04 di sungai udang - Google Blog Search |
<b>Sungai</b> Rapat Online: Jom Memancing <b>Udang Di Sungai</b> Perak <b>...</b> Posted: 31 Jan 2012 02:42 AM PST Hadiah lumayan RM5,000 menanti juara kategori udang terberat sempena Fiesta Memancing Udang Antarabangsa Sungai Perak yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Februari depan. Fiesta itu juga dilihat berpotensi besar menjadi acara tahunan pelancongan negeri Perak, sekaligus memperkenalkan Teluk Intan sebagai antara destinasi terbaik di kalangan kaki pancing. Exco Pelancongan negeri, Dato Hamidah Osman, berkata fiesta dua hari itu bukan sahaja dapat menarik kunjungan kaki pancing tempatan tetapi juga pelancong luar negara. "Penganjuran fiesta ini bertujuan merancakkan aktiviti sempena Tahun Melawat Perak 2012 selain mempromosikan produk pelancongan menarik di Daerah Hilir Perak," katanya pada pelancaran fiesta tersebut di Ipoh, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perak Tourism, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pegawai Daerah dan Tanah Hilir Perak, Ahmad Zainudin Yeop Shamsudin. Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah berkata, pihak penganjur telah menyediakan 300 bot untuk peserta yang mengambil bahagian dalam fiesta itu. Jelasnya, setakat ini, seramai 60 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang tarikh tutup penyertaan pada 18 Februari ini. Full content generated by Get Full RSS."Selain peserta tempatan, kita juga menerima penyertaan peserta dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. "Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang pada pertandingan yang akan bermula 8 pagi bertempat di Sungai Pakalong sehingga Jeti Jabatan Laut Shahbandar. "Hadiah keseluruhan sehingga RM10,000 menanti para peserta di mana ia melibatkan dua kategori iaitu kategori individu dan berkumpulan," katanya. Selain itu, setiap peserta juga tegas Hamidah, boleh memilih sama ada mahu menggunakan bot penganjur dengan yuran penyertaan sebanyak RM60 dan RM40 bagi peserta yang menggunakan bot sendiri. Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan itu boleh menghubungi Rahmat (019-5473964), Tarmizi (019-5592909) dan Azmi (019-5752699) atau memuat turun borang penyertaan di ppmhp.blogspot.com. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan bayaran wang tunai atau melalui akaun PPMHP BIMB 08031010044290. |
Seindah Mimpiku: BR1M <b>Di Sungai Udang</b> Posted: 18 Jan 2012 06:42 AM PST Ahad lepas ditugaskan sebagai penyelaras bersama dengan Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah untuk pengagihan bantuan rakyat 1 Malaysia di Dun Sungai Udang. Alhamdulillah, ditempatkan di dun sendiri, mudah sikit urusan nak ke tempat pengagihan. Macam-macam ragam manusia boleh jumpa masa tu. Yang kelakarnya, warga emas yang datang boleh bersabar menunggu giliran diberikan kupon dan baucer BR1M ni dan senang terima arahan, tapi yang golongan muda macam kurang sabar, terutamanya askar muda-muda ni. Ada yang sengaja buat kecoh dan marah-marah pada petugas macam kami semasa proses pengagihan dibuat. Agak-agak sapa yang mulut lancang skit, aku sound balik pada dia minta bersabar dan jangan buat kecoh. Jumlah penduduk dalam dun Sungai Udang yang berjaya dalam batch pertama pengagihan ni hampir dua ribu orang, dan alhamdulillah semua selesai pada jam 6 petang tu juga. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di sungai udang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan