04 di serkam - Google Blog Search |
Jasindaily Online: Pembaziran <b>di</b> DUN <b>Serkam</b> Posted: 13 Feb 2013 06:39 PM PST Nampak cantik daripada luar tapi tidak berpenghuni |
BUKU ANAK WARISAN BUGIS <b>SERKAM</b> MELAKA. dan cerita terkini <b>...</b> Posted: 06 Feb 2013 10:38 PM PST BUKU ANAK WARISAN BUGIS SERKAM MELAKA, coretan daeng kali ini. Assalammualaikum saudara daeng dan semua. Pertemuan secara tidak langsung dengan seorang yang mengumpul bahan sejarah Anak Bugis Serkam baru baru ini amat membanggakan. Banyak maklumat baru yang diceritakan dan tidak menjangka beliau sudah menulis hampir 3 per 4 sebuah buku Sejarah Anak Bugis Serkam Melaka. Banyak sangat rahsia demi rahsia .Sedikit demi sedikit baru ku faham akan pengertian rahsia ini.Tetapi penulis bersetuju supaya rahsia ini didedahkan dan ianya sudah menjadi sejarah lalu.Maklumat sejarah ini tidak akan lenyap jika usaha usaha mendokumentasikan bahan dan maklumat dilakukan. Sebelum ini cerita Sultan Johor ke Serkam dihurai satu persatu dan penjelasan belaiu telah menjelaskan semuanya.Mat Bam satu nama yang biasa ku dengar dari kecil.Pertalian dengan cerita kedatangan Sultan Johor amat sinonim .katanya sekitar tahun 50an jika tidak silap.Amat menarik ceritanya. Akhir dikuburkan ceritanya.Maklumat ini amat berguna. Pada asal maklumat daripada Bondaku, Nenek Ngah Arfah dan sekarang tambahan Tok Mat Bam mempunyai sambungan maklumat ceritanya..Kejadian jemputan jamuan menguatkan kenapa datuk nek menyuruh menyimpan rahsia. Sangat-sangat menarik.Penulis menerangkan beliau bukanlah salah seorang waris anak cucu Tok Langgar tetapi sudah berumahtangga dengan anak cucu Tok Di Serkam ini.Bukunya nanti tidak mempunyai cerita yang memberatkan mana-mana pihak Tambahan ,penulis memohon kubur Tok Langgar di jaga semula dan dijadikan sebagai bahan warisan sejarah bugis Serkam Melaka. Satu lagi cerita cerita pertalian perang jementah ,cerita perang bukit larang,Perang linggi, Tok langgar panglima perang membantu , kaitan dengan daeng di kedah menambahkan cerita dan maklumat buat diri ini.Cuma magrib memanggil terpaksa aku menangguhkan pertemuan bersama beliau.Beliau juga mempunyai blog sendiri pertalian sejarah dan maklumat akan dilink bersama nanti.semoga gabungan maklumat ini dapat menyudahkan rahsia sebenar serkam kampung tercinta ini... Lain lak pula cerita pak dara aku seorang ini.Mejar pula berminat dalam penubuhan persatuan anak- anak bugis Serkam dan inginkan maklumat salahsilah daeng daripada Tok Ibab. katanyee selalu dok mengambil bahan dan maklumat daripada Abang Tok Ibab, Abang Karim rasanya. Setakat ini banyak lagi perjalanan cerita ini.Aku masih mengharapkan komuniti penggerak berjaya ditubuhkan mungkin setelah tertubuhnya Persatuan Anak-Anak Bugis Serkam kot.Mudah mudahan...Bagi aku x kira daripada cucu temenggungke atau Bendahara janji sejarah ini di ukir semula dan takkan luput dek zaman untuk tatapan anak cucu cicit nanti.... Sekian dahulu coretan cucu daeng yang kerdil ini ... MOGA ALLAH MEMPERKENANKAN HAJAT KU INI. AMINNN.......... |
You are subscribed to email updates from di serkam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan