Rabu, 11 September 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Aug 2013 11:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Aug 2013 11:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 11:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 11:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay / Rumah Rehat Tg <b>Bidara</b> Masjid Tanah: Tempat-tempat <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:56 PM PST


Apa yang menarik di Pengkalan Balak dan kawasan sekitarnya ? 
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara
Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.


Kota Yang Pernah Dijajah

Nama Kuala Linggi diberi bersempena dengan nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, maka kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi memerhatikan laluan keluar-masuk kapal pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.
Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai "Supai Fort", kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu.
Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.
Jambatan Kuala Linggi boleh dikatakan pemisah atau sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Melintasi sahaja Jambatan Kuala Linggi bermakna anda telah tiba di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kuala Linggi terletak di Daerah Alor Gajah di samping beberapa mukim atau pekan kecil lain seperti Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah.
Jika di Negeri Sembilan, Adat Perpatih menjadi sanjungan namun Melaka yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Hang Tuah menjadikan Adat Temenggung sebagai budaya hidup sehari-hari. Bagaimanapun di Kuala Linggi terdapat juga masyarakat Minangkabau kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.
Kira-kira beberapa tahun yang lalu, sebelum kewujudan jambatan yang menghubungkan Port Dickson dan Kuala Linggi, perahu tambang menjadi pengangkutan utama menghubungkan kampung itu dengan kawasan-kawasan di Negeri Sembilan dan sebaliknya. Apabila jambatan Kuala Linggi siap dibina pada sekitar 1990-an, perhubungan melalui jalan raya telah menjadi keutamaan.
Menariknya di Kuala Linggi, terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar. Di sini terdapat sebuah kota pertahanan di Puncak Bukit Supai yang dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda pendamaian perang di antara kedua-duanya yang berlaku pada tahun 1756-1757. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan bijih timah.
Perpustakaan Desa Kuala Linggi terletak di Pekan Kuala Linggi. Bangunannya terletak di antara deretan rumah-rumah di sepanjang jalan Kuala Linggi. Jika anda ternampak papan tanda Perpustakaan Desa Kuala Linggi bermakna anda telah pun sampai.











 

 

 

Selamat Datang ke Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai........

Restoran Terapung Fort Supai terletak di Kompleks Terapung Fort Supai, Kuala Linggi  Melaka. Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Seet Har Cheow pada Jumaat 12 April 2009.
Kompleks Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai merupakan projek pelancongan yang dilaksanakan selain kemudahan perlancongan di Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Padang Kamunting, Dataran Alor Gajah dan rumah rehat Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Restoran Terapung Fort Supai  telah mula beroperasi pada 29hb April 2009. Di usahakan oleh Puan Aizan Mat Ramli.
Restoran ini menyediakan Ikan Bakar biasa & Sambal Terutub (Resepi Pak Teh) dan Makanan Laut & Thailand. Pembekal ikan adalah dari nelayan-nelayan di sekitar Kuala Linggi.

Medan Ikan Bakar Nelayan Kuala Sungai Baru

Masjid yang diperbuat daripada tanah.  Asal usul nama Masjid Tanah

Rumah Tradisional Melayu Londang
Juara 2 kali Kampung Tercantik Peringkat Kebangsaan - Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah

BBQ <b>di</b> pantai <b>Tanjung Bidara</b> - Ummi Hanie

Posted: 13 Jan 2013 08:23 PM PST

Salam bahagia,

Ini ialah edisi terakhir TRAVELOG/Cuti² Malaysia saya dan family bagi tahun 2012. Alhamdulillah, penutup percutian yang bagus sekali.

Tuan rumah reunion ni dah bookingkan kami sebuah bilik di Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR). Cantik pemandangannya, menghadap ke laut. Oleh kerana kami bawa 3 orang anak je, lagi 2 orang tinggal di rumah Opah Parit Buntar, maka encik suami pelawa emak dan adik bongsunya menggantikan tempat 2 orang anak yang tak ikut tu.

Inilah juga pengalaman BBQ (baca:barbeku) saya yang kedua kalinya bersama-sama family dan anggota reunion PALAPES U**. Kali pertama reunion ialah pada tahun 2011, lokasi di air tejun Sedim. Masa itu Huzaifah baru berusia 2 bulan lebih. Owh, bukan saya yang anggota Palapes, tapi suami. Tak sangka pula suami seorang tentera, Leftenan muda lak tu… hihi. Orang selalu sangkakan pak ustaz je :p Kira nanti kalau negara darurat ke (nauzubillah), encik suami kena kerah pegang senapang tu.

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

aktiviti BBQ sedang rancak dijalankan

Inilah kawan² lama encik suami ketika sama² join Palapes dulu. Walaupun dah tinggalkan Palapes berbelas tahun, tapi ukhuwwah persahabatan mereka masih terjalin mesra. Terharu lak i ;)

reunion palapes

makscik-makcik duduk saja makan-makan yer… biar pakcik-pakcik je bakar ayam :p

Tuan rumah reunion kali ni pun memang seorang tentera di Kem Terendak tu. Sekarang dah berjawatan Kapten. Mesti garang giler kan… tapi, sama² kitorang semua ni, ok je…. Siap melawak lagi. Mak mentua saya lagi terharu, kapten tu basuhkan tangan weih ;)

reunion '12

zaid dan huzaifah dengan tshirt Boboiboy baru deme

tg bidara

kami…

BBQ terpaksa ditamatkan sebab hari gelap…. Hujan nak turunnn…. Memang dah hujan renyai² pun ;)

tg bidara

awan gelap kan….

Selesai BBQ, apa lagi…. tangkap gambar beramai-ramailah…

tg bidara2

full pic pasukan reunion Palapes 2012
pinjam pic dari member hubby
ok yang berbaju kuning itulah tuan rumahnya

Lauk BBQ tak habis. Banyak lagi lebihannya. Tak apalah, biar tuan rumah handlekan je. Ada sebekas besar ayam yang dah diperap tak sempat diBBQkan. Bahan² mentah lain macam udang, sotong, ikan dah habis dibakar. Sosej pun ada lebihan sikit.

Oh ya. Malam pertama kami di Tanjung Bidara tu, kami konvoi beramai-ramai pegi dinner di port Ikan Bakar femes di Kuala Sungai Muda. Jauh juga dari TBBR tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit jugaklah.

Dengan hujannya, sesak orangnya…. makanan lewatnya amattt… haihh sabo je le…

ikan bakar kuala sg muda

kami lerr…

6-7 meja cantum baru cukup...

6-7 meja cantum baru cukup…

Gambar menu memang sorryyyy tak ado. Sejam lebih tunggu, baru sampai hoccayyy… dah lapor sangat, terus sambar. Bismillah dulu nooo… Sedap memang sedap, tu sebab ramai pengunjung. Plaing sedap bagi saya, sotong goreng celup tepung. Fuhhh…. mabelesss….

Aktiviti berendam di Tanjung Bidara nan indah ni pula berlaku seawal hari pertama lagi. Tak teriman nengok ayornya bak kata oghang Peghak… Mula² saya jual mahal je, tak mau basahkan diri. Celup² kaki je di pesisiran pantai tu. Udahnya, encik suami dan adik ipar ajak berendam sama…

tg bidara6

Best betullll berendam. Lama dah tak dapat macam ni. Di Batu Ferringhi hari tu, tak merasa. Air laut Tg. Bidara ni nyaman je, Ombak pun tak kuat.

Seronoknya event reunion + BBQ ni. Tahun 2013 ni ada ura² nak buat kat Sabah. Wahhh….

Selesai event, kami pun berangkat pulang semula ke lokasi awal di bumi Melaka, yakni rumah adik ipar…. Ada 2 malam lagi di situ.

Incoming search terms:

Share sebagai tanda persahabatan...

About Ummi Hanie

Surirumah sepenuh masa (5 org anak), part-time blogger, WAHM (menjalankan perniagaan online). Segala yang tercoret di sini kebanyakannya adalah kisah peribadi (yg tak terlalu peribadi),kisah anak-anak dan adakalanya diselitkan sedikit info semasa, tips, food review, travelog, dll. Saya tidak bertanggungjawab atas segala komen/tanggapan negatif dari pembaca. Read at your own risk. Dialu-alukan untuk bekerjasama dengan saya bagi slot food review, advertorial, dan seumpamanya. Emel saya; ummihanie@hotmail.com

Fantasi Itu Duniaku: <b>Tanjung Bidara</b> Beach Resort, 2013... Wallah!!!

Posted: 11 Jul 2013 09:54 AM PDT

Kalau diberikan pilihan, aku mahukan satu percutian yang sangat panjang; sebulan dua. Pergi jauh membawa diri ke tempat yang damai dan tenang tanpa perlu memikirkan masalah apatah lagi kesibukkan kota yang tiada penghujung. Namun itulah dia pakej kehidupan yang telah diberikan kepada setiap manusia. Kalau mahu bercuti panjang hanya ada pada satu tempat. Mati. Di alam barzakh nanti, itupun terserah kepada amalan kita. Cukup atau tidak untuk kita dibiarkan berehat atau diberikan balasan secukupnya di atas kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Hmm. Lain macam aje bunyinya! Hahaha.
Ini semua gara-gara kemarahan yang aku simpan. Apa tidaknya, sudah berjam-jam memandang skrin komputer untuk menyiapkan entri istimewa buat blogku ini. Malangnya, entah apa yang tidak kena, semuanya hilang begitu sahaja. Aduhai... sangatlah mustahil untuk aku mengulangi semula setiap baris ayat yang sudah aku buat tadi! Kenapakah engkau begitu kejam P1!!!
Tak mengapalah, mungkin ayat tidak akan sama dengan artikel asal yang aku buat sebentar tadi tetapi isi (pengalaman) aku boleh ulang berkali-kali. 
Sebelum kejadian bencana jerebu tempoh hari, aku telahpun membuat tempahan chalet untuk percutian famili aku buat kali pertama tahun ini. Itupun kerana pelbagai perkara yang berlaku. Perkara penting antaranya kelahiran ahli baru keluarga kami; Firzudeen Aqasha dan juga Mysarah. Sukar untuk kami melakukan percutian kerana mereka berdua ini masih kecil.
Apabila bacaan IPU mencapai tahap berbahaya dan darurat terpaksa diisytiharkan, beberapa orang menasihatkan aku supaya membatalkan tempahan yang telah aku buat sejak awal Mei yang lalu. Terkilan dan kecewa tetapi aku tidak menurut sebaliknya mengambil langkah tunggu dan lihat. Apabila IPU sudahpun mencatatkan bacaan normal, aku sedar yang keputusan yang diambil tempoh hari tidak salah. Maka, berlepaslah kami sekeluarga ke Tanjung Bidara Beach Resort pada Sabtu yang lepas. 
Hakikatnya, pada tarikh yang sama ada satu mesyuarat yang perlu kami hadiri sebagai ahli jawatankuasa. Namun apa yang lebih penting bagi aku adalah percutian bersama famili ini. Selain aku sudah rancangkan dari awal, ia juga merupakan janji aku kepada umi dan abah supaya mereka dapat berehat. Maaflah, aku memang jenis yang mendahulukan keluarga berbanding yang lain. Terima kalau kalian mahu, tinggalkan kalau enggan memahami. Mudah bukan?
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kami bercuti ke Tanjung Bidara Beach Resort malah, aku pernah mengisikan satu entri khas berkenaan percutian aku ke sini pada 4 tahun yang lepas, iaitu pada tahun 2009. Ketika itu, keluarga kami masih lagi kecil bilangannya. Begitu juga TBBR yang jauh berbeza dengan apa yang ada pada hari ini.
 Kalau dahulu bilangan kami bertujuh, sekarang bilangannya sudah bertambah menjadi 9 orang. Begitu juga dengan TBBR yang sudah jauh berubah. Sejauh mana ia berubah? Tunggu dulu, akan dijelaskan satu per satu. Hehehe. 
Sebagaimana yang pernah aku lakukan sebelum ini, kali ini juga aku membuat pengesahan berkali-kali kerana tidak mahu perkara yang sama berulang. Mujur ketika aku sampai ke sini, semuanya sudah tersedia dan kami diberikan chalet no 206. Kebetulan, ia merupakan chalet yang bersebelah dengan chalet yang pernah kamu huni pada tahun 2009 dahulu. Jika dahulu, chalet ini terdiri dari 2 unit bilik dan seunit dapur, kali ini chalet ini telah diubah menjadi 3 bilik dan tiada dapur. Wah, sungguh tepat dengan bilangan kami sekeluarga.
Disebabkan kami tiba selepas waktu tengah hari, makanya perut masing-masing sudah berkeroncong dan para lelaki budiman keluarga (abah, abang Zamri dan Firdaus) telah keluar untuk mencari makanan. Manakala kamu yang lain tinggal untuk membersihkan tempat tinggal dan sempat juga merakam beberapa keping gambar sebagai kenangan. Wah, boleh tahan juga anak-anak buah aku. Masing-masing sangat mesra dengan lensa kamera.
Sebaik sahaja selesai sesi santap menyantap, secara automatiknya mata masing-masing mahu lelap. Walaupun di ketika itu sedang hangat ditayangkan filem Ghajini di peti televisyen tetapi tetap tidak mampu membuatkan mata aku terus setia menonton Ghajini. Lagipun, kamu perlu berehat sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya. 
Tepat pukul 5 petang, maka kami anak-beranak kecuali abah dan umi, masing-masing tidak sabar untuk membasahkan badan di kolam renang. Keterujaan ini boleh dilihat menerusi Mierza dan Miqhail tetapi sayangnya mereka beruda jugalah tidak merasa berendam lama-lama di dalam kolam renang!
Alangkah sedihnya, apabila Miqhail dan Mierza berpakat tidak mahu turut serta bersama kami. Sebaliknya Mysarah yang sangat tenang apabila dibawa masuk ke kolam renang. Begitu juga dengan Aqasha walau pada awalnya, dia juga terkena tempias mogok dari abang-abangnya. 
Peluang yang ada ini digunakan sepenuhnya. Inilah masalah yang seringkali aku alami setiap kali tiba ke destinasi pelancongan yang mempunyai perairan sama ada sungai, pantai ataupun kolam renang. Seakan ada perasaan keterujaan untuk bermain-main air termasuklah keinginan yang sangat tinggi untuk berenang.
Berenang? Tahukah aku bagaimana untuk berenang. Hmm. Berenang itu adalah salah satu kemahiran. Kemahiran pula memerlukan latihan dan harus sentiasa dipraktikan. Jika tidak dipraktikan maka kemahiran itu akan menjadi tumpul Sebagai contoh, pemandu kereta yang sudah bertahun-tahun memandu kereta auto akan mengalami masalah untuk memandu kereta manual. Tak percaya? Cuba pada seseorang! Hahaha.
Jadi, begitu jugalah maksudnya dengan berenang ini. Ia juga merupakan salah satu kemahiran. Tanpa latihan dan tidak dipraktikan, maka kebolehan berenang itu akan menghilang. Begitu jugalah kemahiran renang yang ada padaku. Tambahan pula, aku baru tahu asas untuk berenang dan kalau tercampak ke laut dalam, tentu mati lemas aku dibuatnya! Saat yang paling aku suka ketika berada di dalam kolam ini adalah sewaktu badanku terapung. Terasa diri ringan sungguh. Seakan semua beban kehidupan jauh tertinggal ke dalam. Ke dalam yang entah di mana? Hehehe...
Keriangan berendam di dalam kolam renang dimeriahkan lagi dengan beberapa peserta kem yang kebetulan turut diadakan pada hari tersebut. Lebih mengujakan apabila ada muzik iringan yang dipasang dan sekumpulan remaja yang berada dalam kolam menari mengikut rentak. Itu pun di dalam air! Wah, sangat luarbiasa sehinggalah kami semua diminta untuk keluar dari kolam disebabkan kolam renang terpaksa ditutup awal kerana memberi peluang kepada aturcara untuk peserta kem. Awalnya, kami tidak berpuashati juga kerana tak pasal-pasal dihalau. Tetapi, masing-masing menyimpan harapan agar esok perkara serupa tidak akan berulang.
Sebelum menempuh hari esok, kami harus menempuhi waktu malam. Hehehe. Ini bermaksud, tibalah pula masanya untuk memburu tempat untuk mengisi perut. Lazimnya, setiap kali kami ke Melaka, abah akan bawa ke Tanjung Kling untuk menikmati Roti John istimewa. Sayangnya, tidak ada satu pun gerai Roti John ditemui. Berpusing-pusing juga mencarinya tetapi terpaksa akur dan berhenti makan di kedai biasa. Hmm. Makan nasi hidang sahaja. Mungkin disebabkan kelaparan (makanan sampai lambat), jurukamera terlupa merakam gambar dan gambar yang diambil pula hilang fokus! Fuyooo!!! Hahaha.
Selesai mengisi perut, niat di hati hendak pergi melawat sekejap ke kota Melaka atau lebih tepat lagi Dataran Pahlawan. Disebabkan sudah agak lewat dan juga dalam masa yang sama tidak yakin akan dapat melepasi kesesakkan kota Melaka ini, kami terus pulang semula ke chalet. Kalau dulu, senang sungguh untuk menjejak kaki ke kota A Famosa. Sekarang tidak lagi, susah benar untuk melepasi kawasan bersejarah itu. Dulu, senang-senang aje bergambar di replika kapal. Sekarang, nak parking kereta pun azab! Alahai Melaka!!!
Setibanya kami semula ke chalet, dah tak ada perkara lain yang nak dibuat. Masing-masing keletihan dan mengantuk. Lagipun, memang itulah tujuannya percutian ini bukan? Berehat! Jadi, tidurlah kami awal dengan nyenyak sekali. Sehinggalah bangun semula untuk hari yang baru. Ah, singkat betul percutian ini. Seawal 7 pagi, masing-masing sudah bersiap sedia untuk menyerang kafeteria untuk sarapan pagi. Berbaloi juga harga yang ditawarkan untuk seorang; RM15. Dengan pelbagai pilihan makanan yang disediakan, tidak ada seorang pun melepaskan waktu sarapan pagi. Termasuklah aku yang seharusnya berpantang. Ya, aku cuma makan sepinggan mee goreng dan beberapa ketul sosej. Ah, sedap!
Sebelum kembali semula ke chalet, aku, Ayuz, Firdaus dan Aqasha tidak melepaskan peluang yang terakhir untuk bermesra dan berbasahan di dalam kolam renang. Seperti semalam, pagi ini juga kolam sudah dipenuhi. Kali ini, dengan kanak-kanak pula. Seronok juga hingga aku tumpang sekaki bermain senapang air! Hahaha.... (teringat kata seseorang, jangan biarkan jiwa keanak-anakkan dalam diri mati!). Agak lama juga berendam di dalam kolam tetapi harus akur untuk pulang semula ke chalet, bersiap sedia untuk check out. Jadi, perkara terakhir yang kami lakukan ketika berada di sini adalah membasahkan kaki dengan masinnya air laut.
Bukankah sombongnya aku, sudah sampai ke pantai tetapi tidak mahu membenamkan kaki ke dalam air laut. Aku bertemankan Ayuz dan Firdaus meluangkan sedikit masa bermain-main dengan air, sambil menyampaikan salam kepada alam. Biar dia tahu kehadiran aku di tanahnya. Sesungguhnya tiada yang indah melainkan ciptaan Allah. Langit yang membiru itu membuatkan aku segera melepaskan segala rasa. Laut yang luas itu membuatkan aku bersyukur dapat juga sampai ke sini. Allahu Akbar!!!

Sepertimana kebiasaannya, satu perkara wajib yang harus dilakukan setiap kali kami singgah di mana-mana juga. Iya, gambar keluarga. Dengan bilangan ahli keluarga yang telah bertambah, gambar ini seakan lengkap. Aku berharap, di satu hari nanti kami akan kembali lagi ke sini tetapi untuk tempoh percutian yang panjang. Insya-allah...
Kami tinggalkan Tanjung Bidara Beach Resort dengan harapan untuk kembali semula di satu hari nanti. Insya-allah, semoga Allah perkenankan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads