Sabtu, 4 Februari 2012

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Kolam tadahan 40.47 hektar atasi banjir <b>di Sungai Rambai</b>

Posted: 08 Jan 2012 03:04 PM PST

You are here: Home / Wilayah / Kolam tadahan 40.47 hektar atasi banjir di Sungai Rambai

JASIN 8 Jan. – Penduduk sekitar Sungai Rambai boleh menarik nafas lega apabila masalah banjir yang sering menghantui mereka akan dapat diatasi dengan pembinaan kolam tadahan seluas 40.47 hektar di Paya Rambut di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, kolam tadahan yang kini 70 peratus siap itu dijangka beroperasi pertengahan tahun ini.

"Kerja-kerja berjalan lancar. Di samping itu, kerja meninggikan benteng sehingga 1.5 meter sepanjang Sungai Kesang kini giat dilakukan bagi membendung masalah banjir yang kerap berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gegar Kampung 1Malaysia bersama Sherwan di Laman Belia 1Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan membina lima pintu air di empangan Sungai Kesang bagi melancarkan pengaliran air ke laut terutamanya ketika banjir.

"Empangan tersebut sudah mempunyai lima pintu air, namun penambahan lima lagi pintu air akan memastikan kelancaran air mengalir ke laut terutama ketika hujan lebat dan sewaktu berlaku air pasang besar," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, program tajaan syarikat rempah Sherwan dengan kerjasama Melaka FM itu julung kali diadakan dalam usaha mendekatkan penduduk kampung sekitar dengan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, ia dapat memperkasakan semangat 1Malaysia di samping memperkenalkan gaya hidup sihat kepada masyarakat menerusi pemakanan seimbang menggunakan rempah masakan Sherwan.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut termasuklah menanam pokok, pertandingan masakan antara kampung, karaoke dan senaman.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Sherwan, Nurul Aiza Izwana Jasni mensasarkan produk keluaran syarikatnya tersebut meningkat sehingga 70 peratus sepanjang program berkenaan berlangsung tahun ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 5000 Bakal Sertai Kayuhan <b>Sungai Rambai</b> | Blog Melaka Daily

Posted: 22 Dec 2011 05:39 AM PST

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

ws 02.1 Lebih 5,000 Bakal Sertai Kayuhan Sungai Rambai

MELAKA 21 Dis. – Selepas mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi program Kayuhan Melaka Maju 2010, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal mencipta rekod lagi dengan acara kayuhan sambutan Melaka 750 tahun pada 1 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, lebih 5,000 orang akan berbasikal menyertai program 'Go Green' selama dua hari berturut-turut melalui 28 DUN di negeri ini termasuk di kawasan tersebut.

Menurutnya, persiapan rapi sedang diatur untuk mengajak rakyat pelbagai kaum bukan sahaja dari DUN Sungai Rambai, tetapi dari luar untuk memeriahkan kayuhan sempena sambutan Melaka 750 tahun itu.

"Jika jumlah 2,310 orang berbasikal mendapat pengiktirafan MBR Oktober tahun lalu, pada program Januari ini, saya sasarkan lebih 5,000 akan berbasikal apabila konvoi tiba di Sungai Rambai nanti.

"Jika program ini disertai lebih daripada 5,000 orang sudah pasti Sungai Rambai akan sekali lagi mencipta nama dalam MBR," katanya di sini hari ini.

Program berbasikal 'Go Green' selama dua hari itu diadakan sebagai pembuka tirai sambutan Melaka 750 tahun selama setahun yang dirancang oleh kerajaan negeri bermula Januari ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, penyertaan acara berbasikal secara konvoi itu akan disertai oleh pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Beliau menambah, pihak urus setia juga akan menjemput beberapa kelab berbasikal dari Muar, Batu Pahat, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur untuk turut serta dalam program tersebut.

"Setakat ini, kita mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak untuk menyertai program ini," katanya.

Beliau berkata, peserta kayuhan berbasikal itu akan berhimpun di Kampung Parit Sidang Seman.

Katanya, mereka yang berminat ingin menyertai program itu boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan negeri di talian 06-2345900 atau Hatta di talian 019-5047559.(Sumber Utusan)

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads