04 di alor gajah - Google Blog Search |
kehilangan : antara labuan & <b>alor gajah</b> - ABU NUHA CORNER Posted: 21 Jul 2013 08:23 AM PDT Ada dua musibah yang menimpa keluarga kami minggu ini. 1. Satu musibah yang berlaku di Kampung Rancha-Rancha Darat WP Labuan, apabila sebuah rumah musnah dijilat api sekitar jam 4 pagi khamis. Dua mangsa yang berada di dalam rumah tingkat atas rentung manakala yang berada di bawah sempat menyelamatkan diri. Maklumat duka ini saya terima lewat sms keluarga di Labuan. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa nenda Napsiah dan Helmi serta menempatkan mereka bersama orang beriman. Mereka termasuk keluarga besar kami yang saban tahun kami ziarahi. Rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham nenek kami di kampung yang sama. 2. Atok kepada isteri saya, atau ayah kepada emak mertua saya juga disahkan meninggal dunia di Alor Gajah Melaka pada jam 6 petang jumaat. Allahyarham Atok Dewa berumur 89 tahun sudah lama sakit tua, dalam keadaan tubuh yang semakin susut dan kurus. Pada sebelah paginya sudah ada maklumat menyatakan keadaan nazak beliau. Beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan keadaan beliau yang mencemaskan sanak saudara. Saya hanya sempat bertemunya sekali sahaja pada tahun 2002 di Alor Gajah selepas mendirikan rumahtangga. Emak mertua saya sempat balik dan berada di sisi pada saat pemergiannya. Al-Fatihah. |
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan