Ahad, 11 Ogos 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Yunus Badawi: Dikejar Beruang <b>Di</b> Atas Katil Membuat <b>Ayer Keroh</b> <b>...</b>

Posted: 21 May 2013 12:36 AM PDT

Jumaat lepas aku dan client pergi melawat tapak untuk stesen minyak di Melaka. Kami berjanji untuk berkumpul di stesen minyak Petronas selepas plaza tol Ayer Keroh pada pukul 9:30 pagi.
Aku bertolak dari KL pukul 8 pagi selepas menghantar Adam ke tadika. Jarak dari rumah aku ke Ayer Keroh lebih kurang 130 km.  Sejam setengah utk sampai ke sana sempat rasanya kalau KL tak jam sangat. Lagipun had laju antara Alor Gajah dan Ayer Keroh telah dinaikkan kepada 110 km/j dan bukan lagi 90 km/j seperti sebelum ini.
(Ada org cakap had laju ditetapkan pada 90 km/j di kawasan itu kerana Melaka ini tak berapa besar. Kalau 110 sekejap aje orang dah keluar dari Melaka .... hehe)
Aku sampai di Petronas itu sebelum jam 9:15 pagi w/pun aku tak bawa kereta mcm Sebastian Vettel. Aku jengah2 keliling tapi tak nampak client aku tu. Aku pun telefon dia kot2 dia masih OTW. Elok aku call dia pun kata dia ada kat belakang kereta aku. Aku pun turun dari kereta dan bersalaman dgnnya.
Selepas itu aku call pula kawan aku yg duduk di Melaka yg dah janji nak tunggu kami di situ. Rupanya dia ada dalam kedai di stesen minyak tu.
Dari situ kami pergi bersarapan terlebih dulu sebelum ke tapak projek. Kawan aku yg orang Melaka tu membawa kami ke kedai roti canai yang terkenal di Bukit Beruang.


Ini dia kedai tu. Betul2 di tepi jalan. Kalau nak parking kena letak kereta di seberang jalan dekat dgn SK Bukit Beruang


Roti canai di sini femes kerana kari ikan jenahak dan sambal sotongnya.  Yang kelihatan tu kari kepala ikan dan sambal sotong (piring kecik tu)
Selepas mengisi perut dan borak2, kami pun ke tapak stesen di Bukit Katil yang hendak dijual kpd syarikat minyak tu.


Tapaknya yg di sebelah kiri jalan tu. Kalau jadi nak kena tambak tanah tu sehingga sama paras dgn jalanraya.

Client amat tertarik dengan tapak cadangan ini memandangkan kedudukannya yg strategik dan jumlah kenderaan yang banyak yang melalui di hadapan tapak. Dia akan menyusulkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan kajian lanjut seperti membuat kiraan trafik sebelum berbincang pasal harga tanah.
Tengahari itu aku bersembahyang Jumaat di Masjid Al-Abrar Kg Semabok. Dapatlah aku berjumpa dgn dua orang rakan aku yang tinggal di Melaka.

Harap-harap menjadilah urusan jual beli tanah ini nanti. Bolehlah aku datang makan roti canai tu lagi ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads