Ahad, 9 September 2012

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


masam manis: Medan Ikan Bakar <b>Umbai</b>, Melaka

Posted: 02 Sep 2012 05:38 PM PDT

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia..
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
Lewat pula Jalur Gemilang berkibaran di Masam Manis.
Maaf tuan rumah teramat penat.. hihi dan bila dah lama tak berblog, nak kembalikan semula semangat dan mood tu ambil masa sikit.. biasalah enjin lama.. kenalah panas-panas kan dulu.. ^_^
Walau bagaimanapun sambutan kemerdekaan tahun ni lagi meriah kan.. ?? pulak bila ianya masih lagi berada di dalam musim perayaan.
Apa erti kermerdekaan bagi kita anak-anak selepas merdeka???
Yang utama kita merdekakan diri kita dan minda kita dari di jajah..
Masih lagi dalam mood berhari raya.. Sana sini dapat jemputan rumah terbuka. Bertambah-tambah bila bulan ni banyak pula cuti, ramailah yang merebut peluang untuk melansungkan majlis perkhawinan. 
Kepada bakal raja sehari atau pun yang telah pun melayari gerbang perkhawinan, selamat pengantin baru daripada ita di Masam Manis. Layarilah bahtera perkhawinan yang baru di bina dengan penuh kesabaran dan keimanan.. Semoga rumahtangga yang di bina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...
Hari-hari dok makan 'open house', sesekali nak bertukar selera kan?? Jom kita pekena ikan bakar di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka. Tempat makan yang cukup popular bukan sahaja bagi warga tempatan bumi Hang Tuah ni.. tapi turut di banjiri warga kota yang turun dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. 
Sebenarnya semalam ita ke Tangkak, menghantar Amiru pulang, bila nak balik tu.. suami kata jom kita pekena ikan bakar.. Apalagi.. sudah semestinya Umbai lah yang menjadi sasaran kita.
Dah selalu sampai ke sini pun masih sesat-sesat lagi.. uik.. nampak sangat dah semakin menghampiri kilauan emas.. haha

Suka sangat makan kat sini, selain harganya yang berpatutan, layanan yang sangat baik, menu masakan yang pelbagai citarasa, lokasinya yang strategik dengan pemandangan Selat Melaka dan hutan bakau di gigi air adalah antara faktor utama mengapa Medan Selera Parameswara, di Umbai Melaka ni menjadi sasaran pencinta makanan setiap hujung minggu.
Kepada yang belum berkesempatan berkunjung ke sini, apakata sesekali kita bertukar angin cuba pula air tangan warga Melaka.. Pasti menjilat jari.. Yummy!!

Ita cuba dapatkan lokasi dari Google Map tapi tak boleh pulak nak copy. Di bawah ni adalah lokasi yang di kongsikan oleh adik Stormz, terima kasih ye dik!


Ikan Bakar Parameswara, 
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin

Permata Hati: Makan <b>di Umbai</b>......

Posted: 27 Jun 2012 01:20 AM PDT

Assalamualaikum....salam satu Malaysia....Petang nie hujan....dapat le rasa sejuk sikit....perut pun mula le terasa macam nak makan2.Bila sebut pasal makan,teringat le gambo2 makan kat Melaka tu hari.Jenjalan Melaka masa cuti sekolah yg lepas,sehari lepas balik dari Terengganu.Holiday ke sana tanpa dirancang.Memang seronok dan bnyk pengalaman yg kami kutip sepanjang perjalanan.Masa pegi,semuanyer ok tapi masa balik,alamak.Kami terperangkap dlam jam.Maka perjalanan kami dari Melaka balik ke Taiping memakan masa lebih kurang 10 jam.Melalui jalan lebuhraya,hanya setakat Sungai Buluh.Kemudian keluar mengikut jalan lama hinggalah sampai ke rumah....Cukup memenatkan.Tak pe lah,hari ni malas lagi nk citer pasal tu.Kiter citer pasal makan2 ye.

Dah puas jenjalan sekitar bandar Melaka,kami ke Umbai.Dah lama sebenarnyer nak kesana.Sejak dari aku peknen ke Uwais lagi.Teringin bila orng cakap ikan bakar kat sana best.Memang teringin,almaklumlah waktu tu kan tgh peknen.Tapi apakan daya,aku tak berkesempatan,walaupun de datang Melaka kala aku tgh peknen 6 bulan.Mak kata,kenapa xcakap teringin nk mkn,bknnyer xboleh datang.Saje je,aku malas nk mengajak,lagipun jauh kan.

Itulah kali pertama kitorng g terjah Umbai.Ikut je gps.Akhirnyer aku nampak satu signboard,cepat2 hsben belok.Rasa cam pelik lak jalan tu,so tnya le orng2 kg yg kebetulan dok lepak2 depan umah diorng.Deme cakap,kat dalam tu de kedai makan.Yg paling sedap,katanyer kedai yg last sekali.Parameswara namanyer.ok,maknanyer dh betoi le jln tu.Masa kitorng sampai,dlm jam 6 lebih.parking kena bayo dlm sehinggit je.Masih bnyk parking.Orng pun xramai.hajat hati sesaje nk jalan2 je.So,bila nmpk kedai yg org2 tadi tu cakap,kitorng singgah.Alamak,dh teringin le pulak.Tanya mak,cmne nk makan ke...Alang2 dh sampai,makan lah...hehehe....teringin wehhh.Lagipun,lepas tu dah nk terus balik...Meh kite layan gambo ye...

Ini le kedai nyer.tentu dah ramai yg dah sampai sini.Aku pun smpat google dlm internet pasal kedai nie.Ada yg cakap ok,ada jugak yg cakap tak ok....

Antara deretan makanan laut yg dah pikat hati aku.Tapi,kitorng cuma pilih ikan siakap untuk di bakar.Dan juga semangkuk tomyam campur beserta nasi putih.Lauk lain lenkali.Sesaja nk try dulu,cmne rasa.lagipun,masa tu perut masih belum betul2 lapar....huhu
Masa kami sampai tu mungkin masih awal.So banyak lagi tempat duduk.Kami pilih yg kat tepi laut...ehmmmm,betul ke kat situ laut...hihihi.
Posing le dulu,sebelum makan...kikiki.Bnyk jugak gambo kat sini,tapi cukup le upload sikit2.
Sebelum hantar nasi,diorng sajikan buah2 dulu.Kalo xsalah,de buah jambu,betik...lagi pe ye...dh lupa la.Cicah ngn serbuk asam masin.Tu,tgh dok balun buah le tu.Tak sempat nk rasa,dh abis...haishhhh,budak2 nie.
Masa ni lauk dh sampai.Untuk cicah ikan bakar,cuma de air asam dan jugak sambal kicap.Air,cuma order teh o ais jek sorng satu.
Memang best la makan kat sini.Sambil makan,sambil tengok pemandangan yg cantik.Lajak je makan.
Budak sorng ni pulak.....alahai,sakan toi meratah lauk....feveret deme ikan tu...
Dah sudah makan,bayo le ,pe lagi.Rege aritu tak le mahal sangat,xsampai 50 hinggit..So,kasi bergambar sekali lagi tanda dah memang penah singgah dan rasa makanan kat situ.

InsyaAllah,akan berkunjung lagi satu hari ke kawasan Umbai nie....dh terpikat.Tapi entah bila....mudah2an,de le rezki kami ke Melaka lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads