penulis-penulis mapan dah punya nama di arena sastera negara. Banyak benda dan perkara yang dipelajari daripada mereka serta rakan-rakan MPR 2011 yang lain.

Semuanya bermula tatkala Kak Zeti menghubungi aku ketika menjawab soalan kuiz PKK Dr. Meor. Dapat panggilan daripada DBP. Teruja! Dimaklumkan aku terpilih sertai MPR ini. Alhamdulillah, tak sia-sia percubaan selama ini, berhasil untuk detik-detik terakhir ini.

Lupakan kisah yang lepas. Sekarang, kenangan hanya tinggal kenangan. Aku dan mereka sudah pun berjauhan kini. Namun, tanggungjawab dan amanah yang terpikul, tetap menyatukan kami. Insya Allah, kita ada harapan itu. Dapat kawan yang sangat mesra, kepala layan dan sebagainya. Serba serbi hebat. Semuanya punya kejayaan masing-masing. Aku turut cemburu... Kalian bertuah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

My Memory Lane: Penangan ABC <b>Tanjung</b>

Posted: 03 Jul 2011 02:02 AM PDT

Bb sekarang berada di Tanjung Kling, Melaka. Singgah nak merasa ABC Tanjung. Tapi kena tunggu pulak. Ais habis pula. Bb order coconut shake special.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Perhentian Bas <b>Alor Gajah</b> Kini Dikenali AG Sentral - Berita Semasa

Posted: 21 Jul 2011 08:00 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

ag sentral Perhentian Bas Alor Gajah Kini Dikenali AG SentralKepada sesiapa yang menaiki pengangkutan awam di Melaka, khususnya di sekitar Alor Gajah, Perhentian Bas Alor Gajah,kini berubah wajah dengan bangunan serba canggih, AG Sentral.

Siap pada Jun 2011 yang lepas,bagi kami,ianya memang perlu.Kalau dahulu Perhentian Bas tersebut tidak ubah seperti tempat lepak mat gian dan sebagainya, kali ini, ianya nampak lebih sempurna dan lebih selamat.Selain itu, fasiliti yang lain yang dinaik taraf adalah perkhidmatan wifi dan juga bazaar yang lebih bersih serta ruang menunggu yang lebih moden.

Kalau dulu, memang sesiapa yang menaiki bas ke Alor Gajah dan sebaliknya, memang ngeri bila tunggu bas.Dengan kotornya,dan juga dipenuhi ramai pendatang asing,ianya tidak sesuai dan nampak tidak meyakinkan.lebih-lebih lagi, bagi kaum wanita dan juga pelancong asing.

Dengan adanya AG Sentral ini, ianya lebih nampak teratur dan juga lebih selamat.Dengan kos sebanyak RM 3.3 juta, ianya satu usaha yang baik buat kerajaan Melaka,untuk menaiktaraf tahap pengangkutan awam di mana, kadarnya amat tidak memuaskan.

Namun begitu, perkhidmatan basnya masih lagi di bawah tahap yang tidak selesa dan tidak meyakinkan.Walaupun mempunyai prasarana yang hebat,namun sekiranya perkhidmatan tersebut masih ditakuk yang lama, ianya tidak bererti sama sekali.

Nasihat kami, eloklah juga perkhidmatan bas dinaiktaraf sekali,agar kesinambungan di antara fasiliti dan juga perkhidmatan,dapat diselarikan.Buat apa kalau bangunan bagus, fasiliti yang bagus, tapi perkhidmatan bas yang maha lembab,tidak ikut jadual dan masih di takuk lama bukan?

Walauapapun, usaha Kerajaan Melaka dalam memberikan yang terbaik buat rakyatnya, harus dipuji.Apa pendapat anda pula?

P.S. Ianya lebih baik daripada buat monorel kecik yang selalu rosak tu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Pacak, pasang Jalur Gemilang - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 12 Aug 2011 01:21 PM PDT

Pacak, pasang Jalur Gemilang

Pacak, pasang Jalur Gemilang

JASIN 12 Ogos - Pelbagai usaha dijalankan bagi menyemarakkan masyarakat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54 tidak lama lagi.

Lazimnya, kempen itu diadakan dengan memberi secara percuma Jalur Gemilang agar orang ramai memasangnya di rumah atau pun kenderaan yang mereka naiki.

Namun, bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, kempen mengibar Jalur Gemilang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu unik dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Kempen itu yang bertemakan Jom Pasang Bendera dilancarkan di Dataran Tugu Sungai Rambai malam tadi bukan menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk di situ.

Sebaliknya, Hasan disertai pelbagai agensi kerajaan memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, tangki air, simpang lampu isyarat lebuh AMJ, kawasan taman perumahan, jejantas dan beberapa tempat awam.

Lebih menarik usaha memasang Jalur Gemilang bermula kira-kira pukul 10.40 malam berakhir hingga pukul 4 pagi tadi turut menggunakan skylift milik Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin.

Turut serta kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Belia Daerah Jasin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Sebanyak 250 Jalur Gemilang digunakan untuk dipacak dan dipasang di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Hasan ketika ditemui berkata, kempen yang dilakukannya lain daripada yang lain itu bertujuan menyedarkan penduduk di DUN Sungai Rambai betapa pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

''Saya lihat sambutan penduduk amat dingin sejak kempen Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dan negeri dilancarkan awal bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Malaysia Zoom » DUN <b>Serkam</b> taja 6075 naskhah Utusan Malaysia

Posted: 19 Jul 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad hari ini menaja sebanyak 6,075 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diagih-agihkan kepada sembilan buah sekolah di kawasan tersebut.

Setiap sekolah akan menerima 15 naskhah akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari khususnya terbitan hari Rabu untuk digunakan pelajar memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, sebanyak tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih untuk menerima sumbangan tajaan tersebut.

Menurutnya, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Haji Baginda, SK Serkam, SK Serkam Darat, SK Tedong, SK Pulai, SK Bukit Tembakau, SK Sempang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota dan Sekolah Menengah Agama Assaiyidah Khadijah.

"Akhbar Utusan Malaysia akan menjadi bahan bacaan tambahan kepada pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara.

"Lebih penting, pelajar dapat memanfaatkan sisipan ADaP bagi membantu lebih ramai murid tahun enam membuat persiapan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan akhbar Utusan Malaysia untuk sembilan sekolah dalam DUN Serkam di SK Serkam Darat di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin, Mohd. Mokmin Hamzah, Ketua Biro Utusan Cawangan Melaka, Amran Mulup dan guru-guru besar dari sembilan buah sekolah DUN Serkam.

Ghazale turut menyeru guru-guru di sekolah terlibat mengagih-agihkan penajaan akhbar tersebut agar pelajar dapat memanfaatkan ruangan ADaP selain bahan ilmu lain yang disiarkan.

Menurutnya, beliau bercadang meneruskan penajaan akhbar tersebut tahun depan tetapi kali ini melibatkan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di DUN Serkam.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jumaat, 12 Ogos 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Melaka Bandaraya Warisan Dunia: Senarai Hotel <b>Di Tanjung Bidara</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2011 03:28 AM PDT

Senarai Hotel Di Tanjung Bidara:-







Samudera Bidara Resort 
Lorong Hj. Abdullah, Kg. Balik Batu
78300 Tanjung Bidara, Melaka

Tanjung Bidara Beach Resort
Tanjung Bidara, Mesjid Tanah,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Bersama TPM <b>di</b> MITC <b>Ayer Keroh</b> | Kazen Blog

Posted: 25 Jul 2011 04:22 AM PDT

Sekali sekala tak salahkan kalau nak join program bersama orang kenamaan, yang penting niat kita sendiri. Mungkin orang yang melihat akan mentafsir berbagai bicara, tapi bagi yang mengalami sendiri ianya merupakan satu pengalaman yang baru. Program yang telah berlangsung ini telah di hadiri oleh d'R Rangers team (geng aku) ramai-ramai la dekat MiTC Ayer Keroh, Melaka tempoh hari.
Memang best sebab berebut-rebut dengan wartawan nak amek gambar. Korang penah alami tak? Yang nampak gambar kat tepi-tepi ni adalah wartawan yang berebut-rebut nak amek port untuk snap gambar. Masa ini adalah masa bacaan ikrar...
Bacaan ikrar sempena Bulan Pelancaran Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011
Program ini berlangsung dari jam 8.00 hinggalah jam 11.30 pagi.
Sori lah yea gambar tak lawa sebab berebut-rebut nak ambik gambar
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia, SK <b>Ramuan China</b> Kechil <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 09:13 PM PDT

TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR SK RAMUAN CHINA KECHIL KERANA SUDI MERASMIKAN BLOG INI PADA 8 OGOS 2011.
SEMOGA PASUKAN SILAT KITA AKAN LEBIH BERKUALITI DARI SEGI AKHLAK, SAHSIAH DAN ILMUNYA...
SILAT SENDENG WARISAN PUSAKA DAN BANGSA!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Rumah untuk dijual <b>di Batu Berendam</b> Melaka: Rumah Untuk Disewa

Posted: 12 Aug 2011 07:08 AM PDT

- TERES 2 TINGKAT 4 BILIK 3 BILIK AIR
- TAMAN JATI, BATU BERENDAM, MELAKA
- HARGA RM 220,000.00
- HARGA PASARAN RM 270,000.00
- BANK BOLEH BAGI PINJAMAN RM 243,000.00 (90% DARI HARGA PASARAN )
- RUMAH CANTIK, JARANG DUDUK, PERSEKITARAN YANG SELESA
- DAH SIAP KITCHEN KABINET, GRILL, LAMPU, KIPAS & AIRCOND
- TAK KENA BANJIR
- DEKAT DENGAN SEKOLAH RENDAH / MENENGAH / AGAMA
- SILA HUBUNGI ISHAK @ 017-6272 400

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


1oo1 . Ceritera . Atik: Aku Dah Tawan <b>Tanjung Tuan</b>!!! :)

Posted: 23 Jul 2011 09:10 PM PDT

Ok . sekarang aku nak story2 sikit pasal TANJUNG TUAN . Tanjung Tuan ni terletak kat Port Dickson tapi dibawah pemerintahan Melaka . mengadap Selat Melaka . dan terletak 16 km dari Port Dickson . nama lain tanjung tuan ni ialah CAPE RICHADO . ia ada kaitan dengan seorang nelayan keramat yang berjaya menangani pusaran ganas di tengah laut sewaktu bulan mengambang . kebanyakan nelayan yang melalui pusaran itu tidak dapat mengawal perahu mereka lalu ghaib begitu sahaja . 
Dijadikan cerita , semalam aku telah pun berjaya menawan tanjung tuan buat kali pertamanya . aku berjaya naik sampai ke puncak dan melihat sendiri pusaran air yang disebut2 dalam sejarah tu . aku pergi bersama abah , ibu dan adik kecik . ekspidisi ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson di bawah seliaan Kelab Karisma . sebelum2 ni diorang da tawan da Tanjung Tuan ni , Gunung Datok dan Gunung Angsi .  tapi pemergian kali ini sebagai latihan fizikal sebelum mereka bakal menawan Gunung Ledang selepas bulan raya nanti . di bawah ni aku selitkan beberapa pic yang sempat di-snap2 sepanjang perjalanan menuju ke puncak . 


bergambar sebelum bergerak naik

abah menjadi penjaga checkpoint . menawan puncak sambil ber-explorace

ibu bersama ahli kumpulanya MERBAH TONGGEK!

sedang gigih menyiapkan tugasan kedua-- membuat LOGO dari sumber alam sekitar

ni la MERBAH TONGGEK kami

hampir suda menuju ke puncak . di belakang aku adalah RUMAH API TANJUNG TUAN
aku berjaya sampai ke puncak . Subhanallah , cantiknya pemandangan dari atas nih

peace no war!! dibelakang aku tu la PUSARAN AIR yang ganas.

muka kepenatan + gumbiraaa

perjalanan menuju ke pengakhiran explorace

bergambar bersama mereka yang sangat sporting dan mengambil berat . yeaaahhhh
bersama abah yang dah tunggu di jalan penamat

mencari sesuatu yang tak pasti . kahkahakah

rilex suda . badan da letih maa

MERBAH TONGGEK menjuarai explorace ni . yeahhhh

hilangkan penat dengan.... berendam

Berakhirnya explorace ini dengan perasaan yang sangat3 seronok . minggu depan diorang nak pergi Gunung Datok buat kali kedua . untuk meningkatkan stamina sebelum menawan Gunung Ledang . nasib baik aku da nak balik perak . kalau tak Gunung Ledang tu bakal dalam genggamankuh . apa2 pun terima kasih kat abah ibu yang percayakan aku ntuk bagi peluang merasai semua ini walaupun diorang risau pada awalnya takot aku tak cukup stamina . come on babe.. aku kuat laa.. hihih . itu saja untuk kali ni . adios..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kisah Si Tembam: kehidupan <b>di</b> UITM <b>Alor Gajah</b>

Posted: 12 Aug 2011 01:13 AM PDT

Assalammualaikum ..
pergh berhabuk la blog nie.. haha lame da x update kan kan :D urmmm
da dekat 3 bulan da aku duduk kat melaka nie ...
banyak gile kenangan manis.. orang2 kat LEKIR (kolej kediaman aku ) baik2 gile ..
senior kat sini best ! semua best la .. yang x best nye sabtu ahad .. kolej ni jadi sunyi sepi ! hahah ...coz ramai yang blik ...
x lama lagi nak raya .. then nak final exam .. pastu da nak habes sem :( arghhh x sanggup nak tglkan kolej nie ..
ape lagi ek aku nak cite ..hishh banyak laa .. :D nanti la kisa seterusnyaa .. :D
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Khamis, 11 Ogos 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Tinta Seorang Serikandi: Kembara Al-Falak, <b>Tanjung Bidara</b>, Melaka

Posted: 02 Aug 2011 09:54 PM PDT

Program Kembara Al-Falak ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29-31 Julai 2011..Saya , Hajar Yusoff dan Fazri Lutfi wakil daripada UKM dijemput sebagai Fasi untuk program tersebut bagi membantu Ustaz Noh Farid dan Ustaz Nur Firdaus untuk handle slot LDK pengurusan organisasi. Selain program kembara Al-Falak, terdapat juga slot kursus kepimpinan untuk peserta KLiUC dan pesertanya seramai 40 orang termasuk SRC (Students Representative Council).
Selesai slot pengurusan organisasi, kami diberi peluang untuk mencerap Planet Zuhal. Planet Zuhal dipanggil Planet Saturn yang mempunyai gelang atau cecincin yang terdiri kebanyakkannya air batu dan sejumlah kecil serpihan batu-batan dan debu.Planet ini juga terdapat 60 bulan yang mengorbit pada pelnaet berkenaan. Subhanallah hebatnya kuasa Allah yang tidak mampu diatur oleh manusia.
Pada hari terakhir saya dalam prgram ini, saya dan fasi-fasi lain dikehendaki memantau setiap pergerakan kumpulan -kumpulan peserta. Pada hari tersebut program lebih kepada khidmat masyarakat kepada masyarakat di kampung Tanjung Bidara antaranya tolong keluarga angkat membersih halaman rumah dan sebagainya. Ni salah satu keluarga angkat yang turut mereka sertai.

Ini ketika mencerap anak bulan (hilal) untuk melihat anak bulan bagi menentukan tibanya awal Ramadhan untuk kite semua berpuasa pada esok hari...

p/s : semoga terikatan ukhwah yang terbina ini kekal selamanya..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kareem..Dimana kita diberi nafas baru untuk menjalani ibadat puasa dan amalan pahala dengan sebaik mungkin....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads