Selasa, 19 Mac 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Open Minda: Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b>

Posted: 10 Mar 2013 05:00 AM PDT

Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang Di Jasin | Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas.
JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putihberambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.
Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian.
Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang.
"Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya.
"Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya.
Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih.
"Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus.
"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya.
 http://amekaw.com

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Coconut Shake <b>di</b> Pantai <b>Klebang</b>, Melaka. - Imperfect

Posted: 12 Feb 2013 11:56 PM PST

Coconut Shake di Pantai Klebang, Melaka.

20130213 @ 2/13/2013 03:56:00 PM

Assalamualaikum!


Sabtu lepas semua dah start cuti sempena Tahun Baru Cina, aku sorang je yang tak eksaited sebab hari-hari yang sekarang ni memang tengah cuti sepenuh masa sebelum nak ke PLKN atau masuk unibesiti (lainlah kalau aku tengah kerja part time sekarang ni mungkin akan eksaited sikit). Jadi, hari sabtu lepas ummi ajak balik kampung di nogori, kalau ikutkan hati aku dengan kakak aku memang taknak balik sebab malas tapi kena balik jugak sebab bulan april nanti Wan nak pergi mengerjakan umrah. So...

Tapi balik kampung tidaklah menghampakan sangat sebab dapat merasa Coconut Shake yang femes kat Melaka! yeh yeh yeh  ~(‾⌣‾~) (~‾⌣‾)~ 

Mulanya nak ke Tampin saje beli ubat apa entah, dah tengahari tu makan-makan kejap kat kedai Mamak pastu plan nak pergi mana. Dalam kepala otak aku teringat pulak pasal Coconut Shake kat Pantai Klebang. Sebenarnya aku tak pernah merasa pun kelapa goncang kat melaka ni, serius tak pernah tapi dah ke melaka banyak kali. Kehkeh Aku kabor ler ke abah nak rasa coconut shake pastu abah on aje dan terus gerak ke Melaka. 

Otw ke melaka tu kemain ummi dengan Wan bersembang, aku pasang telinga jelah sambil baca majalah kpop yang baru beli dekat tampin tadi. Miahahaha (*~▽~)

Sebab fes taim nak pergi merasa coconut shake ni kitorang tak jumpa kedai tu sampai dah jalan nak ke tanjung kling, pastu u-turn rupanya kedai tu berdekatan dengan Caltex. Femes hokay kedai tu! Ada dua bahagian, satu kedai yang take-away belah depan dan yang untuk makan chill gitu dekat belah dalam, agak tersorok sikit tapi dah masuk kedai tu kemain penuh u ols!

Yang ni beratur tahu yang take away punya, ambil gambar dari dalam kereta je (masa ni nak balik hihi) 

Bungkus di luar. Makan dan minum sila ke dalam ye!


Selain Coconut Shake, engkorang boleh merasa nasi lemak yang sedap gila nak mampus. Over. Selain nasi lemak, ada kuih-muih seperti apam polkadot, karipap dan banyak lagi (sebenarnya taktau nama kuih) yang korang boleh ambil sendiri ye, pastu berdasarkan gambar ni ada kuih ke kerepek dalam bekas tu. Aherherher

Masa menjamah kelapa goncang itu hari, cuaca ketika itu mendung dan tak panas terik jadi bila merasa kelapa goncang tu tak terasa ghairah sangat. Tapi tapi, sebabkan aku fes taim rasa masa pelayan letak atas meja aku terkejut tau, mak aihh spesial gila coconut shake ada ais krim vanilla satu bulat comel atas tu kahkahkah

Lepas ni kalau ke melaka lagi, nak pergi lagi merasa Klebang Original Coconut Shake. Rasa sekali tak puas tahu?!


Labels: , , , , , , ,

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Memoriku.....My Memoirs: Kenangan manis <b>di Ramuan China</b> Besar

Posted: 13 Jul 2009 07:40 AM PDT

Anak-anak yang dahagakan maklumat tentang Allahyarham Usman Awang.

Bergambar dengan adik-adik yang terlibat dalam diskusi tentang Usman Awang selepas wacana dari panel. Kelihatan dari kiri, di tangga atas : Dr. Ibrahim, Tan Sri Aziz Tape, Datin Rashidah, saya, Dato' Kemala, Dato' A. Samad Said dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin. Kelihatan juga salah seorang dari AJK IPM.

Lihatlah wajah-wajah generasi baru yang berjinak-jinak dengan sastera. Di sebelah saya ialah penyair terkenal, Dato' Kemala dari UPM, yang juga salah seorang teman akrab Usman Awang. Beliau menjadi salah seorang dari panel wacana tersebut. Kertas kerja yang beliau bentangkan sangat menarik.
Adik-adik sedang memilih buku Usman Awang yang di hadiahkan kepada mereka.

Bercerita sedikit tentang Usman Awang dan pengendalian UA Enterprises Sdn. Bhd. Bersama saya adalah panel wacana, dari kiri : Tan Sri Aziz Tape, Dr. Arbak dari UPM, Tn. Hj. Mokhtar Yassin Ketua I- IPM dan Dato' Kemala juga dari UPM.

Dari kiri : Datin Rashidah, saya, SN Dato' A. Samad Said dan Dr. Ibrahim Ghaffar sedang mendengar wacana yang di bentangkan oleh panel.


Hari keramat - 12 Julai 2009, telah di sambut di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Sebelum ini, saya tidak pernah dengar nama tempat ini, tetapi sekarang ia telah membina harapan supaya saya terus berjuang untuk memperkenalkan Usman Awang semula kepada anak-anak muda yang dahagakan pengetahuan tentang seorang insan bernama Usman Awang yang tidak pernah mereka kenal secara fizikalnya.

Pada pagi 11 Julai, jam 11 pagi, kami sekeluarga dengan sanak saudara dan beberapa orang teman akrab Allahyarham Usman Awang dan Allahyarhamah Hasnah Den, berkumpul, membaca Surah Yassin dan berdoa agar roh mereka dan roh-roh ibu-ibu dan bapa-bapa mertua kami adalah di dalam perlindungan Yang Maha Esa. Amin, amin, amin.

Saya gembira dalam kesedihan. Bukan senang untuk kami berkumpul di rumah arwah ayah dan mak yang sekarang di diami adek bongsuku, Maya, suami dan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi apabila beberapa teman akrab arwah ayah dapat hadir bersama.

Iman Karmyla, anak sulong Maya yang menyambut hari lahirnya ke 8 pada 10 Julai, memotong kek harijadinya. Iman adalah cucu yang terakhir di sambut Allahyarham Usman Awang. Selepas acara kenduri arwah itu, saya dan suami, Rahim, berkejar ke Melaka untuk acara seterusnya.

Apabila kami akhirnya ternampak papan tanda yang tertulis RAMUAN CHINA BESAR, barulah kami faham. Dalam sangkaan saya, mungkin acara ini di adakan di sebuah taman herba Cina atau di kawasan perkampungan orang-orang Baba dan Nyonya. Rupanya, tempat ini adalah sebuah perkampungan orang Melayu yang aman dan tenang. Di sini tiada kesibukan dan 'stress' seperti di kota. Hanya orang-orang biasa dengan kehidupan biasa mereka. Tetapi di sini, semangat dan minat pada seni dan sastera sangat dalam. Dari nenek tua yang masih boleh bersyair melalui ceritanya hingga anak-anak kecil yang berjinak dengan puisi, saya sungguh teruja.

Waktu kami tiba di sebuah rumah yang di panggil Villa Al-Ghaffur, Pak A. Samad Said sedang berucap di hadapan para sasterawan, cendekiawan, anak-anak dari kolej-kolej berdekatan dan orang-orang kampung. Pada malamnya, acara pementasan drama karya penulis dan dramatis terkenal tanahair, Dinsman, bertajuk "Menunggu Kata Dari Tuhan". Pelakon terkenal Sabri Yunus dapat mempersembahkan drama monolog ini dengan baik. Penghayatannya dalam walaupun keadaan pentas, fasilitas yang kurang dan gangguan anak-anak kecil berlari dan menangis, elemen-elemen yang tidak membantu keadaan, beliau masih dapat melanjutkan hasrat penulis dengan baik. Kata isteri Dinsman, Ella, yang hadir mewakili suaminya yang uzur ketika itu, lakonan Sabri lebih baik dari yang sebelum ini.

Kami juga membawa buku-buku terbitan UA Enterprises untuk di jual. Ella, dan anaknya Iman, membantu saya. Ella juga sedang menjual buku Dinsman pada waktu itu.

Keesokan harinya, 12 Julai, seperti hari sebelumnya, kami di sajikan makanan oleh tuan punya villa tersebut. Pagi itu kami sarapan dengan nasi lemak dan kuih kampung yang enak! Saya berkenalan dengan Tan Sri Abdul Aziz Tape, salah seorang teman seperjuangan arwah ayah sewaktu beliau berada di Melaka dahulu. Beliau menceritakan tentang hubungan mereka dahulu. Tetamu yang hadir untuk acara "Wacana Pemikiran SN Usman Awang" ialah : Dato' A. Samad Said dan isteri, Datin Rashidah, Dato' Kemala dan isteri Datin Pon Mariam, Dr. Ibrahim Ghaffar dan juga Dr. Arbak atau lebih dekat lagi katanya, panggil beliau cikgu dan Tn. Hj. Mokhtar Yassin selaku Ketua I - IPM.

Setelah selesai wacana dan sesi soal-jawab dengan para hadirin, majlis Tahlil untuk Allahyarham Usman Awang di adakan sebelum makan tengahari dengan lauk-pauk kampung.

Terima kasih kepada jawatankuasa acara - Encik Razali Endun selaku Ketua II, Encik Husin Embi - Setiausaha IPM, Cikgu Rani - pengacara, Encik Ghaffur (pemilik villa) dan jawatankuasa kerja yang lain. Tahniah dan syabas kepada mereka yang prihatin tentang perjuangan sastera tanahair.

Terima kasih kepada semua yang hadir, meraikan dan memberi penghormatan kepada Allahyarham Usman Awang, yang jika masih dengan kita, umurnya genap 80 tahun, hari ini.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Kenangan Yuchuilang: Rumah Api <b>Tanjung Tuan</b> Melaka

Posted: 02 Mar 2013 08:43 PM PST


Tanjung Tuan terletak di Negeri Sembilan,Malaysia. Port Dickson merupakan pekan terlekat dari Tanjung Tuan. Jarak memandu dari Port Dickson ke Tanjung Tuan sekitar 17km hingga 20 km.

Walaupun Tanjung Tuan berada di Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah dimiliki Melaka. Lebih kurang 55 km dari bandar Melaka, Tanjung Tuan ialah sebuah tanjung menghadapi Selat Melaka.


04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Panas: Lagi Video Serangan Berdarah <b>Di Bukit Katil</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 09:48 PM PST

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Barisan Nasional yakin pertahan kerusi DUN <b>Sungai Rambai</b>

Posted: 03 Feb 2013 10:33 AM PST

JASIN 3 Feb. - Barisan Nasional (BN) dijangka dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dengan menyasarkan untuk memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan sokongan pengundi di DUN berkenaan yang rata-ratanya lebih yakin terhadap kepimpinan BN berbanding pembangkang.

Menurutnya, pengundi di DUN Sungai Rambai tampak yakin atas usaha BN membangunkan daerah itu dengan membina pelbagai infrastruktur seperti sekolah, balai raya, sistem jalan raya yang sempurna, sistem perparitan, gelanggang futsal, lampu jalan, elektrik, air dan sebagainya.

"Saya yakin pengundi di DUN Sungai Rambai akan terus menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat berbanding pembangkang.

"Selain itu, rakyat tampak semakin yakin terhadap lonjakan transformasi serta pelbagai bentuk bantuan yang digarap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat di DUN Sungai Rambai juga percaya jika kerajaan BN yang sedia ada dan wujud sejak merdeka ditukar, sudah pasti padah yang bakal menanti iaitu ketidaktentuan dalam pelbagai aspek hingga boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.

Beliau berucap pada majlis lawatan kerja Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM), DUN Sungai Rambai di sini kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan berlakunya tsunami politik, BN tewas di empat buah negeri, tetapi DUN Sungai Rambai menang ke atas calon Pas dengan majoriti 2,266 undi.

Hasan berkata, bagi tujuan tersebut jentera sudah digerakkan menerusi kerjasama parti komponen dalam usaha untuk memastikan sasaran BN meraih mandat yang lebih kukuh dalam PRU-13.

Justeru katanya, rakyat akan terus diyakinkan bahawa BN mampu melakukan pelbagai perubahan untuk memberi kehidupan lebih selesa secara berterusan.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Rozmal bin Malakan: Ceramah Maulid 23 Feb 2013 <b>Lubok China</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 12:00 AM PST

Tarikh : 23 Feb 2013 , Sabtu
Tempat : Surau Kg Baru Semin, Lubok China, Rembau
Penceramah : Ustaz Mohd Khairi Zainuddin, Mudir - SRII Tahfiz Darul Ulum , Seremban
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Maklumat lanjut Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum di

Isnin, 18 Mac 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BBQ <b>di</b> pantai <b>Tanjung Bidara</b> - Ummi Hanie

Posted: 13 Jan 2013 08:23 PM PST

Salam bahagia,

Ini ialah edisi terakhir TRAVELOG/Cuti² Malaysia saya dan family bagi tahun 2012. Alhamdulillah, penutup percutian yang bagus sekali.

Tuan rumah reunion ni dah bookingkan kami sebuah bilik di Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR). Cantik pemandangannya, menghadap ke laut. Oleh kerana kami bawa 3 orang anak je, lagi 2 orang tinggal di rumah Opah Parit Buntar, maka encik suami pelawa emak dan adik bongsunya menggantikan tempat 2 orang anak yang tak ikut tu.

Inilah juga pengalaman BBQ (baca:barbeku) saya yang kedua kalinya bersama-sama family dan anggota reunion PALAPES U**. Kali pertama reunion ialah pada tahun 2011, lokasi di air tejun Sedim. Masa itu Huzaifah baru berusia 2 bulan lebih. Owh, bukan saya yang anggota Palapes, tapi suami. Tak sangka pula suami seorang tentera, Leftenan muda lak tu… hihi. Orang selalu sangkakan pak ustaz je :p Kira nanti kalau negara darurat ke (nauzubillah), encik suami kena kerah pegang senapang tu.

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

Inilah kawan² lama encik suami ketika sama² join Palapes dulu. Walaupun dah tinggalkan Palapes berbelas tahun, tapi ukhuwwah persahabatan mereka masih terjalin mesra. Terharu lak i ;)

reunion palapes

makscik-makcik duduk saja makan-makan yer… biar pakcik-pakcik je bakar ayam :p

Tuan rumah reunion kali ni pun memang seorang tentera di Kem Terendak tu. Sekarang dah berjawatan Kapten. Mesti garang giler kan… tapi, sama² kitorang semua ni, ok je…. Siap melawak lagi. Mak mentua saya lagi terharu, kapten tu basuhkan tangan weih ;)

reunion '12

zaid dan huzaifah dengan tshirt Boboiboy baru deme

tg bidara

kami…

BBQ terpaksa ditamatkan sebab hari gelap…. Hujan nak turunnn…. Memang dah hujan renyai² pun ;)

tg bidara

awan gelap kan….

Selesai BBQ, apa lagi…. tangkap gambar beramai-ramailah…

tg bidara2

full pic pasukan reunion Palapes 2012
pinjam pic dari member hubby
ok yang berbaju kuning itulah tuan rumahnya

Lauk BBQ tak habis. Banyak lagi lebihannya. Tak apalah, biar tuan rumah handlekan je. Ada sebekas besar ayam yang dah diperap tak sempat diBBQkan. Bahan² mentah lain macam udang, sotong, ikan dah habis dibakar. Sosej pun ada lebihan sikit.

Oh ya. Malam pertama kami di Tanjung Bidara tu, kami konvoi beramai-ramai pegi dinner di port Ikan Bakar femes di Kuala Sungai Muda. Jauh juga dari TBBR tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit jugaklah.

Dengan hujannya, sesak orangnya…. makanan lewatnya amattt… haihh sabo je le…

ikan bakar kuala sg muda

kami lerr…

6-7 meja cantum baru cukup...

6-7 meja cantum baru cukup…

Gambar menu memang sorryyyy tak ado. Sejam lebih tunggu, baru sampai hoccayyy… dah lapor sangat, terus sambar. Bismillah dulu nooo… Sedap memang sedap, tu sebab ramai pengunjung. Plaing sedap bagi saya, sotong goreng celup tepung. Fuhhh…. mabelesss….

Aktiviti berendam di Tanjung Bidara nan indah ni pula berlaku seawal hari pertama lagi. Tak teriman nengok ayornya bak kata oghang Peghak… Mula² saya jual mahal je, tak mau basahkan diri. Celup² kaki je di pesisiran pantai tu. Udahnya, encik suami dan adik ipar ajak berendam sama…

tg bidara6

Best betullll berendam. Lama dah tak dapat macam ni. Di Batu Ferringhi hari tu, tak merasa. Air laut Tg. Bidara ni nyaman je, Ombak pun tak kuat.

Seronoknya event reunion + BBQ ni. Tahun 2013 ni ada ura² nak buat kat Sabah. Wahhh….

Selesai event, kami pun berangkat pulang semula ke lokasi awal di bumi Melaka, yakni rumah adik ipar…. Ada 2 malam lagi di situ.

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

, , , , , , , , ,

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Coconut Shake <b>Klebang</b>. Jomlah

Posted: 09 Mar 2013 04:39 AM PST

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


precious life: Makan-Makan <b>di</b> Medan Ikan Bakar <b>Umbai</b>, Melaka

Posted: 28 Feb 2013 12:35 AM PST

Salam,

Agak lama rasanya tak update  sbb ala2 busy la kan. Sbb Sarah tak sihat dan ayah pun kat spital, keje pun tgh byk kat opis, jd aku agak kekurangan mood nak update walaupun dalam kpala aku banyak gak benda nak update.

Ok, entry kali ni aku kategorikan sebagai entry kepam. Apa? tak tau apa kepam? kepam maksudnya benda yang ko simpan lelama yang sampai satu tahap, dia boleh menimbulkan bau yang akhirnya memaksa kita keluarkan benda yang disimpan tu..Hehe..haa,sama la dgn entry ni. Bahan citer dah slalu sgt berlaku, foto pun dah lama ada tp kepam.hehe

Medan ikan bakar Umbai ni tersangatla glemer kat Melaka ni. Kat situ ada berderet kedai yang semuanya kedai ikan bakar dan makanan laut. Modus operasinya (betul ke modus?? lantakla) adalah pamer seafood yang segar kat para yang dibubuh ais, pengunjung pilih, dan bagitau nak masak apa. Segala jenis ikan, udang, sotong, kerang-kerangan ada. pilih nak masak tomyam, bakar bercili, bakar kosong, masak butter, sweet sour, 3 rasa, goreng tepung, apa-apa jelah, Agak pelik kalau anda dtg situ, tetiba anda minta tomyam ayam..erk!! Harga, pada aku agak berpatutan, kene pandai pilih gerai. Caranya, cuba sume gerai.muahaha.. ataupun tanyalah kenalan dan ikut gerak hati anda. Kami sekeluarga selalu makan kat gerai no 1, atau no 6. (promosi free).

Selalunya kami pergi sana pada hujung minggu kalau ada special ocassion mcm besday la. masa ni la nak berkumpul sekeluarga sbb masing2 dah ada keluarga sendiri kan. Sbb dah agak kerap gi, lupa nak amik gamba. slalu terigt nak amik gamba biler dah abis makan licin. apa kes nak amik gamba pinggan kosong kan..Tahun lepas, masa bulan 6, lps bercuti-cuti ke johor KLIK SINI ada gak aku teringat nak amik gamba. so, cekideout ya!!

Sambal Kicap yang dihidangkan kalau order ikan bakar.
Siakap bakar kosong yang fresh dan tak kering. Sbb ada air lagi.Slurp!!

Air Kelapa mmg padan dimakan dgn ikan bakar dan sea food.Sbb, minum air kelapa, tak menghilangkan rasa manis sea food.Pepandai jer aku kan.hehe

Khusyuk makan sampai tak pandang kiri kanan.
 Ikan Jenahak masak 3 rasa. Ikan rangup, isi lembut!

Nasi lemak bungkus pun sedap.

Orang ni: 9 Gergasi Sasaran PAS <b>Umbai</b>

Posted: 11 Feb 2013 05:10 PM PST

UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu. 

Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai. 

Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi  sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan. "Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara  gotong-royong oleh masyarakat Umbai. 

"Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini.

"Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka," katanya. - SH
............................................
Orangni: PAS Cawangan Umbai ini mungkin antara yang terbaik dikalangan yang terbaik, PAS cawangan seluruh negara harus contohi PAS Umbai ini..Syabas PAS Umbai Melaka....Takbir...!!!!

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Remaja ditahan edar dadah – Sinar Harian | Himpunan Berita

Posted: 06 Mar 2013 01:25 AM PST

Remaja ditahan edar dadah

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Mac 2013

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi pengedar dadah ditahan polis ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah ladang sawit di Machap Baru, di sini, kira-kira jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, gerak geri suspek yang mencurigakan apabila menunggu sendirian di dalam ladang itu sudah diperhatikan kira-kira seminggu lalu menerusi Ops Tapis.

Menurutnya, suspek yang memegang satu beg plastik warna cerah bertindak membuang ke dalam semak sebaik menyedari kehadiran polis sebelum melarikan diri ke dalam ladang sawit.

"Bagaimanapun polis berjaya mengepung kawasan itu sebelum menahan suspek dan membawanya ke lokasi plastik berkenaan dicampak.

"Selepas diperiksa, polis mendapati beg plastik berkenaan berisi 27 paket plastik lutsinar mengandungi dadah heroin dianggarkan seberat 41.6 gram" katanya.

Umar Ali berkata, suspek yang tidak bersekolah dipercayai menjadi pengedar di sekitar Machap dan Durian Tunggal datang ke ladang sawit menaiki motosikal yang diletakkan berdekatan jalan besar.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek beralamat di Jasin positif dadah jenis heroin dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati (mandatori) dan ditahan reman di bawah Seksyen KPJ selama tujuh hari sehingga 13 Mac ini," katanya.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


celoteh cik fadh: Rumah Baru <b>di Durian Tunggal</b>

Posted: 03 Dec 2012 08:11 PM PST

Assalamualaikum semua..ok semalam cik fadh da promise nk up entry sal pindah rumah baru..kalo xjnji pown mmg nk up entry ni sebagai kenangan tuk disimpan rapi di dalam diary on9 ni..;) sebelom ni ade usha2 rumah baru tu kt entry INI..so ni sambungannyer la ape cer bile da pindah kan..jom !
kitorg da hangkut barang skit2 sebelom pindah ni..skit2 pown, dekat 5-6x jugak trun naik tangga..penat xyah cter la..dan hari yg betol2 kami pindah dan angkut abis sumer sabtu hr tu sharp 1st december, n sharp jugak 2 tahun stay rumah lame..pagi2 da bangun, bersenam trun naik tangga smpai penuh 1kete dak boboy tu..almari da sewa lori angkat mlm b4 tu sbb mane nk muat masuk kete...hehehe..
semua di dalam gmbar kan kan kan, brg cik fadh je..hukkk ! ntah mane asal ntah, dulu awl2 pindah melaka bawak luggage n bantal je sebijik2..skang 4x kereta ulang alik pindah + 1 lori muatan X penuh..hihi
ruang dapur pulak..ni bnyak brg dak syeeda pulak..die ni senang je hangkut brg sbb bnyak barang die sumer sumbat dalam satu beg hendon..hihi..
ini katil cik fadh..dihangkut dari kuala pilah oleh bakal abg ipar nek triton..rumah lame tido atas tilam queen beralaskan lantai je, nk beli katil mmg xbole sbb bilik sempit, nnt ruang tok solat pown xmuat..skang da dpt katil bujang, baru la terase bujang..hahaahha..nape xbeli katil queen trus?? alasan yg same, walaupun cik fadh dok master bedroom, tp bilik ni petakkkkk n xluas mane..cik fadh xsuke space kecik, jadi decide pakai katil bujang je..nk solat pown senang, nk terbalik melintang pown senang kt bawah tu..kalo family dtg pown senang ;)
ok lepas hangkuttt sumer barang2 ke rumah baru, cik fadh kene lari2 plak nk hntar kereta g servis..dlm bnyak2 hari lg, ntah kenape hr pindah rumah lah nk kne anta boboy servis..haihhh ! boboy tu kan, km die sgt laju berjalan tau sbb kitorg suke berjalan..hr tu da servis, ni kejap da cukup 5ribu km..hr ni servis lg bulan depan da tmbah 5ribu lg km nyer..ye la btol la tu, mase beli dak boboy pown, tujuannyer tuk runner k.l, s'bn, pilah, palong n JB..kakakaka..after tggalkan dak boboy kt honda servis centre trus lari ke jusco nk cari tv console..fuhhhh ni mmg keje last minit..mmg capai je ape2 meja kecik tuk ltk tv sbb g tmpt len leceh nk kene beranta2 bagai, ni je senang, hangkut masuk dlm troli sbb cina tv nk anta ptg, so xkn nk suh letak kt lantai..sedihnyerr..hihi..jadi la kan....
laaa bile da dpt tv baru la pasan, tv same besar ngan table..citttttt ! xseswai langsung tau..mum cik fadh pown gelakkan..sobsss ! suke tv tu sbb warna silverr ! yeayyy...walaupun brand Hitachi xbape femes untuk tv, tp ape i kisah, jnji i suke design die yg silver tu n besarrr..hihi..gmbar die pown xde la xcntik..bole tahan pe !
mesin basuh pown da smpai..cik fadh beli 7kg je..cik JM suh amik 8.5kg tp cik fadh kate xyah la..bujang je pown..kalo kawen nnt pown masih b'2, kalo b'3 pown bertahun jugak amik mase nk tggu besar..nnt da xcukop sgt nk laundry, bole beli baru ! hewhewhew..
ni bilik syeeda dan jane, housemate lame cik fadh..dorg pown pilih katil bujang sbb nk golek2 kt bawah selesa...bilik kitorg sume lebih kurang same je size die, bezanyer blik cik fadh ade toilet..tu je..
then selepas berhempas pulas 1hari mengemas keluar ke dalam, akhirnyer sempurnaaaa...syukur segala urusan dipermudahkan..katil da comel2 tp 1st night xberani lg nk tido..ajak jane n syeeda hangkuttt tilam tido kt ruang tamu secara berjemaah..cik fadh penakut sebenarnye kalo masuk tmpt2 baru ni..xreti tido sorg2, takot mlm2 kang tido berpeluh2..hihi..
2nd night bru berani tido sorang..ape ke heavennn la rase ! phewwww..tp berpeluh2 jgk SEBAB
bakal mak mertua bagi deghiannn ni haaa terbang dr Palong berpostokan along cik JM..hihi..melantak 2bijik ngan dak jane sblom tido..so seswai la tu tido berpeluh2..durian ni panassss...but 3rd night tido, phewww sejukkkkk..syokkk je tido..
alhamdulillah segalanyer da selesai..semoga kediaman kami ini benar2 selesa dan selamat untuk kami semua..insyaAllah..skang da boleh fokus ke bende lain yg lebih bermakna..;)
Ekcelli sedey jugak tnggalkan bilik lame tu sbb dah cat cntik2 kan..fuhhhh sayangnyer..semua dalam kenangan..trima kasih bilik lame sbb hari2 selama 2 tahun sy dok sane sentiasa bt sy selesa n tido lena ;) 

Kisahku <b>di Durian Tunggal</b> Melaka...Rawatan Batu Hempedu.

Posted: 19 Dec 2012 03:10 PM PST

Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...


Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.

Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.

Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...


Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....

Info ke rumah Haji Jamil..
1.   BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Kami sekeluarga ke rumah Tuan Haji  Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh.  bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...
Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Panas: Lagi &#39;Video Amukan Samseng&#39; <b>Di Bukit Katil</b> - Pahang Daily <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 09:48 PM PST

ads