Sabtu, 4 Februari 2012

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


MB bertemu rakyat <b>di Merlimau</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2011 06:31 AM PST

MERLIMAU : 03 Mac – Menteri Besar, Dato Seri Utama Hj. Mohamad. Hj. Hasan hari ini telah  'turun padang' bagi membantu kempen jentera pilihanraya Negeri Sembilan yang ditempatkan di peti undi  Pengkalan Samak DUN Merlimau.

Beliau diiringi oleh  Dato' Siow Chin Pin Exco Perumahan, Kampung Baru danPengangkutan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Chennah, Dato Peter Lai Yit Fee, Pengerusi MC A Bahagian Seremban dan Siow Koi Voon Pegawai Penyelaras Khidmat Masyarakat Barisan Nasional Seremban.

Selepas di beri penerangan serba ringkas oleh Tok Sidang Pengkalan Samak, Menteri Besar telah melawat  pengidap sakit barah usus, puan Limah Manas, 45 tahun.

Beliau telah mengunjungi  warga tua, ibu tunggal dan orang kurang upaya serta rakyat miskin tanpa mengira bangsa. Beliau telah melawat hampir 30 buah rumah dan mendapat  reaksi yang baik dari penduduk kawasan berkenaan.

Turut mengiringi Menteri Besar dalam kempen rumah kerumah,  Dato Hashim Rusdi, Exco PembangunanLuar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan, merangkap Adun Labu.

Menteri Besar melahirkan rasa puashati dan gembira melihat sambutan yang diberikan oleh para penduduk yang telah memberikan gambaran awal bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai masalah untuk memenangi piliharaya kecil DUN Merlimau ini.

Menyifatkan bahawa kerajaan negeri Melaka sebagai prihatin terhadap kemudahan prasarana termasuk di kampung-kampung dengan menyiapkan jalan-jalan dan juga lampu menjadikan kelesaan yang cukup baik.

Menteri Besar berkata, perhubungan secara 'touch-point' amat penting iaitu dengan berterusan menemui masyarakat, mengambil tahu permasalahan yang ada juga memberi perkhimatan terbaik  akan dapat memastikan satu ikatan yang kuat antara rakyat dan pemimpin dan dalam perkara ini Ketua Kampung atau Tok Sidang mampu memainkan peranan penting.

Kerajaan Pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian kepada kepentingan rakyat sejajar dengan dasar '1 Malaysia' dan slogannya 'Rakyat didahulukan Pencapaian Di Utamakan'.

Full content generated by Get Full RSS.

::::MON MONTANA::::: Nasi lemak dan ikan bakar <b>di Merlimau</b>

Posted: 27 Dec 2011 04:36 AM PST

Checkout hotel di Muar suami bawak breakfast di Merlimau.
Kedai kecik je tapi ramai org.
Nasi lemak dan sambal tumis kosong tanpa ikan bilis.
Yang bestnya ikan kembung bakar.
Sedap....ikannya dia bakar dah tu ditumis dengan sambal dan telur.
Nasi sepinggan RM2.Ikan kembungnya yang comel-comel RM 2 seekor.Lea ngan suami ambil 2 pinggan nasik dan 4 ekor.Memang sedap


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads