Jumaat, 23 September 2011

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


From Rys Areesa Nasir: UP, UP & AWAY!

Posted: 22 Sep 2011 02:33 AM PDT

Hmm... majlis pernikahan adik ipar bongsu kartun saya, Muiz pada 16hb September 2011 sudah selamat sejahtera. Hmm... sekali sambut dengan Hari Satu Malaysia la gayanya setiap tahun ni nanti. Last-last minute itu sempat juga beranikan diri bertanya, "Dik, kau nervous tak?". Maklumlah tengah-tengah serabut kelibut kepala bakal pengantin, ditanya soalan macam tu, takut keluar pula Naruto dia. Muiz kata, "Dah tak rasa apa-apa dah kak..." Hah hah... saya gelak dalam hati je la...
Malam pernikahan di rumah pengantin perempuan di Machap Baru, Melaka, entah mengapa saya jadi penyedih pulak. Berladung airmata... alah, bukan saya seorang je pun. Alih-alih bila angkat muka dah lap airmata, tengok dua tiga orang saudara dan sepupu di sekeliling saya juga mengesat airmata. Tapi mungkin airmata yang berbeza. Ada airmata kesyukuran, airmata kegembiraan, keterharuan dan pelbagai lagilah... Airmata saya...? Biarlah ia berlalu...
Lusa majlis menyambut menantu pula di Sabak Bernam... sure riuh nak rak since this is the last wedding in the family, Insya-Allah dan Alhamdulillah... first and last for me...
Tahniah untuk adinda Muiz dan Zila cum Foiy & Padi Jerr... 
Semoga kekal bersama dan berbahagia sampai Jannah
Muiz sudah dapat daulat sebagai seorang suami... hmm....
Serupa tak kartun dengan yang real? hu hu...
Okay, saya sudah harus pulang ke rumah sekarang. Kerja setakat yang perlu sudah diselesaikan, posting sharing ini yang dua tiga kali ammend kerana perubahan masa posting pun sudah. Kena rush balik bersiap. Rumah mertua di Sabak Bernam tentu sudah penuh dengan saudara-mara. Orang Jawa panggil berkampung untuk bergotong-royong kenduri itu GEJOBOS.  Hai, anak menantu yang ini juga selalu jadi orang terakhir pulang kan... apa nak buat... the naughty daughter in law...
Sorry ya mak, abah... we are up, up and away!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads