Khamis, 28 Februari 2013

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


myMetroSungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka melebihi paras bahaya

Posted: 14 Nov 2012 06:54 PM PST

Foto Menarik

RANTAU PANJANG: Sebuah rumah di Kampung Kubang Puyuh masih lagi ditenggelami air sedalam 1 meter setelah air Sungai Golok melimpah. FOTO Fathil Asri (28/02/2013)

Foto Menarik

TUMPAT: Penduduk kampung menaiki bot melalui kawasan bendang yang dipenuhi air selepas beberapa kampung di kawasan itu termasuk Bendang Pak Yong dan Simpangan, Pengkalan Kubor mula ditengelami air. NSTP/Syamsi Suhaimi (28/02/2013)

Foto Menarik

TUMPAT: Kawasan sawah padi di Kampung Cherang Melintang, di sini yang ditengelami air selepas tiga hari hujan tidak berhenti. FOTO Rohaiza Ab Rahman

Foto Menarik

RANTAU PANJANG: Nurul Natasha Mohd Yasin, 11 dari SK Sri Rantau Panjang (1) menyelamatkan beberapa naskah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir selepas sekolah tersebut terpaksa ditutup. FOTO Fathil Asri (27/02/2013)

Foto Menarik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat produk hasil usahawan tempatan yang dijual di dalam Pasar Bergerak 1Malaysia pada majlis pelancarannya, di sini. FOTO Aizuddin Saad (27/02/2013)

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Snorkelling <b>di Tanjung Tuan</b>, Port Dickson 28/10/2007

Posted: 28 Oct 2007 08:17 PM PDT

Yeay........berjaya juga plan nak snorkelling kat PD....

Sabtu 27/10/2007

Bangun agak lambat sebab dah tahu hari ni cuti..hehehhe....Tapi tetap terjaga waktu biasa nak ke ofis....kul 10am, terus je bangun sebab dah tak larat nak paksa mata tidur..As usual enjoy my cartoon show....Kemas rumah lebih kurang sambil packing baju nak ke PD..Tetiba dapat msg from my sis, confirm nak ikut. So janji la kul 3.30pm, plan nak ambik dia kat rumah mak.

Kemas punya kemas, terlajak dari schedule pulak. 3.30pm baru turun dari rumah. Tengok kete, kotor semacam je...Basuh kete dulu...Pastu gi isi minyak kat Petronas, Ampang..Sesampai situ je dah tengok bersusun kete nak naik ke MRR2...Mak ai......dah agak, mesti MRR2 jammed giler **** punya...kul 4.00pm dari Ampang memakan masa 1 jam untuk sampai ke Selayang..Korang bayangkan betapa jammednya tu....isk...2-2 belah MRR2 jammed. Sabar le banyak2...Agaknya orang gi open house kut....Agakan aku ler....

Sampai rumah, tengok adik aku dah siap. Setelah salam parents aku, terus bergerak. Terpaksa ler masuk KL sebab MRR2 jammed. Terkejut aku bile KL clear!!!....aku decide ikut jalan lama..Saja nak bagi pengalaman kat adik aku....Cuma jammed sikit kat Semenyih sebab jalan baru. Sib baik gak tak ikut highway sebab kawan aku bagitau jalan jammed kat Nilai dan juga area Seremban....

Sampai PD kul 7.00pm...sempat gak layan sunset kat batu 4. Marbeles....Sungguh indah ciptaan Tuhan. Sempat gak layan view dulu. Aku notice tak ramai orang kat PD... . by 8.00pm, kitaorang berjalan-jalan ke pasar malam PD...duk cuci mata tengok makanan...Teringin nak makan lemang. tapi tak dapat...wuaaaaa....sedih tui. Tengah duk melilau2, abang nuar call tanya kitaorang kat mana. Dia datang jemput kitorang. Kul 9.00pm, kitaorang dah sampai kat campsite...Besarnyaaaaaaaaaa khemah kitaorang....hehhehe..Selesa gak ler...

Lepak kejap by 11.00pm, semua orang gerak pergi makan. Aku nak makan kerang, so semua bergerak kat kedai favourite aku kat PD tu...tapi tutuppppp.....Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....So, pilihan lain? Makan kat area campsite kitaorang gak...kat simpang 3 masuk PD tu....Layanzzzz......

Habis makan, aku n my sis mandi..Baru segar..........Sempat layan jejalan kat tepi pantai time air surut. Bulan lak cantik punya mengambang...Memang best la...Sambung lepak sampai kul 3.30am....Siap abg tom ajak my sis main permainan yang aku main masa kecik2 dulu...Betui-betui mengimbau kenangan....Kelakar sehhhhhhhhhh.....Mata takleh tidur....Paksa juga...Terlelap la kejap2....First tidur dalam hammock...tak selesa + nyamuk...Turun aku tidur bawah fly dengan sleeping bag..Baru boleh lelap....

Ahad 28/10/2007

Kul 7.00am, dah terjaga...Layan view pagi lak..My sis lagi awal bangun siap leh layan jeti dengan Akim n Abang Tom...Aku kena tinggalllllllllll......Sabar je la...Kemas-kemas tempat tidur. Sempat snap 2-3 gambar...Bila semua dah bangun, kitaorang gi breakfast lak...Makan roti canai + teh tarik.

Lepas tu, lepak lagi sementara nak tunggu time yang sesuai untuk snorkel. Dalam kul 1030am, semua bergerak menuju ke Tanjung Tuan. Rancangan pertama hiking ke rumah api Tanjung Tuan.Terus mencanak naik bukit....Puas meng'adjust' nafas.......tapi takde la jauh mana pun...enjoy dengan kehijauan hutan....Menarik gak rumah api ni...Kitaorang lepak layan view laut...Marbeles betui dengan angin yang bertiup. Tenang je kat sini.

Turun balik, terus menuju ke pantai Tanjung Tuan. Sempat makan laksa kat sini...hehehhe....Cuci mata baiikkkk punya kat sini. Makwe seksi seksa seyyy....huhuhu...

Tuan punya gadget sampai........Pe lagi...Memasing ambik mask + apatah nama batang tempat nafas tu...++ life jacket. Setelah diberi penerangan bagaimana penggunaan alat-alat tu, memasing bergerak menuju ke laut. Tak de naik bot sebab coralnya baru nak tumbuh..Location dekat dengan pantai je. Mula-mula laju je jalan .Lelama letih la plak nak jalan dalam air ni...Lenguh....Keadaan air tak berapa menarik sebab PD baru lepas ribut 2-3 hari sebelum kitaorang sampai...

Air berombak kuat juga...Agak sedih sebab aktiviti snorkel agak terhad. Tak lepas nak ke kawah coral sebab keadaan air yang tidak mengizinkan. So layan je mana yang ada. Banyak juga coral yang baru nak tumbuh ni...Cantik!...Sebelum ni aku pernah snorkel kat Tioman, so jauh sangat bezanya....Tapi boleh layan jugak la...Paling tidak dapat dilupakan...Kali ni, aku mabuk laut time snorkel..har...har...har...Kecoh laaaar.....Ingatkan aku sorang je, rupanya ada 2-3 orang lagi yang mabuk laut gak.... My sis  muntah!!!....Kesian kat dia. So lucky ada guide Angah yang jaga my sis sepanjang trip snorkel tu. Risau gak memandangkan dia first time snorkel. Takut jadi apa2...apa yang aku nak jawab dengan bapak aku???.....Mungkin sebab keadaan air yang berombak n condition life jacket yang tak selesa. Duk adjust pun aku takleh tahan mabuknya

So, aku antara orang terawal naik ke darat. Dituruti yang lelain. Selesai aktiviti, semua orang bersiap balik. Aku n my sis ingat nak singgah ke Teluk Kemang dulu. Nak layan banana bot. So, kami pun berpisah di Tanjung Tuan dengan harapan dapat mengulangi trip snorkel ke kawasan kawah coral yang cantik itu nanti.

Kul 4.00pm, sampai di Teluk Kemang. Tak ramai orang...heran gak aku....As usual aku agak orang still mood raya. Kurang yang nak beriadah di tepi laut. Takpe...Sesampai je kat sini aku carik member aku GG namanya. Beach boy kat PD. Setelah menyampaikan salam member aku yang sorang lagi, kitaorang layan makan dulu....Bersembang lebih kurang.....Ingatkan nak layan banana bot, tapi adik aku lak tak nak....Pastu terasa nak layan surfing board, terasa penat la plak...So kensel semuanya.

By 5.00pm, mandi. Sebelum keluar tol PD, sempat singgah kat Muzium Tentera Port Dickson. Snap a few picture by 6.00pm, kitaorang pun bergerak balik ke Kuala Lumpur. Aku dah penat giler sebab tak cukup tidur. So, my sis drive....

Aku terjaga kat Hentian Serdang sebab my sis kata dia mengantuk. So tukar driver. Sampai kat Tol Sg Besi, mak aiiiiiii....jammed punya la teruk. Aku ingat nak pakai Smart Tag tapi lorong smart tag lagi teruk line upnya....So aku turn masuk lorong Touch N Go... So kete bergerak very slow..Bumper to bumper...Sabar je la....Dah la penat, jammed lak tu...Waktu dah kul 730pm....

By 8.15pm, sempat gak singgah kat Tesco Ampang beli barang untuk pot luck ofis my sis. Selesai shopping, terus balik rumah dah dekat kul 10.00pm...Alahai...Penat betul...Terasa amat lelah bila dapat baring di katil kesayanganku...

Rehat 15 minit, 1030pm, memulakan tugas baru di dapur. Jadi supervisor untuk Chef Mardhiyyah....heheheh....Kelas belajar memasak....Resepi? Puding Batik Biskut Marie...senang dan ringkas!...By 11.00pm, kelas memasak selesai. Nampak kepuasan my sis memasak sendiri juadah untuk ofisnya...

Selesai memasak, memasing mandi dan berehat. Adik aku terus terlelap. Aku ingat nak layan DVD dulu tapi mata dah berat giler....Layan gambar dulu....Pastu terus tidur...ZZZZZZZZzzzzzzzzz....

Maka selesai la satu trip yang menarik dan akan dikenang sampai bila-bila. Kepuasan yang tidak dapat dibayangkan esp bagi aku yang tersangat sukakan laut.....

 

Note : Kawasan snorkel di PD agak baru. Tetapi agak kecewa disebabkan tiada penguatkuasaan kerana ramai yang merosakkan kecantikan coral dengan mengambilnya sesuka hati. Memerlukan masa yang agak lama untuk develop sebagai kawasan snorkel.  Keadaan air yang tak berapa cantik, berlumpur dan berombak kuat antara faktor tidak berjaya trip snorkel kali ini.

Gambar-gambar :-

http://syuhaidasafian.multiply.com/photos/album/26/Trip_Snorkel_Tanjung_Tuan_Port_Dickson_28102007

 

 

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


ALLAH SENTIASA BERADA <b>DI</b> SAMPING ORANG YANG BENAR <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 07:41 AM PST

shared Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie'sstatus update.
‎( Hang Tuah )
Siapa tidak kenal dengan nama Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu Melaka yang sifatnya ingin berbakti kepada Sultan Melaka dan terlalu menjunjung tinggi institusi kesultanan Raja Melaka.

Riwayat hidup Hang Tuah banyak diceritakan di dalam hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke-15. Hikayat Hang Tuah adalah karya kesusteraan Melayu yang cuba dipaparkan oleh pengarang tentang sifat kepahlawanan Hang Tuah bersama 4 teman karibnya. Banyak episod-episod yang dilalui oleh beliau bersama teman-teman karibnya dari mula cerita beliau dilahirkan sehinggalah berakhirnya zaman kegemilangan Melaka – ditawan Portugis atau Peringgi.

Kebiasaannya sesuatu hikayat yang dikarang bersifat kearah menaikkan semangat dan terdapat unsur fantasi yang wewujudkan pemikiran berterusan tentang cerita yang dikarang. Dalam konteks tersebut, Hikayat Hang Tuah tidak dinafikan dapat menaikkan semangat keperwiraan bangsa Melayu. Unsur fantasi yang diselitkan juga boleh dianggap mitos. Istilah mitos berasal dari perkataan Yunani 'Muthos' iaitu cerita. Walaupun nampak benar dan ditambah mitos, namun terdapat banyak versi tentang Hang Tuah yang masih dipertikaikan kesahihan sejarah kewujudan pahlawan Melaka ini.

"Tidak Hilang Melayu di Dunia" ungkapan Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.

Asal-usul Hang Tuah menurut sejarah Melayu

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu yang hidup pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400-1511). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.

Bagaimana Hang Tuah menjadi Laksamana – Hikayat Hang Tuah

Hang Tuah bersama empat orang kawannya – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang Tuah mendapat gelaran Laksamana.
TuahNatlHistoryMuseumKL

Muzium K.L

Versi 'Hikajat Hang Tuah' – terbitan Balai Pustaka, Jakarta (Cetakan ke-3, 1956)

Kisah kepahlawan nusantara ini dihuraikan di dalam 24 bab secara panjang lebar. Dari catatan pengantar, buku Hikayat ini disalin dari salah satu naskah tulis tangan huruf Arab. Pada sampul bahagian dalam ada tertulis – "Inilah hikayat Hang Tuah yang amat setia kepada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebajikan kepada tuannya".

Kisah dimulai dengan bab yang menguraikan asal-usul raja di Melaka atau Melayu. Terdapat seorang raja bernama Sang Pertala Dewa, yang akan mempunyai seorang anak dan dia akan menjadi raja di Bukit Seguntang. Keturunan-keturunan sang dewa inilah dengan segala kemuliaan yang dimiliki kemudian menjadi raja-raja di tanah Melayu.

Hang Mahmud telah mendengar khabar gembira tentang negeri Bintan, sudah mempunyai seorang raja, cucu Sang Pertala Dewa. Hang Mahmud pun bergegas mengajak isteri dan anaknya pindah ke sana. Di Bintan, Hang Tuah bertemu dan bersahabat dengan Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Kelima pemuda itu diceritakan selalu bersama-sama, seperti lima orang bersaudara.

Suatu hari, Hang Tuah mengusulkan pada keempat sahabatnya untuk pergi berlayar dan merantau bersama-sama. Di tengah pelayaran, mereka bertemu dan menundukkan tiga perahu yang ternyata adalah musuh Bintan dari Siantan. Kawanan tersebut tak lain adalah kaki tangan Patih Gajah Mada dari Majapahit yang ingin memperluas kekuasaan dengan merompak di Tanah Palembang. Akhirnya, lima sekawan itu diangkat menjadi abdi salah seorang pemimpin di negeri Bintan, yang dipanggil Bendahara Paduka Raja. Dari sinilah kisah perjuangan Hang Tuah yang akhirnya bergelar laksamana.

Seorang ahli sastera, Sir Richard Windstedt, pernah berkata bahawa karya sastra klasik seperti Hikayat Hang Tuah ini serupa dengan syair-syair kisah kepahlawanan yang banyak dihasilkan di Jawa pada abad ke-11. Karya-karya ini dikatakan mengubah sejarah menjadi mitos, atau sebaliknya mengubah mitos menjadi sejarah. Tokoh Hang Tuah sendiri pun tidak dapat dipastikan sebagai tokoh mitos atau sejarah, meskipun dalam sejarah Melayu (Malay annals) disebutkan Hang Tuah mati pada abad ke-15.

Kesahihan dan kebenaran

Persoalannya adalah sejauh manakah kesahihan cerita Hang Tuah dan Sultan Melaka didalam Hikayat, buku sejarah Melayu serta teater bangsawan. Adakah Hang Tuah dan Kesultanan Melayu Melaka wujud atau mitos semata-mata? Buktinya?

Ini persoalan besar yang ditimbulkan ramai pengkaji sejarah tempatan sama ada di kalangan rakyat biasa atau tokoh akademik sedangkan bukti nyata atau fizikal tidak menyokong kemegahan zaman kesultanan yang diceritakan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah – antara persoalan yang ditimbulkan oleh saudara Yusri Abdul Malek – harian metro di dalam sebuah blog – Hang Tuah, sejarah atau lagenda?.

Tambah beliau lagi, di Melaka sahaja, yang menjadi lokasi zaman kegemilangan Sultan Melaka pada kurun ke-13 dan 14, tiada satu kubur atau makam sultan yang memerintah Melaka wujud begitu juga dengan beberapa pembesar atau orang kenamaan lain yang terkenal. Begitu juga ketiadaan monumen lain seperti tapak asal istana sultan dan barangan kebesarannya yang penting sebagai bukti sejarah. Apa yang ada di Melaka hanya peninggalan sejarah penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sedangkan tinggalan sejarah kesultanan Melayu Melaka boleh dikatakan tiada langsung.

Jawapan – Portugis setelah menawan Melaka, telah mengarahkan pembinaan kota/kubu (A Famosa). Tembok kubu ini dibina dari batu-batu masjid-masjid yang telah dimusnahkan, tembok/kubu kota Melaka serta dari makan-makam diraja. Itulah sebabnya tiada catatan kewujudan makam Sultan/Pembesar di Melaka.

Bukti atau tinggalan sejarah penting dalam menjawab persoalan serta teori yang pelbagai selaras dengan sejarah dan hikayat. Walaupun Hikayat Hang Tuah mengandungi unsur-unsur fantasi yang menaikkan semangat bangsa, namun karangan hikayat harus berlandaskan cerita atau sejarah yang ada. Penulis yakin bahawa banyak versi cerita adalah betul, cuma ditokok tambah buat menyedapkan jalan cerita dan kesannya.

Polemik lain yang membawa kepada teori Hang Tuah bukan Melayu, malah berbangsa Cina dan ditambah dengan sokongan fakta logik sejarah. Kekeliruan sedemikian wajib dikaji dan dihuraikan agar sejarah Hang Tuah dipelihara kesahihannya dan keasliannya.

Menurut sumber dari berita harian pula, walaupun Hang Tuah disebut dalam Hikayat Hang Tuah yang tidak diketahui penulisnya dan juga dalam kitab Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, laksamana masyhur Melaka ini dianggap sekadar watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala.

Antara hujah yang masih didebatkan adalah mengenai Sejarah Melayu itu yang ditulis kira-kira sekurun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasarkan cerita yang disampaikan leluhur dan kelompok masyarakat sebelumnya.

Segolongan ahli sejarah dan cendekiawan hari ini berpendapat bahawa naskhah yang menyentuh tentang Hang Tuah itu bukanlah histografi yang tepat. Lantaran digarap dalam pelbagai versi, menjadi sukar untuk para pengkaji menemui kata setuju terhadap pembuktian kewujudannya.
perigi ht

Perigi Hang Tuah di Melaka, Sumber: Berita Harian

Perigi Hang Tuah di Melaka juga diragui kesahihannya. Pendapat mengatakan bahawa perigi tersebut dinamakan perigi membawa tuah dan bukan perigi Hang Tuah. Ini disebabkan perigi tersebut digunakan sebagai air cucian kepada kenderaan berhias yang masuk bertanding dan membawa tuah serta menang.

Menurut sumber lain, antara tinggalan sejarah Melaka adalah makam Sultan Ali di Kg Umbai, makam Sultan Hussein di Tengkera, makam Sultan Alaudin Ri'ayat Shah di Pagoh serta makam Sultan Iskandar Shah di Fort Canning, Singapura. Menurut catatan Inggeris dan Portugis, tapak istana Melaka dan Sultan Pahang terletak di atas Bukit St. Paul telah dibakar oleh Portugis atau Peringgi semasa mereka menakluk Melaka.

Pembaca keliru? Sultan Alaudin Ri'ayat Shah di Pagoh?

Sultan Mahmud Shah naik takhta pada tahun 1488, menggantikan ayahandanya Sultan Alauddin Ri'ayat Shah yang mangkat muda. Ini bermakna makam ayahandanya sepatutnya berada di Melaka. Walhal Melaka pada ketika itu masih aman dan tidak diganggu oleh kedatangan Portugis. Portugis hanya datang dan menawan Melaka pada tahun 1501. Bagaimana makam baginda berada di Pagoh? Pagoh ialah tempat akhir menetapnya Sultan Mahmud Shah. Mungkin Sultan Mahmud Shah mengarahkan makam ayahandanya dipindahkan ke sana? Tidak mungkin dan makam itu adalah sebenarnya Sultan Alauddin Ri'ayat Shah II..

Ketika hujah dan fakta yang menyiasat ke arah sejarah Hang Tuah dan hubungkaitnya dengan kesultanan Melaka, timbul pendedahan yang dibuat oleh En. Ismail Mohamed Yaacob, warga Singapura yang mendakwa dia dari keturunan Hang Tuah. Apabila membacanya, penulis menarik nafas lega kerana penulis mengharapkan bahawa Hang Tuah benar-benar wujud dan bukan dongeng atau watak cerita. Dalam blognya, En Ismail menceritakan tentang manuskrip asal Hikayat Hang Tuah yang berada dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia.

Menurut sumber dari blog PGX, Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, Melaka sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis.

Menurutnya lagi, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. "Saya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam.

"Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. "Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India. "Semua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah.

Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu. "Penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut," katanya.

Tun Lekir
Makam Tun Lekir di Bintan – sumber: Warisan Hang Tuah

Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang. Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau.


Mutaakhir ni saya agak sibuk dengan urusan kerja dan menguruskan perniagaan saya ... revolusi kehidupan ke arah peningkatan hidup yang lebih baik dari sebelum ini.. dan internet di rumah juga sudah saya terminatekan ... kalau online pon... melalui smart phone semata mata....justeru itu...jika ada yang penting terus hubungi saya di talian telifon saya .... harap jangan cari saya di dalam facebook jika emergency.... " Hidup perlukan penghijrahan " ... kerana itulah masa untuk fokus kepada dunia realiti berbanding dunia fantasi dan provokasi serta hypokrasi perlu kita tinggalkan perlahan-lahan.... salam hijrah salam revolusi dan reformasi saya ucapkan !!!~
Masa dan nyawa adalah sama..Masa yang berlalu tak mungkin dapat diundur kembali ..Usah terlalu membazirkan masa kerana seolah-olah membazirkan nyawa pada sesuatu yang tiada manfaatnya..dengan peningkatan umur dan masa yang dilalui sewajarnya kita harus semakin matang dan usia yang bertambah hari ke hari perlu seiring dengan peningkatan iman & ibadah
YA ALLAH JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU! SELAGI CITAKU TAK TERCAPAI! 
DOA PUN TERLAFAZ!

TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' RATU YANG BERCEROPAK LUKISAN MERAK'

Bercerminlah dengan hati agar serunai jiwamu benderang,
Jika ingin menjadi Tuan Putri,belajarlah ratib cinta,
Bacalah barzanji rindu,
Pelajarilah tauhid hati tawadhu'
Tolakkan pandanganmu ke sajaha bukan beza-membeza
Remukkan congkakmu yang senantiasa merasa paling mahligai di antara tiang istana
Dan jahit lidahmu yang selalu mengatasnamakan Tuhan untuk kesenanganmu agar
dipuji khalayak dan para hamba
Bakarlah kepalsuanmu berkali-kali
Hingga jadikan abu untuk selimutmu
Jika ingin jadi Tuan Putri,lihatlah perjuangan dan turunlah ke pasar juga ke pintu rumah sahaya
Lebih dekatlah dengan sengsara dan bau keringat mereka
Sadarkah?disaat engkau tertawa dan sedang meminum anggur nikmatmu-manusia yang sama
denganmu di luar sana sedang sakratulmaut kerna kelaparan dan siksaan
Belajarlah untuk hidup sebenarnya,bukan hidup dalam khayalan
Dan berkembanglah bersama kehidupan
Bukan sekedar hidup di bawah fanatik darah keturunan,
Dengan tanpa melakukan apa-apa,
Diri kita tidak pantas disebut sebagai Tuanku dan Tuan Putri
Keanggunanmu bukan terletak pada kemilau wajahmu dan senyummu yang menipu
Namun hatimu penuh bisa ular yang mengumbut akar
Sedikit saja dilukakan,maka akan membakar dengan hingar bingar
Jagalah bahasamu wahai Tuan Putri
Sebab semakin banyak engkau bicara,semakin nampak siapakah dirimu sesungguhnya
Kosong lompong atau berisikah...
Kasihmu palsu atau asli nuranikah...
Semua dapat terbaca dari tatanan bahasamu dan juga penyampaianmu
Dunia tidak membutuhkan kata kata sahaja wahai Tuanku Putri
Dunia dan insan membutuhkan huluran tangan serta tulus kasih yang ikhlas,
Jika engkau datang orang merasa ringan-jika engkau pergi orang merasa berat,dan bukan sebaliknya
Cinta dan perkara dunia,
Bukan sekedar membutuhkan manis bahasa yang memuji langit
Namun matamu tak pernah memandang derita bumi
Berhentilah untuk menertawakan diri sendiri wahai Tuan Putri
Kehinaan datang ketika rasa malu sudah hilang
Janganlah gila terhadap pujian
Dan jangan condongkan diri kepada angkuh
Juga fanatik keturunan dan darah
Perkara ini yang akan mengahancurkanmu perlahan-lahan
Mati tiada diingat
Ke kubur pun tiada dihantar
Dan selama hidup menjadi beban
Doa pun terlafaz;semoga engkau cepat kembali ke alam al gharbal
Kehidupanmu hanya menyisakan luka buat orang lain
Dan lidahmu adalah ancaman dimanapun kau berada
Wahai Tuan Putri
Menangislah kerna ketakmampuanmu melihat diri sebagai hamba yang khilaf dan dhoif
Dan jika engkau ingin menjadi Tuan Putri bagi diriku juga bagi khazanah lainnya
Dan jika ingin dimaknakan kehadiranmu dalam majelis cinta
Maka,
Bacalah ratib cinta
Bacalah barzanji rindu
Dan pelajarilah tauhid hati
Jika kau sungguh-sungguh ingin dinamakan Tuan Putri

By: Teungku Sayyid Deqy
10 Mei 2012

MOGA DI AKHIRAT NANTI KITA TIDAK SALING MENUNTUT

Duhai putra
Berwajah tampan berhati penuh wasangka durjana
Setega itu kau melemparkan tuduhan padaku
Mengatakan aku gilakan pujian?
Muliakan sanjungan manusia...
Apa yang kau tulis itu
Sememangnya dengan niat busukmu itu ke aku
Jika tidak benarnya itu
Makanya Allah sahaja yang dapat membalas-Nya ke kamu
Dan maafkan aku
Sepanjang perkenalan kita
Walaupun cuma di alam maya
Tapi keperitan kata-katamu itu
Jika benarlah apa yang kau tulis itu adalah aku
Biar saja saat ini Allah mencabut nyawaku
Kerna aku tak tega hidup sedemikian rupa
Dilemparkan kata-kata nista yang durjana
Daripada seorang putra diRaja
Yang amat kusanjungi selama ini
Yang kusangkakan penuh budi bahasa
Tapi rupanya aku tertipu dengan
Dengan lenggok bahasa istananya
Yang membunuh kalbuku
Selamat tinggal putra
Maafkan segala kesalahan aku
Sesungguhnya aku insan yang tidak
Sesempurnamu yang baik segalanya...
Moga Allah ampunkan aku
Allah ampunkan engkau
Agar di akhirat nanti
Kita tidak saling menuntut
Masalah seremeh ini
Biarlah di dunia ini usainya segala masalah dunia
Yang tak bisa bawa ke Syurga-Nya
Maafkan aku duhai putra diRaja yang segalanya
sempurna di mata manusia...

Karya Putri Rimba Niagara
10 Mei 2012

MAAFKAN LISAN DAN QALBU DINDA
By: Teungku Sayyid Deqy

Wahai kandaku yang jelita laksana bulan yang berseri
Betapalah dinda terkejut dengan maklumat ini
Dinda bagaikan terjatuh ke dasar palung
Dan dinda sangatlah bingung
Tiadalah maksud dinda menyampaikan perkara puisi ini
kepada kanda yang berhati mulia
Kanda adalah seorang putri yang dinda junjung tinggi kemuliaannya
Sangatlah pantang Pengiran Pasai berkata demikian kepada Daulat Tuanku Putri Rimba Yang Mulia,
Kanda tiadalah mempunyai kesilapan dengan dinda...
Manalah berani dinda mengatakan ini kepada kanda...
Maafkan dinda oh puteri yang cantik jelita,yang berukir berkeliwang,
Yang syahdu yang merindu
Yang indah bagai suasa,yang mulia bak emas yang beratnya beratus ratus kati,
Yang mahligainya bak minyak kesturi yang berkelindan sepenuh hari,
Yang indah rupawan bak penunggang kuda yang berpelana suasa,berkerah kencana,yang kelimau bagai ziil,yang berintan laksana sulaiman dan ratu balqis
Wahai kandaku yang sedang merajuk hatinya
Maafkan lisan dan qalbu dinda yang amat lancang dan gancang ini
Namun sungguh,tiada sekalipun maksud dinda mencambuk hati kanda dengan amaran luka ini
Tolong jangan campakkan dinda di panas mentari
Sehingga putuslah tali silahturrahmi
Semoga kandaku tuan putri yang jelita ini,
Masih mahukan daku menjadi ubat penyejuk hati
Kepada Sang Dewi yang indah tak terperi...
Kanda Tuanku Putri Rimba Niagara...

YA ALLAH JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU

Duhai putra ku yang pandai berbicara lantang...
Tahukah engkau saat ini aku menangis kesedihan
Betapa aku emengnya lupakan siapa aku sebenar
Iye ...apa yang kau katakan itu benar...
Aku yang bersalah...
Aku yang menafikan kesalahan aku
Aku memang gilakan sanjungan
Aku memang gilakan pujian
Ya Allah...jangan Kau ambil nyawaku
Berilah aku peluang untuk menebus kekhilafanku
Agar aku dapat perbaiki segala yang tidak sempurna
Terima kasih putra
Kerna kau udah menyedarkan aku
Aku yang berkasar dengnanmu
Maafkan kesalahan aku ye...
Aku janji denganmu akan menjadi
Tuanku Putri idaman rakyat
Tuanku Putri idaman mu putra...
Itu pun kalau kau sudi
Kalau tak sudi nggak apa-apaan putra....
Kerana ramai lagi putra-putra di luar sana
Sudah menantiku
Karna aku sudah menjadi
Putri pujaan semua

Karya Putri Rimba Niagara,
10 Mei 2013

Teungku Sayyid Deqy:

RATU YANG BERCEROPAK LUKISAN MERAK

O peri merak yang mengangsa suasa merah durgha,
Dindalah yang cemas akan kemarahan kanda ke kubah pasai ini,
Takutlah kami para pengiran dan juga para hulubalang akan bencana
yang dikirim dari niagara ini
Tiada lagi yang dapat kami persiapkan,
Kecuali pasrah dan mengharap belas kasihan
Ratu yang berceropak lukisan merak,yang berbedil perak,yang wajahnya ibarat kuntum sulastri,yang bulu matanya laksana busur panah sultan sultan sulaiman,lentik mengungkai angin dan bintang lithaya,yang rambutnya harum sedap malam,yang puntirnya bak ikal mayang bergelombang,yang jika ia berjalan cemburulah bidadari,yang ia tersenyum maka runtuhlah cahya mentari,yang jika ia bernyanyi,maka berdesirlah seruling malaikat,yang jika ia duduk,anggunnya seperti ratu sheeba.
Tiadalah pantas tuan putri meminta maaf kepada dinda
Biarkan dinda yang memohon dimuka seribu tangga,
Tuk mengharap redha dari tuanku putri yang kharisma
Oh merak kahyangan yang diutus raja sekalian alam
Maafkan lisan dan qalbi yang telah melukai majelis cinta ini
Dinda telah lancang dalam mengutarakan perasaan ini
Hingga terlukalah tuanku putri niagara
Atas nama pengiranku yang dikodratkan masa
Dan atas durjanaku sebagai pemuda
Mohonmaaf dari dinda kepada kandaku yang tercinta

Karya Teungku Sayyid Deqy & Ratu Rimba Niagara

(PETIKAN DARIPADA GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & GRUP KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA)
18 Sept 2012

(DISIARKAN DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, KEDATON KERATON WAHYU UTAMA , PERKUMPULAN KERATON NUSANTARA & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
13 Oktober 2012
Like ·

Prabu Sri Narayana Kusuma likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK)
15 Rabiulawwal 1434H
27 Januari 2013M
4Like · · Promote · Share

Ahmad Tajuddin and Khai Noor like this.

Gibran Rachman Mempercantik diri dan budi pekerti itu hal utama,bersihkan rasa dan asa ragu dalam jiwa dalam menongak ke bawah kerendahaan hati selalu di utamakan tuk menggapai keridoaan sang illahi selalu bermunajat dan muhasabah dalam mengarungi fatamorgana dunia,hanya gemerlap yg akan membawa kita lupa yg di tuju akheratlah kelak nanti,harta ,jabatan,kedudukan akan sirna hanya kain sehelai menutupi badan kering di alam sana
Sunday at 7:55pm via mobile · Unlike · 1

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
16 Rabiulawwal 1434H
29 Januari 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL HARIMAU PERANG)
24 Febuari 2013



04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


<b>Sungai Rambai</b> berubah wajah

Posted: 24 Feb 2012 08:04 AM PST

Sungai Rambai berubah wajah

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam menyaksikan pertunjukan akrobatik pesawat jenis Extra 300L pada Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai di Kampung Tasek Jasin, Melaka.


JASIN 23 Feb. - Kampung Sungai Rambai yang terletak di Selatan negeri ini melalui jalan utama Melaka-Muar melalui Lebuh AMJ sejauh 32 kilometer dulunya hanyalah sebuah penempatan kecil.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Dari sebuah penempatan kecil ia kini membangun pesat dengan banyak infrastruktur dan kemudahan awam menjadikan ia setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Sejak kepimpinan diterajui Barisan Nasional (BN) sejak dulu hingga kini, daerah itu berubah mengikut arus peredaran zaman.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu.

Dari sebuah daerah yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan penduduknya, kini sektor pelancongan semakin berkembang pesat mempopularkan kawasan tersebut.

Satu demi satu produk pelancongan mula berkembang di DUN tersebut walaupun ia berasaskan alam semula jadi yang terdapat di situ.

Inap desa di Parit Penghulu cukup popular dalam kalangan pelancong dari luar negara selain namanya turut terpahat dalam kalendar Pelancongan Malaysia.

Saban masa pelancong dari Singapura, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, England dan sebagainya menjadikan inap desa di sini sebagai destinasi untuk menikmati kehidupan kampung dan merasai kehidupan masyarakat Melayu.


PEMANDANGAN indah di Tebingan Sungai Rambai di Laman Belia 1Malaysia sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.


Pada 2009, seramai 92 belia dari 53 negara Komanwel berkampung selama tiga hari di situ yang sekali gus melonjakkan nama Sungai Rambai di peta pelancongan.

Selain itu, Lapangan Terbang Microlight di Kampung Tasek menjadi salah satu mercu tanda apabila setiap tahun menganjurkan Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai.

Pertunjukan udara menerusi pelbagai pesawat seperti Eagle, Cesna, Christaine Eagle, Extra 300, Microlight dan Paramotor jelas menarik minat penduduk di situ.

Sungai Rambai River Cruise menjadi produk pelancongan terbaru diperkenalkan di kawasan tersebut dan menjadikan daerah itu turut dikunjungi orang ramai pada cuti hujung minggu atau cuti umum.

Jika menaiki bot Melaka River Cruise di Taman Rempah, anda akan berpeluang menikmati pemandangan bangunan-bangunan sejarah.

Namun, dengan menggunakan perkhidmatan Sungai Rambai River Cruise, pengunjung berpeluang menikmati hutan paya bakau daripada pelbagai spesies.

Dengan menaiki Sungai Rambai River Cruise, orang ramai berpeluang menikmati suasana kampung dan menyaksikan flora serta fauna di samping hutan paya bakau yang unik di sepanjang laluan tersebut.

Di samping itu, Laman Belia Satu Malaysia pula menjadi mercu tanda terbaru untuk masyarakat di DUN tersebut berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti.

Laman tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat duduk, restoran, jambatan gantung, gelanggang futsal, berkayak, pentas hiburan selain dihiasi landskap yang menarik perhatian.

Selain itu, Sungai Rambai Agrotourism Park yang terletak di Batu Gajah Pasir pula menjadi destinasi pelancongan berasaskan ternakan kerana di kawasan seluas 38 hektar itu diternak rusa, lembu bali, lembu trust, kambing trust dan premis burung walet.

Menerusi peruntukan RM3.8 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ia akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lagi seperti pembinaan chalet, inap desa, restoran, surau, pusat kraftangan, tanaman buah-buahan, herba dan kolam ikan.

Bagi menambah pendapatan penduduk di DUN Sungai Rambai, projek ternakan udang yang terbengkalai kini dibangunkan semula di Sebatu.

Terdapat 15 kolam ternakan udang yang sudah beroperasi, tambahan 20 lagi kolam menerusi peruntukan sebanyak RM5 juta sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Rabu, 27 Februari 2013

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


343 ekar tanah <b>di machap</b> – Land for sale Johore : Spesel.com

Posted: 04 Nov 2012 07:40 AM PST

Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot
343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL

~TANAH PERTANIAN
~INTERNATIONAL LOT
~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN
~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI
PLUS HIGHWAY
~BERADA DI TEPI JALAN BESAR
~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA
HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK
KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH
~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000

BERMINAT,SILA HUBUNGI/SMS;

EN.FAIZAL BIN MUSTAFFA
012-669484

admin

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


<b>Chinese</b> Clematis Root - Herba Semulajadi Malaysia - Herbal

Posted: 12 Dec 2011 12:00 AM PST

China Clematis Root adalah akar kering dan rimpang Clematis chinensis Osbeck., Clematis hexapetala Pall. atau Clematis manshurica Rupr. (Fam. Ranunculaceae).

Nama: Clematis China Root
Nama latin: Radix Clematidis
Lokasi: China

Gambaran keseluruhan

pedas dan masin di rasa, hangat di alam, ia bekerja pada saluran kandung kemih dan berhijrah sampai 12 saluran dan jaminan.

Menjadi pedas dan hangat untuk penyebaran exopathogens dan dingin, ramuan yang memiliki tindakan yang kuat menghilangkan angin-kelembapan, kliring stasis di saluran untuk meringankan arthralgia.

Sejak aksinya penyebaran yang kuat dan cenderung menyebabkan kecederaan pada tenaga vital, seharusnya tidak digunakan untuk masa yang lama.

Selain itu, juga mempunyai kesan kahak eliminasi dan pelunakan tulang ikan.

Sejarah: Clematis digunakan secara meluas oleh China untuk mengubati rematik angin-sejuk. Ini adalah ramuan yang berkesan untuk menghilangkan rasa sakit rematik dan simpulan.

Kerana sifat anti-rematik dan anti-diuretik digunakan untuk mengubati rematik dan keadaan penyakit rematik disebabkan oleh angin dingin dan kelembaban.

Keadaan ini boleh termasuk sakit rematik dan radang sendi, kejang, bengkak dan nyeri tetap atau penghijrahan, rasa, kejang-kejang punggung bawah, tendon, sendi atau lutut nyeri dan simpulan dan kerosakan motor.

Hal ini terutama kepada anda sakit rematik tubuh lebih rendah dan bagi pesakit yang mobiliti terganggu sebagai akibat dari rasa sakit dan sesak di pinggang, kaki dan kaki.

Ini ramuan China reserved dapat membantu merangsang aliran qi (tenaga) dan darah melalui meridian tubuh atau saluran tenaga sebagai ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidaknyamanan yang disebabkan oleh stagnasi cecair dan sirkulasi terhambat.

Kegunaan

* Menggalakkan peredaran meridian.
* Abraham mengusir angin dan kelembapan, mengeruk saluran dan mengurangkan rasa sakit: Untuk arthralgia taip angin-kelembapan, khususnya mereka yang mati rasa dan kejang otot.
* Dispersi limps dan menghidupkan kembali bengkak.
* Angin-basah sindrom obstruksi terwujud sebagai nyeri rematik, nyeri, nyeri dan mati rasa di sendi dan kerosakan motor.

Bahagian yang Digunakan

Akar atau rimpang

Tindakan

Untuk meringankan keadaan rematik, untuk menghilangkan hambatan agunan, dan mengurangkan rasa sakit.

Sumber

Akar dan rimpang dari semak trailing abadi, Clematic chinensis Osbeck. Atau C. hexapetala Pall. atau C. manshurica Rupr., Ranunculaceae keluarga.

Keselamatan

Tanaman ini merupakan kontraindikasi dalam seseorang dengan perlembagaan yang lemah.

Indikasi

1. Untuk arthralgia rematik, sakit sendi, kebas kaki, sering digunakan dalam kombinasi dengan akar ledebouriella, akar notopterygium dan Chuanxiong root untuk kliring struction stasis saluran untuk mengurangkan rasa nyeri.

2. Untuk tulang ikan kerongkong ditampal, herba ini digunakan dalam bentuk rebusan, menelan perlahan.

Chinese Clematis, Chinese Clematis kategori, sumber Chinese Clematis,Chinese Clematis tanaman, Chinese Clematis mengumpulkan dan memproses, Chinese Clematis ciri-ciri, komposisi kimia Chinese Clematis, fungsi Chinese Clematis, Chinese Clematis informasi, Chinese Clematis foto, Chinese Clematis gambar, video Chinese Clematis, Chinese Clematis akar, Chinese Clematis buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, akar kering

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Dari MTD <b>Durian Tunggal</b> —

Posted: 09 Jan 2013 11:00 AM PST

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


RASEDY CANOPY: RASEDY <b>di Batu Berendam</b>

Posted: 24 Feb 2013 05:09 PM PST

Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak  Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.
Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.

Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.

Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.

Pada keesokan harinya iaitu Sabtu (23 Februari2013)  majlis ini diraikan dan dimeriahkan lagi dengan kahadiran saudara, kenalan dan sahabat handai.

Pada jam kurang lebih 1.00 petang acara yang dinantikan oleh para tetemu ialah perarakan pasangan pengantin bersama keluarga pengantin lelaki dengan iringan kompang oleh Kumpulan Kompang Kampung Batu Berendam.









04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


DJ - Perkahwinan : Lorong Hj. Hamid 2, <b>Sg</b>. <b>Udang</b> - DDeana <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 05:18 AM PST

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ASMAA BINTI RAHIM ♥ MOHD KHALID BIN MD JIZET (ENCIK RAHIM BIN MOHD & PUAN FATIMAH BINTI DIN)
  • LOKASI : LORONG HJ. HAMID 2, SG. UDANG, KLANG
  • TARIKH : 5hb JANUARI 2013 (23 SAFAR 1434H)
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... permulaan tahun baru 2013 ini telah pun memberi satu lagi peluang rezeki kepada saya. Hari ini saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah lagi majlis perkahwinan di Klang. Lokasinya sangat berhampiran dengan rumah saya iaitu hanya di Lorong Haji Hamid 2 iaitu di Jalan Selamat, Sungai Udang. Bekerjasama dengan team hari ini memang memudahkan saya maka saya mengambil keputusan untuk bertolak sedikit lewat. Ini kerana saya sememangnya yakin bahawa tiada kesesakan lalu-lintas yang perlu saya tempuhi. Sesampainya di sana, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan sanak-saudara tuan rumah yang ada kerana majlis akad nikah baru sahaja selesai. Selepas itu, saya dikhabarkan bahawa majlis doa selamat akan bermula dan akhirnya tugasan saya hanya bermula sekitar jam 12 tengah hari.
Tugasan saya hari sememangnya mudah kerana tiada aktiviti berkaraoke yang dijalankan. Maka, saya hanya perlu mengalu-alukan tetamu selain memutarkan lagu yang menceriakan lagi suasana. Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang. Jenuh juga pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki tiba dan ketibaan pengantin lelaki diiringi oleh paluan kompang Sri Gadaong dari Telok Gadong Kecil. Pengantin lelaki terus disambut oleh pengantin perempuan dan kemudiannya diarak masuk untuk ke meja makan beradab. Sebelum sampai ke meja makan beradab, bacaan doa telah dilakukan bagi merahmati lagi perjalanan majlis.
Makan beradan berjalan lancar dan ada juga rakan dan taulan pasangan mempelai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Selesai sahaja upacara makan beradab, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Pada ketika itu, pengapit pengantin perempuan iaitu Puan Farisha telah datang menemui saya dan menulis satu ucapan buat pasangan mempelai untuk saya bacakan, yang mana berbunyi:
"Buat sahabatku,
Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke syurga. I love you so much Asmaa... sahabatku hingga ke syurga.
Buat Khalid,
Tahniah... jagalah Asmaa dengan baik. Dia antara wanita yang terbaik. Berbahagialah melayari bahtera alam perkahwinan ini hingga ke Jannah, Insya Allah."

Itulah dia antara bait-bait ayat yang telah saya bacakan untuk pasangan mempelai. Meskipun hujan turun dengan lebatnya serta membanjiri kawasan tugasan saya, saya tetap menjalankan tugasan saya sebaiknya. Majlis selesai sekitar jam 4 petang dan diharapkan semua pihak berpuas hati dengan khidmat yang telah saya berikan. Jom layan jap gambar-gambar pada hari ini :)


 Sekian dan wassallam~

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


beca gergasi <b>di</b> sempadan <b>sungai rambai</b> - suhaizan haji noh

Posted: 22 Sep 2012 10:41 AM PDT

SALAM PERJUANGAN

terlebih dahulu mengucapkn tahniah kpd pok teh dan mok teh yang telah berjaya terpilih utk menjadi sebahagian jemaah haji Malaysia tahun ini..

kami sekeluarga doakan semuga pok teh dan isteri selamat pergi, selamat menunaikn haji dan selmt pulang dan mendpt gaji yg mabrur.

Keluarga pok teh tinggal di parit sidang seman dan dlm perjlnn pulang sengaja masuk ke sempadan ledang utk melihat pembangunan Gerbang Selatan Sg Rambai..

Tahniah kpd YB Datuk Hassan Abd Rahman yg berjaya mengubah lanskp kearah yg lebih cantik sprt Laman Belia,river cruise, tangki air tengkolok dsb.

Namun sempat juga bergambar kenangan di beca gergasi di daerah Ledang....

TAHNIAH...



04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


.: Umno <b>Serkam</b> Siap Untuk Ganggu Tamrin?

Posted: 06 Sep 2012 03:20 AM PDT


Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas. Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.

Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]

Bina lebih banyak kelong <b>di Serkam</b>

Posted: 15 Aug 2011 05:49 PM PDT

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

ads