Ahad, 9 September 2012

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Kemalangan maut <b>di Alor Gajah</b> Melaka - Kemalangan - www <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2012 09:51 PM PDT

Kemalangan maut di Alor Gajah Melaka
ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang guru menerima kepulangan anaknya dari Jepun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri bertukar sebaliknya apabila dia bersama anak bongsunya terbunuh selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka melanggar seekor lembu di Kilometer 213, arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Ngatinah Kemin, 47, dan anaknya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ngatinah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor, menetap di Jalan Kenanga 1, Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

Kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa, anggota Pasukan Gerakan Am, Lans Koperal Mokhtar Abu Bakar, 50, parah, manakala anak kedua mereka yang baru pulang bercuti kerana melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Jepun, Siti Nasuha, 21, cedera ringan.


Abang Ngatinah, Kamsani Kemin, 52, berkata, empat sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menjemput Siti Nasuha baru tiba dari Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06

Penemuan &#39;Pocong&#39; <b>Di Alor Gajah</b> | Puteri Kasih

Posted: 02 Sep 2012 09:47 PM PDT

sumber google

Sedang puteri surf internet tadi, terjumpa satu artikel yang tajuknya mengandungi perkataan 'POCONG'. Sebagai penggemar kisah ala-ala mistik ni, tajuk sebegitu memang menarik minat untuk puteri membaca keseluruhan kisahnya.

Tiga pekerja warga Bangladesh yang sedang memotong rumput di  Paya Mengkuang, Alor Gajah, dikatakan terkejut  melihat satu bungkusan kain putih menyerupai pocong. Mereka menyangkakan bungkusan itu adalah mayat yang dikafankan dan dibuang ke dalam sungai.

Curiga melihat 'pocong' itu yang dikatakan turut mempunyai kesan tompokan darah, mereka menghubungi pihak polis dengan bantuan seorang penyelia ladang berhampiran.

Namun hasil siasatan polis mendapati bungkusan putih itu bukan mayat manusia sebaliknya didalamnya terkandung bunga-bungaan dan limau nipis yang dibalut dengan kain menyerupai bentuk manusia.

Pihak polis mengatakan ianya hanya satu amalan syirik yang dilakukan untuk menghalau hantu atau membuang sial.

Rupanya di zaman yang semakin canggih ini, masih ada juga yang mengamalkan amalan syirik sebegitu.

p/s kena hantar 'surat cinta' lagi kepada si ZALORA…nak tunggu tahun depan kot baru kasut tu nak sampai…grrrr

Penemuan 'Pocong' Di Alor Gajah, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Alor Gajah</b> Sept 2012

Posted: 06 Sep 2012 06:24 PM PDT

Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah.Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah.

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Alor Gajah

Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:-
1Pembantu Tadbir (Undang-Undang) – Gred L17

2.Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) – Gred N17

Syarat Lantikan : sila klik sini

Borang Permohonan: sila klik sini

Sumber iklan: http://www.mpag.gov.my/web/guest/job

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads