ads

Rabu, 6 Mac 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Mas Emieyati Shamsudin calon BN <b>di</b> parlimen <b>Masjid Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 05:18 PM PST

imagesKemungkinan sdri Mas Emieyati akan mewakili BN bagi parlimen Masjid Tanah dalam pilihanraya ke 13 nanti. Beliau menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah semenjak 2001 dan telah dilantik menjadi Ketua Puteri Umno Melaka tidak lama kemudian. Lulusan undang-undang dari UKM ini menjadi pembantu Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam sejak beberapa tahun lalu. Nama beliau disebut-sebut akan bertanding pada tahun 2008 di dun Air Limau tetapi disaat akhir diganti oleh Haji Amiruddin iaitu Yang Berhormat sekarang. Negeri Melaka adalah satu-satunya negeri yang Pergerakan Puteri Umno tidak bertanding dimana-mana kawasan pilihanraya lepas. Untuk memenuhi kuota, beliau akan dicalonkan menggantikan Datuk Abu Seman Yusof.

Penulis secara peribadi tidak kenal beliau tetapi secara kebetulan pernah disatu univerisiti yang sama dan kampus yang sama. Walaupun beliau adalah junior penulis tetapi secara kebetulan tidak bertegur sapa walaupun pernah terlibat dengan program anak angkat sekali (semasa penulis masih aktif dengan Pemuda Umno dahlu). Ayahnya adalah Haji Shamsudin yang bertanding di dun Ramuan China pada tahun 1990 atas tiket parti Semangat 46. Penulis boleh katakan yang keluarga beliau adalah dari keluarga pembangkang. Malah pada tahun 1999, ayah beliau hampir aktif dalam parti KeADILan tetapi mengambil keputusan menyokong "dari jauh" sahaja.

Penulis kenal keluarga beliau dan secara peribadi penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Lawan yang menanti ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, sdr Mohd Nasaei Ismail. Beliau berkelulusan komunikasi dari USM. Tidak banyak yang penulis tahu mengenai beliau kerana dirinya aktif dengan PAS di peringkat Wilayah Persekutuan.  Pada tahun 2008, Datuk Abu Seman menang mudah dengan majoriti lebih 12,000 undi. Pada jangkaan penulis, BN masih ada harapan menang tetapi persolaan sejauh mana undi majoriti yang akan diperolehi oleh Mas kelak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved