Ahad, 9 September 2012

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


.: Ceramah Pas <b>Di Jasin</b> Malam Ini Dipindah

Posted: 07 Sep 2012 04:30 AM PDT


Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi. Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Dalam pertengahan Ramdhan lalu Tamrin telah mengistyharkan diri menyertai perjuangan Pas dan meninggalkan perjuangan Umno yang menjadi wadah perjuangan ayahandanya dan kaum keluarganya. Tindakan Tamrin itu dilihat satu keberanian dan keputusan tepat bagi dirinya tetapi kurang disenangi oleh kaum keluarganya.

Penghijarahan Tamrin memberi pukulan hebat kepada Umno memandangkan Tamrin merupakan satu-satu anak negawaran Ghabar Baba bekas timbalan perdana menteri itu yang aktif dalam politik.

Perpindahan lokasi itu menggembarkan sikap toleran Pas yang tidak suka mencari gaduh. Diharap pertukaran lokasi itu dimaklumi semua. [wm.kl. 7:29 pm 07/09/12]

Reddy Mozel nun <b>di Jasin</b>… | Pencinta Merah The Red Lover The <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 09:00 PM PDT

IMG_4976

gambar dalam entry ni macam tak adil. coz depa hanya banyak snap gambar aku ngan Mozel sahaja. sedangkan aku berpeluk2 manja jugak sama Reddy. si tukang amik gambar aka RD lepas je dia snapkan dia pi lepak2 jauh ngan RB. masa ni ramai gak 2 kereta. ada abah, my 3 orang anak buah and also my bro Epi.

IMG_4978

korang ingat lagi tak Mozel and Reddy?

dah lupa?

sian depa…

jauh depa merantau dah skang, kat Jasin Melaka.

IMG_4984

ha itu Reddy, yang abang dok nak sangat jumpa. kerna abanglah makanya aku extended lagi satu nite duduk Melaka coz kita kena tunggu Dayah balik Melaka, she was beraya di negeri lain dahulu. Tu pun kalau boleh pak aji nak bertolak ke Jasin ni ke main awal. hamboihhh abah. tak sesabau nak nyambut bininya.

yelah malam tu mak aku balik tapi ni kita masih lagi di Melaka.

rileks bah….tak lari bini mung tuh.

IMG_4980

asalnya Reddy and Mozel dijaga Dayah di Klang tapi atas urusan kerja, terpaksa pindah di Melaka dan sob sob…makin jauh so tu yang agak payah kita nak datang jenguk. Kel and Paris yang kat KL pun aku tak visit lagik. …biar tak visit pun takper coz aku tau depa berempat ekor ni di tangan yang sangat pandai jaga kucing.

IMG_4997

Terima kasih ye Dayah menjaga Mozel and Reddy dan sudi terima kami semua di hari raya keempat.

jumpa lagi bila akak jenguk2 tanah Melaka tuh.

repeat pakai semula the brown Cambiossa Caftan by Gobok Chanteq

depa tak kenal kita :(

or depa kenal tapi merajuk tak tau ler…

Reddy ngah sibuk main…kaler bulu dia dah bertukar, dah tak macam brown dulu. Dah makin tua pun yer hehehhehe

my Mozel!

masih manjaaaaaaaaa

aku yang beria nak jumpa ke abang yang nak jumpa tapi memang eii geram betul ngan Mozel Reddy. specially Mozel ler coz dia kan kucing yang mengada manja ya sangat. Abang dok tanya2 gak bila nak amik balik, but not so soon lah. aku sebenarnya tak kisah pun kalau depa nak jaga permanently lagipun kita masih lagi dalam kondisi tak boleh nak jaga. selain dari logistic issue, si RB yang akan merenyam kerjakan kucing2 pun ye jugak.

Tunggulah dulu.

Ada rezeki kita bersatu kembali ye kucing-kucing mak semua. Kalau takde rezeki, penjaga kamu pun molek jaga korang sumer. Insyallah, sabar yek bang.

Special entry untuk kucing setelah hampir setahun tiada khabar berita kan …..

Kedahkini: GEMPAR ! AKSI SAMSENG UMNO <b>DI JASIN</b> MELAKA

Posted: 08 Sep 2012 01:48 AM PDT

SHAH ALAM - Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah kali kedua dalam seminggu ini, kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini insiden itu terjadi di Melaka.

"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadab!" kata mesej Twitter Anwar hari ini.

Kata beliau, gerombolan dipercayai anggota Pemuda sebuah parti melempar cat merah di bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaik menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong Kelubi, Jasin.



Twitter terkini DSAI :Ketua ambil rasuah 500juta;upah pemuda 50 ringgit! : @Keadilan_Daily: Aksi samseng Umno di Jasin menjerit memaki DS #merdekarakyat



Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kini percaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.
Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.
Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads