ads

Rabu, 6 Mac 2013

04 di lubok china - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di lubok china - Google Blog Search


RC Smk <b>Lubok China</b>: Doa harian dan Pengertian doa

Posted: 05 Mar 2013 07:22 PM PST


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir

daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:



b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

RC Smk <b>Lubok China</b>

Posted: 05 Mar 2013 06:50 PM PST

Harini aku ingin kongsikan apa yang aku dapat dari laman sesawang Zuldesign Autotranic... Diharap apa yang aku ingin kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tentang reka cipta dan inovasi. Artikal ni boleh di download kan di laman sesawang Zuldesign. Kalau nak lebih "clear" boleh cari artikal nya dalam akhbar MEGA keluaran Utusan Malaysia.















Maaflah sebab ada beberapa pic yang aku tak dapat nak betulkan  arah pandangan nya sebab pc ada masalah sikit....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved