Isnin, 18 Mac 2013

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di</b> Port Klang: Trip 7/3 Meninjau <b>Sungai</b>

Posted: 18 Mar 2013 09:02 AM PDT

Pada hari ini, saya dan Jemik meninjau sungai berdekatan untuk memancing udang. Sambil memancing udang, umpan Patin juga di lempar bersama. Ketika kami mula menolak sampan ke air, beberapa penduduk dan rakan sekampung ada memberitahu tentang keadaan udang mabuk 2 minggu sebelumnya. Hmmm mabuk lagi, habis lah udang di sungai ni..

Sejak sampan dan enjin ini dibeli, saya masih belum menjejakkan kaki menaikinya. Inilah baru pertama kali bersama Jemik. Eboi dan Acid, sudah puas menaikkan ikan Patin pada musim yang lepas. Ada saya selitkan klip tersebut di sini..

Rupanya enjin 5hp ini kurang sesuai dengan sampan kecil ni, seorang terpaksa duduk di depan manakala yang mengemudi terpaksa menggunakan paip pvc yang disambung ke pemulas minyak. ini dilakukan bagi mendapatkan kelajuan yang sesuai ketika sampan mendatar di atas air.
 Mata kail dan Berembang yang digunakan untuk menjerat Patin, kali ini gagal..

 Lokasi seperti ini biasanya kawasan udang berehat, tetapi tidak berpenghuni..

 Saiz beginilah yang kami dapat naikkan pada trip kali ini. Yang lebih kecil pun ada, kemungkinan kes udang mabuk sebelum ini telah menjejaskan ekosistem sungai ini.

Walaupun beberapa spot cantik yang kami rasakan dihuni si udang, namun hanya 6 ekor udang yang berjaya dinaikkan. Saiznya juga tidak sebesar seperti dulu. Sepanjang sungai, terdapat juga bot kecil yang lain mengeluh mengenangkan keadaan ini. Di kawasan sungai lurus, kami menaikkan ikan Keli yang bersaiz besar dengan set joran udang kami. Walaupun tiada udang, sekurang-kurangnya terubat lah kecewa dihati. Kami pulang pada jam 6 petang ke pengkalan dan menarik sampan ke atas tebing...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads