04 di umbai - Google Blog Search |
precious life: Makan-Makan <b>di</b> Medan Ikan Bakar <b>Umbai</b>, Melaka Posted: 28 Feb 2013 12:35 AM PST Salam, Agak lama rasanya tak update sbb ala2 busy la kan. Sbb Sarah tak sihat dan ayah pun kat spital, keje pun tgh byk kat opis, jd aku agak kekurangan mood nak update walaupun dalam kpala aku banyak gak benda nak update. Ok, entry kali ni aku kategorikan sebagai entry kepam. Apa? tak tau apa kepam? kepam maksudnya benda yang ko simpan lelama yang sampai satu tahap, dia boleh menimbulkan bau yang akhirnya memaksa kita keluarkan benda yang disimpan tu..Hehe..haa,sama la dgn entry ni. Bahan citer dah slalu sgt berlaku, foto pun dah lama ada tp kepam.hehe Medan ikan bakar Umbai ni tersangatla glemer kat Melaka ni. Kat situ ada berderet kedai yang semuanya kedai ikan bakar dan makanan laut. Modus operasinya (betul ke modus?? lantakla) adalah pamer seafood yang segar kat para yang dibubuh ais, pengunjung pilih, dan bagitau nak masak apa. Segala jenis ikan, udang, sotong, kerang-kerangan ada. pilih nak masak tomyam, bakar bercili, bakar kosong, masak butter, sweet sour, 3 rasa, goreng tepung, apa-apa jelah, Agak pelik kalau anda dtg situ, tetiba anda minta tomyam ayam..erk!! Harga, pada aku agak berpatutan, kene pandai pilih gerai. Caranya, cuba sume gerai.muahaha.. ataupun tanyalah kenalan dan ikut gerak hati anda. Kami sekeluarga selalu makan kat gerai no 1, atau no 6. (promosi free). Selalunya kami pergi sana pada hujung minggu kalau ada special ocassion mcm besday la. masa ni la nak berkumpul sekeluarga sbb masing2 dah ada keluarga sendiri kan. Sbb dah agak kerap gi, lupa nak amik gamba. slalu terigt nak amik gamba biler dah abis makan licin. apa kes nak amik gamba pinggan kosong kan..Tahun lepas, masa bulan 6, lps bercuti-cuti ke johor KLIK SINI ada gak aku teringat nak amik gamba. so, cekideout ya!! Sambal Kicap yang dihidangkan kalau order ikan bakar. Siakap bakar kosong yang fresh dan tak kering. Sbb ada air lagi.Slurp!! Air Kelapa mmg padan dimakan dgn ikan bakar dan sea food.Sbb, minum air kelapa, tak menghilangkan rasa manis sea food.Pepandai jer aku kan.hehe Khusyuk makan sampai tak pandang kiri kanan. Ikan Jenahak masak 3 rasa. Ikan rangup, isi lembut! Nasi lemak bungkus pun sedap. |
Orang ni: 9 Gergasi Sasaran PAS <b>Umbai</b> Posted: 11 Feb 2013 05:10 PM PST UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu. Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai. Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan. "Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat Umbai. "Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam. Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini. "Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka," katanya. - SH ............................................ Orangni: PAS Cawangan Umbai ini mungkin antara yang terbaik dikalangan yang terbaik, PAS cawangan seluruh negara harus contohi PAS Umbai ini..Syabas PAS Umbai Melaka....Takbir...!!!! |
You are subscribed to email updates from di umbai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan