Jumaat, 23 September 2011

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


( ‿) NINIEY&#39;S STORY (‿ ): PARTI LIAR - <b>ALORGAJAH</b> MALACCA

Posted: 17 Sep 2011 01:50 AM PDT

Satu hal lagi remaja zaman sekarang… tak habis habis dengan ulah nakal dan melampaui batas… hebat sangat ke bila menganjurkan parti liar macam ni? dimanapengertian kemerdekaan bagi mereka? atau kah? mereka hanya menyandarkan perkataan Merdeka untuk mendapat permit keluar rumah? Sakit hati bila memikirkan keadaan remaja masa kini,semakin berani untuk melakukan perbuatan terkutukdimana sedikit pun tidak akan menjaminkan masa depan yang cerah!!
ALOR GAJAH – Sekumpulan 87 individu ditahan dalam keadaan mengaibkan apabila mereka didapati berada dalam keadaan khayal dan bercumbuan secara terbuka dengan alasan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 serta Hari Malaysiaketika menyertai parti liar di sebuah banglo yang dicemari dadah dan araksemalam.
Parti liar di banglo sebuah pusat peranginan di sini itu diserbu pukul 2.30 pagi selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral tersebut.
Serbuan itu diketuai oleh Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Cif Inspektor Mohd. Hisham A. Rahman bersama 14 anggota.
Daripada 87 individu berusia di antara 18 dan 35 tahun itu, tujuh daripadanya merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads