Sabtu, 30 November 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Pengurangan Kos Pembangunan Perumahan <b>di Negeri Melaka</b> - Zool

Posted: 30 Oct 2013 05:24 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekarang ni kebimbangan tentang kenaikan harga rumah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Melaka yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Seperti yang kita ketahui, rumah merupakan satu tempat yang amat perlu dalam kehidupan seharian. Tanpa rumah, kita akan mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan normal. Pasti sukar untuk menguruskan keluarga jika terpaksa menumpang di rumah orang lain ataupun tinggal di kawasan yang bukan rumah seperti di surau, di kaki lima dan sebagainya.
Untuk memiliki rumah sendiri bukanlah tugas mudah dan kos yang perlu ditanggung juga bukan murah. Untuk membeli sebuah rumah bagi kita yang berpendapatan sederhana ini memerlukan persediaan yang rapi. Kita memerlukan pendapatan yang stabil untuk mendapatkan pinjaman perumahan, juga perlu untuk menyediakan kos tambahan seperti bayaran peguam , bayaran deposit dan sebagainya. Ini melibatkan kos yang banyak.Kos yang tak mampu ditanggung serta ketidakmampuan untuk mendapatkan pinjaman perumahan menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa sahaja.

Ada yang menunggu sehingga pendapatan stabil tetapi malang apabila kos hartanah semakin tinggi menyebabkan harga rumah tidak mampu untuk dibeli. Ditambah pula dengan prosedur kewangan yang semakin ketat dan juga perbelanjaan harian yang makin meningkat.

Kegusaran tentang kenaikan harga hartanah ini mendapat perhatian banyak pihak. Pihak Kerajaan didesak oleh rakyat dan juga pihak lawan untuk menurunkan harga rumah manakala pihak pemaju enggan menurunkan harga atas sebab-sebab tertentu. Kerajaan Negeri Melaka melalui agensi Lembaga Perumahan Melaka telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel Perumahan 2013 bertajuk ' Pengurangan Kos Pembangunan Perumahan di Negeri Melaka'. Bengkel ini yang akan dihadiri oleh agensi kerajaan dan pemaju perumahan berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 31 Oktober – 1 November 2013. Mungkin ada yang tertanya kenapa bengkel tidak dibuat di Melaka. Ini bagi mengelakkan wakil agensi itu lari ketika sessi bengkel dengan alasan kerja. Jadi urusetia ingin mendapatkan komitmen 100 peratus dari semua.
Diharap melalui bengkel ini, agensi kerajaan, pemaju dan pihak berkaitan dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk mengurangkan kos pembangunan perumahan di Negeri Melaka sekaligus dapat menurunkan harga rumah.

Ini kerana saya merupakan salah seorang urusetia dalam bengkel ini. Walaupun tugas saya hanya menyediakan peralatan ICT tapi input-input ini pasti boleh dikongsikan bersama dengan pembaca ligakampung.com . OO ye, kemungkinan pada hari artikel ini dipublishkan saya sedang bersiap-siap untuk menyediakan peralatan ICT dalam bengkel ini. Doakan semoga bengkel ini berjaya sekaligus mungkin boleh menjadi contoh kepada agensi perumahan di negeri lain.

banner-laman-ligakampung
Banner cincai yang dibuat oleh si Zool

Sekian

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :229

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 03:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Temuduga Terbuka Jabatan Mufti <b>Negeri Melaka</b> - 11 November <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 06:51 PM PST


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Mufti Negeri Melaka seperti berikut:
1. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

B. Jawatan Pembantu Tadbir P/O Gred N17 (Sambilan)
(i) Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut di atas diminta menghadiri temuduga beserta resume, salinan sijilsijil kelayakan atau dokumen-dokumen berkaitan yang diakui sah pada 11 November 2013 (hari Isnin) di alamat seperti berikut pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

A. Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 (Sambilan)
(i) Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut di atas diminta menghadiri temuduga beserta resume, salinan sijilsijil kelayakan atau dokumen-dokumen berkaitan yang diakui sah pada 11 November 2013 (hari Isnin) di alamat seperti berikut pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka,
Jabatan Mufti Negeri Melaka,
Temuduga Terbuka di Jabatan Mufti Negeri Melaka November 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads