ads

Rabu, 11 September 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di bukit katil - Google Blog Search


Petisyen BN <b>di</b> Parlimen <b>Bukit Katil</b>, DUN Bukit Baru ditolak ABN <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 03:06 AM PDT

MELAKA – Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak dengan kos petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dimenangi masing-masing oleh PKR dan PAS.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan calon BN bagi kawasan Parlimen Bukit Katil Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Bukit Baru Karim Yaacob tidak mengandungi butir-butir fakta yang lengkap termasuk identiti, masa dan tarikh salah laku yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas.

Beliau turut memerintahkan Mohd Ali dan Karim membayar kos sebanyak RM60,000 iaitu masing-masing RM15,000 kepada anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dan Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim dari PAS serta masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga yang terdiri daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Terdahulu, peguam Yusof Rahmat memohon mahkamah menetapkan kos masing-masing sebanyak RM50,000 dengan alasan responden terpaksa meninggalkan tugas selaku ahli Parlimen dan Adun untuk hadir ke mahkamah dan membantu dalam kes berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah yang mewakili Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya pula memohon mahkamah menetapkan kos sebanyak RM60,000 kerana pihaknya terpaksa memerah masa dan tenaga bagi kes itu.

Bagaimanapun, peguam Rosfinah Rahmat yang mewakili pempetisyen memohon mahkamah mengurangkan jumlah kos berkenaan dengan alasan pihaknya turut bekerja keras bagi memfailkan petisyen itu kerana merasakan terdapat salah laku yang berlaku ketika proses pilihan raya.

"Pihak pempetisyen tidak mengadakan demonstrasi jalanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya sebaliknya menerusi mahkamah," katanya.

Pada PRU13, Mohd Ali tewas kepada Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi manakala Karim yang juga Ketua Pemuda BN Melaka kalah tipis dengan majoriti 48 undi kepada Khalid. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved