Ahad, 11 Ogos 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di jasin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jul 2013 11:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b> - UtaraNews <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 08:40 AM PDT


Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang Di Jasin | Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembagaputih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas.
JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putihberambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.
Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian.
Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambarmenggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang.
"Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya.
"Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya.
Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih.
"Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus.
"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

The Scribe A Kadir <b>Jasin</b>: Melayu DAP Cabar Cina BN <b>di</b> Raub

Posted: 01 May 2013 12:13 AM PDT


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang, terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?
Raub adalah di dalam negeri Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.
Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin (DAP) mendapat 15,326 undi.
Kali ini, secara agak "mysterious", Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan Parlimen Bentong.
Yang menjadikan pertandingan kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.                                              Populariti PM teras BN
Dalam konteks itu, Raub mencabar kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di dalam negeri Perdana Menteri.
Peluang Mohd Sabri mencatat sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar, calon DAP 2008.
Ahli Parlimen Melayu DAP terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU 1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?
Daripada aspek perangkaan, Raub boleh dianggap sebagai kerusi seimbang dari segi kaum dan sokongan kepada BN dan DAP. Pada PRU kali ini, ada 54,320 pemilih berdaftar terdiri daripada 49.8% Melayu, 40.3% Cina, 6.5% India dan 3.1% Orang Asli.
Daripada tiga DUN dalam kawasan Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada PRU 2008.
                                                   Roket Menang DUN Tras 2008
 
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.
Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis: "Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU 13 in Raub Parliament P080, Pahang.
"Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian leaders around..Ameen."

Jasindaily Online: Hari Penamaan Calon Parlimen <b>Jasin Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 06:20 PM PDT

Bacaan Doa oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Musa bin Mohd 

Calon-calon Pakatan Rakyat Parlimen Jasin dari kiri Hajah Kintan Man ( N28 Sungai Rambai) Haji Yuhaizad Abdullah ( N27 Merlimau) Raja Rahmat Yusuf ( P139 Jasin) Ustaz Kamarudin Sedik
 ( N26 Serkam) Sdra Azmi Khamis ( N25 Rim) dan Sdra Ghandi Rajan ( N24 Bemban) 
Calon N27 Merlimau Haji Yuhaizad Abdullah bersama 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Ustaz Musa bin Mohd dan Sdra Yuzi Azhar, Naib Ketua Pemuda PAS Melaka 

Gelanggang sudah dibuka, pahlawan mengatur gerak langkah 

Bersama calon N26 Serkam 

Solat dhuha dan solat hajat di Padang Politeknik Merlimau 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads