Khamis, 7 Mac 2013

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Terkini!! (Gambar2 & Video) Jelajah Merdeka Rakyat <b>Di</b> Melaka: DS <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 08:21 AM PST



Kira-Kira 100 Penyokong Barisan Nasional Menimbulkan Kekecohan Di Jelajah Merdeka Rakyat Di Melaka Ketika Ini....

apabila hujah sudah tidak boleh dilawan..
maka ini la cara macai-macai gunakan untuk berlawan
sama la jugak macam macai-macai dalam gambar ni..


Cedera dikena batu dibaling samseng UMNO

FRU/Pihak Polis Kelihatan Mengawal Keadaan Di Tapak Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Ketika Ini Akibat Kekacauan Yang Ditimbulkan Oleh "SAMSENG DIKENALI" Di Melaka Ketika Ini Yang Menceroboh Tempat ceramah PR...


TERKINI...JELAJAH MERDEKA RAKYAT MACHAP, MELAKA..Ribuan Manusia Rakyat Hadir Walaupon bas dibaling batu tapi kemaraan rakyat untuk memastikan PR ke Putrajaya tetap tinggi

TERLATEST!!!!..BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT DIBALING DENGAN OBJEK KERAS OLEH SAMSENG UMNO DI CERAMAH MERDEKA RAKYAT DIBUKIT KATIL, MELAKA... SERPIHAN CERMIN MENGENAI DSAI KETIKA BELIAU SEDANG BERUCAP!!!!!

Terlatest berita panas mendidih!!!!. Cermin bas Jelajah Merdeka Rakyat di baling objek keras dipercayai batu,oleh samseng umno di Bukit Katil,Melaka sebentar tadi 7hb Mac 2013 jam 10 malam.....cermin yang pecah berselerakan kena pada badan DSAI yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.. ADA PERCUBAAN UNTUK MENCEDERAKAN DSAI.

Pihak UMNO juga dikatakan sedang membuat ceramah dengan tujuan ganggu kacau yang dikepalai Ummi Hafilda.

Nak katakan ceramah pun tak boleh sebab dari awal Ummi Hafilda buka beliau asyik memaki hamun, mencarut memfitnah DSAI saja. Butiran caci maki hamunnya adalah jenis sterotype dari dulu, kini dan samapi dia mati.

Ingatkan sudah berumah tangga dengan warga Pakistan dia akan berubah, tapi malangnya semakin teruk!!!!!

Beginilah cara UMNO Melaka dibawah Ali Rustam berpolitik. Kebetulan UMNO Bahagian Bukit Katil diketuai oleh Ali Rustam sendiri. -Omak kau

Rabu, 6 Mac 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


My JoUrNey: Trip To Legoland, JPO & Bdr <b>Ayer Keroh</b> Melaka 17-19 <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 07:19 AM PST

omak memang suka tulis cost bila pegi holiday :D...
Tiket legoland 2kanak (rm140) dewasa 8org (rm750) total= rm860..
lunch merangkap diner di bandar baru uda kedai thai = RM80
homestay di pulai indah rm180...bfast (free = rmh teman omak :D)
apartment di melaka = rm350....
dinner ikan bakar di sg duyung RM250   
brunch di bdr ayer keroh RM120
6.30 pagi bertolak ke JB.. 2 keta jer berbekalkan nasi goreng cina + ayam goreng, roticanai bla bla ... Sampai di R&R lupa dahh berenti isi minyak + membuang air kecit besar dahhh. Bfast 1jam..@ pastu berbekalkan singboard jer sbb memasing xbawa gps main hentam jer allahamdulliah jam 10am selamat sampi d. Legoland... Allahamdulliah masih ada rejeki dpt jual 1tiket sbb my brother seorg xdpt dtg kira balik modal laa .. jln2 dlm Legoland xde la menarik sgt sbb masih baru paneh ceng2 layaz jer laaa demi anak2 yg penting dpt bersama2 dgn Family.. Permainan bebudak bawa 10 jer yg byk kalu bebudak besar cepat busan elok lagi pegi USS (singapore studio)  jam 4ptg kami dah keluar pegi ke bandar homestay kat bdr baru uda ujan lebat sgt2. Homestay pulak hampehhhhh sungguh dgn keadaaan yg tiris sana sini aduyaiiiii .. Anak2 buah xnak dok sini sbb rmh macam rmh berhantuu dlm intnet gambar cantik kan main kira makcik tertipu laaa dlm keadaan kelam kabut tetiba org koll kata omak ada buking homestay kat pulai indah...aikkkk bila masa pulakk sbb tuhari hanya kol utk tanya jer xtahu laa pulak dia dah stanby utk kita..apa2pom sgt rasa bersyukur di saat memerlukan dpt serta merta .. Lepas solat and makan terus sana...allahamadulliah dpt rmh yg sgt2 selesa dan murah cuma jauh skit jer... Yg best homestay tu berdekatan rmh kwn sekampong/sekolah yg berpuluh tahun xjumpa..rejeki kami nak berjumpa...esok pagi kami dpt bfast free di rmh mok su tiee (nama glemer dlm fb) hehehe. Rejeki dr langit dgn hidangan yg macam2 kenyang sampai ke petang...



 JPO my small pamily...
 my lovely bunda...
 dinner ikan bakat @ sg udang, melaka
asam pedas yg mabelesssss....Walaaa Pekena asam pedas @ rest asam pedas restoren org kg.. Bdr hilir (kedai depan baza/menara taming sari)

3>
3>
Lepas dr rmh CT kami terus ke JPO dah alang2 kat sana... Window2 sopink xde apa yg menarik pom semua sama macam kl beza murah skit jer dr KL.. Rasanyer xde dah nak pegi dtg sini lagii ... Jam2++ terus ke melaka ... kami duk di horizon apartment .. Mlm dinner di sg udang allahamdulliah org xramai sgt mungkin sbb dah hari ahad mlm senin jadi xberebut dgn org ramai.. Lepak2 rehat kat kat aparment yg ada swimpol sgt sesuai utk bebudak  Bfast ala kada jer perabih bekalan yg di bawa jam 12 cek out teru ke bdr melaka teru lunch asam pedas special berhadapan dgn menara taming sari.. Lepas makan bebudak naik menara taming sari..dah byk kali dtg melaka xpenah berpeluang naik ni sbb selalu ramai org allahamdulliah hari hari senin jadi org xramai cepat jer Q..sambil soping belacan kat bazar berhampiran...
pic pozink bersama mok su tie & asben...

jam habis sopin terus bertolak balik KL sampai umah jam 6ptg rehat dan teru acara mendobiiii mlm makan tapau pasar mlm jer hehehe....allahamdulliah trip kali ni sgt leisure dan semua anak mak bunda hepi 



my fb album

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


<b>Chinese</b> Clematis Root - Herba Malaysia - Herbal

Posted: 12 Dec 2011 12:00 AM PST

China Clematis Root adalah akar kering dan rimpang Clematis chinensis Osbeck., Clematis hexapetala Pall. atau Clematis manshurica Rupr. (Fam. Ranunculaceae).

Nama: Clematis China Root
Nama latin: Radix Clematidis
Lokasi: China

Gambaran keseluruhan

pedas dan masin di rasa, hangat di alam, ia bekerja pada saluran kandung kemih dan berhijrah sampai 12 saluran dan jaminan.

Menjadi pedas dan hangat untuk penyebaran exopathogens dan dingin, ramuan yang memiliki tindakan yang kuat menghilangkan angin-kelembapan, kliring stasis di saluran untuk meringankan arthralgia.

Sejak aksinya penyebaran yang kuat dan cenderung menyebabkan kecederaan pada tenaga vital, seharusnya tidak digunakan untuk masa yang lama.

Selain itu, juga mempunyai kesan kahak eliminasi dan pelunakan tulang ikan.

Sejarah: Clematis digunakan secara meluas oleh China untuk mengubati rematik angin-sejuk. Ini adalah ramuan yang berkesan untuk menghilangkan rasa sakit rematik dan simpulan.

Kerana sifat anti-rematik dan anti-diuretik digunakan untuk mengubati rematik dan keadaan penyakit rematik disebabkan oleh angin dingin dan kelembaban.

Keadaan ini boleh termasuk sakit rematik dan radang sendi, kejang, bengkak dan nyeri tetap atau penghijrahan, rasa, kejang-kejang punggung bawah, tendon, sendi atau lutut nyeri dan simpulan dan kerosakan motor.

Hal ini terutama kepada anda sakit rematik tubuh lebih rendah dan bagi pesakit yang mobiliti terganggu sebagai akibat dari rasa sakit dan sesak di pinggang, kaki dan kaki.

Ini ramuan China reserved dapat membantu merangsang aliran qi (tenaga) dan darah melalui meridian tubuh atau saluran tenaga sebagai ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidaknyamanan yang disebabkan oleh stagnasi cecair dan sirkulasi terhambat.

Kegunaan

* Menggalakkan peredaran meridian.
* Abraham mengusir angin dan kelembapan, mengeruk saluran dan mengurangkan rasa sakit: Untuk arthralgia taip angin-kelembapan, khususnya mereka yang mati rasa dan kejang otot.
* Dispersi limps dan menghidupkan kembali bengkak.
* Angin-basah sindrom obstruksi terwujud sebagai nyeri rematik, nyeri, nyeri dan mati rasa di sendi dan kerosakan motor.

Bahagian yang Digunakan

Akar atau rimpang

Tindakan

Untuk meringankan keadaan rematik, untuk menghilangkan hambatan agunan, dan mengurangkan rasa sakit.

Sumber

Akar dan rimpang dari semak trailing abadi, Clematic chinensis Osbeck. Atau C. hexapetala Pall. atau C. manshurica Rupr., Ranunculaceae keluarga.

Keselamatan

Tanaman ini merupakan kontraindikasi dalam seseorang dengan perlembagaan yang lemah.

Indikasi

1. Untuk arthralgia rematik, sakit sendi, kebas kaki, sering digunakan dalam kombinasi dengan akar ledebouriella, akar notopterygium dan Chuanxiong root untuk kliring struction stasis saluran untuk mengurangkan rasa nyeri.

2. Untuk tulang ikan kerongkong ditampal, herba ini digunakan dalam bentuk rebusan, menelan perlahan.

Chinese Clematis, Chinese Clematis kategori, sumber Chinese Clematis,Chinese Clematis tanaman, Chinese Clematis mengumpulkan dan memproses, Chinese Clematis ciri-ciri, komposisi kimia Chinese Clematis, fungsi Chinese Clematis, Chinese Clematis informasi, Chinese Clematis foto, Chinese Clematis gambar, video Chinese Clematis, Chinese Clematis akar, Chinese Clematis buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, akar kering

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


myMetroSungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka melebihi paras bahaya

Posted: 14 Nov 2012 06:54 PM PST

Foto Menarik

KOTA BHARU: Penyerang Kelantan, Dimitrios Petratos diasak pertahanan Maziya Sports & Recreation (MDV) Mohamad Arif (bawah) dan Imran Ali pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mohd Ke IV. Kelantan seri 1-1 dengan MDV. FOTO Fathil Asri (06/03/2013)

Foto Menarik

Anggota polis menahan seorang lelaki disyaki pengganas ketika membuat siasatan di Kampung Airport, Semporna, tengah hari ini. FOTO Mohd Radzi Bujang (06/03/2013)

Foto Menarik

LAHAD DATU: Keadaan di Pasar Rakyat Lahad Datu beroperasi seperti biasa walaupun "Ops Daulat" masih diteruskan terhadap pengganas bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo. FOTO Malai Rosmah Tuah

Foto Menarik

SERIBU hadir menunaikan solat hajat memohon kesejahteraan dan keselamatan negara daripada ancaman penceroboh yang dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat. Turut hadir Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

Foto Menarik

SEORANG penduduk memegang risalah terakhir yang disebarkan sekitar Kampung Tanduo oleh pihak keselamatan Malaysia untuk memberi amaran kepada pengganas supaya meletakkan senjata dan menyerah. Risalah ini diedarkan pada 2 Mac lalu. FOTO Edmund Samunting

JALAN, ORDER & MAKAN : <b>KLEBANG</b> ORIGINAL COCONUT <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 07:59 PM PDT

Assalamualaikum ...
Jalan makan angin dekat pantai plak ... dah lama juga tak pergi pantai kan? Aku baru je balik dari Melaka last week. Jenjalan di Banda Hilir dan Pantai Klebang. Walaupun Pantai Klebang tidaklah seindah pantai di Port Dickson Negeri Sembilan, tapi aku tetap sukakan Melaka kerana kebersihannya, kekemasannya, ketersusunannya dan kecantikkannya! Yang paling penting bagi aku, Melaka tak pernah jemu untuk dilawati. Tetap menarik ... tetap happening! Love Melaka so much! Setahun 4-5 kali ke sana, tidak pernah jemu bagi aku.
Kali ini aku ke Melaka dengan niat yang satu .... Jalan, Order dan Makan! Senang cerita, jalan-jalan cari makan. One day before ke sana, aku dah google tempat menarik untuk aku mencari menu yang special di Melaka.  Dan misi kali ini adalah MAKAN!! Aku kena memenuhi misi kali ini dengan makan sebabnya aku masih lagi dalam cheat day untuk atkins sempena raya. Macam penat je, ko diet pagi petang dah ada open house. Orang makan, takkan ko nak tengok. Menu raya rasa dia lain sket dari hari-hari biasa ;=) Alasankan aku nie nak cheat diet .. hu hu
Okeh, berbalik kepada JOM nie, lokasi pertama yang aku terjah bila sampai Melaka weekend hari tu adalah KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE! Coconut shake nie memang hangat diperkatakan oleh bloggers. So, aku pun tak nak terkecuali untuk review tentang coconut shake nie. Sedap ke idak?? Kata jadi blogger kan ... kan ...


Gerai coconut shake berkenaan. Ada 2 tau ... kalau nak bungkus, sila beli yang dekat tepi jalan. Tapi kalau nak makan dekat situ ... sila masuk ke sket ada satu lagi gerai yang siap dengan tempat duduk bagai. Kena melalui lorong tepi Solok Kg. Bahagia tu. Kalau tengok kat gambar, lorong yang Exora tu nak keluar. Ada tempat khas untuk makan di situ.


Masa aku sampai sini, orang tak meramai lagi. Yang beratur pun cuma 4-5 orang je. Masa tu dah kul 3.00pm rasanya. Tengok abang tu yang tengah senduk aiskrim vanilla tu, aiskrim Wall lagi tu ... asal si teman pegang camera je dia pandang dan senyum, siap control macho tu bang ;=) Macam tau tau je bang kami nak masukkan kat blog kan!



Dorang angkut kelapa guna basikal tua nie. Hah, penuh 2 basikal tu. Mesti lumayan hasilnya ... hu hu. Aku rasa 2 basikal nie macam tak cukup sebabnya pelanggan dia adalah meramai. Kalau habis mesti dorang pergi ambil dekat gerai yang dekat dalam tu .... agaknyelahkan ... he he he


Dah beratur, masa aku sampai ini je yang ada. Tapi bila aku dah start beratur, pelanggan dah meramai beratur belakang aku. Bukan setakat ada coconut shake je kat sini, nasi lemak bungkus daun pisang pun ada. Boleh cuba kalau nak, aku tak cuba pun ... perut dah kenyang makan masak lomak cili api dekat Nelayan Seafood, Rahang Square sebelum sampai Melaka.


Tengok, aku dah cakap ... nak Bungkus Di Luar, Makan & Minum Sila ke dalam. Sila rujuk arrow ye kengkawan ;=). Untuk hari tu aku beli coconut shake original .... dengan aiskrim vanilla di atasnya!
Rupa bentuk coconut shake berkenaan sebelum disedut. Rasanya memang amat enak. Si teman cakap, "betullah cakap blogger tu, sedap sangat coconut shake nie ... kat Putrajaya pun takda yang best camnie!". Rasa dia memang sedap, ais dia terasa halus, lemak dan manis coconut shake nie memang cukuplah. Mungkin gak sedap kerana guna aiskrim vanilla Wall kot. Bak kata, 2 cup cocnut shake nie untuk sorang tak cukup! Aku rasa rugi beli 2 cup je aritu, last-last aku belasah yang si teman punya. Nasiblah yang oooooi!!

Ha, untung tau ada blogger nie ... boleh review kat korang makanan mana sedap ke idak ... lokasi tang mana, cumanya korang kena rajin google sket. Tempat makan tu pun leh dapat promosi percuma. Tapi, pastikan sedaplah ... layanan tip top! Kalau tak sedap, layan cam hampas kelapa, review pun macam tu lah jugak. Jangan nak marah plak kalau blogger review bukan-bukan ye!!

Untuk korang yang nak ke sana, Klebang Original Coconut Shake ini terletak di area jalan Pantan Klebang, sebelum masuk ke simpang Solok Kampung Bahagia. Nak senang lagi cari, bersebelahan stesyen minyak Caltex!! Tepi jalan je, slow-slow sket bawa kereta tu .... sure perasan ada satu khemah sebelah  Caltex tuh!
Selamat mencari dan selamat mencuba .... nanti aku update lokasi makan best yang lain di Melaka ya! Tungguuuuuuuuuuuuu.....
CK : Masa balik naklah repeat, tapi dah habis ... sedih aku!!

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Politik Kotor BN <b>di Machap</b> « Fuziah Salleh

Posted: 11 Apr 2007 12:48 AM PDT

Di Macap semalam terdapat satu usaha BN untuk menjatuhkan kredibiliti Sdr Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang
dengan cara mereka mengedarkan satu VCD yang bertajuk VCD PANAS -18SX.
VCD tersebut yang dibalut dengan kertas yang ada logo DAP dan juga gambar calon DAP telah diedar di dalam masjid-masjid.
Di antara kandungan VCD tersebut ialah affidavit Sukma dan gambar-gambar Sdr Anwar yang kononnya bertopengkan agama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

VCD tersebut nampaknya bertujuan membuat orang Melayu membenci Anwar dengan cara menjatuhkan kredibiliti beliau di mana beliau dituduh munafik.
Kemudian VCD itu juga bertujuan membuat orang Melayu membenci DAP di atas persepsi DAP menikam KeADILan dari belakang.

Saya kira ini propoganda BN yang cukup korup dan tandus dari segi idea dan di masa yang sama terdesak (desperate) untuk mendapatkan sokongan pengundi MACHAP. Seperti biasa BN tidak teragak-agak untuk menggunakan tektik kotor dan keji.

Di antara taktik kotor BN yang lain ialah menggugut para pengundi yang sedia menjadi hos ceramah kelompok dan program anjuran KeADILan .
Di daerah mengundi Melaka Pindah terdapat dua kes di mana tuan rumah menarik balik izinnya untuk mengadakan ceramah di rumahnya (selepas bersetuju dan merendam meehoon satu besen).

Hmmm…. BN pasti tidak akan berubah tapi……bila lah agaknya pengundi Melayu akan sedar?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

April 11, 2007 - Posted by | Politics

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Mas Emieyati Shamsudin calon BN <b>di</b> parlimen <b>Masjid Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 05:18 PM PST

imagesKemungkinan sdri Mas Emieyati akan mewakili BN bagi parlimen Masjid Tanah dalam pilihanraya ke 13 nanti. Beliau menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah semenjak 2001 dan telah dilantik menjadi Ketua Puteri Umno Melaka tidak lama kemudian. Lulusan undang-undang dari UKM ini menjadi pembantu Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam sejak beberapa tahun lalu. Nama beliau disebut-sebut akan bertanding pada tahun 2008 di dun Air Limau tetapi disaat akhir diganti oleh Haji Amiruddin iaitu Yang Berhormat sekarang. Negeri Melaka adalah satu-satunya negeri yang Pergerakan Puteri Umno tidak bertanding dimana-mana kawasan pilihanraya lepas. Untuk memenuhi kuota, beliau akan dicalonkan menggantikan Datuk Abu Seman Yusof.

Penulis secara peribadi tidak kenal beliau tetapi secara kebetulan pernah disatu univerisiti yang sama dan kampus yang sama. Walaupun beliau adalah junior penulis tetapi secara kebetulan tidak bertegur sapa walaupun pernah terlibat dengan program anak angkat sekali (semasa penulis masih aktif dengan Pemuda Umno dahlu). Ayahnya adalah Haji Shamsudin yang bertanding di dun Ramuan China pada tahun 1990 atas tiket parti Semangat 46. Penulis boleh katakan yang keluarga beliau adalah dari keluarga pembangkang. Malah pada tahun 1999, ayah beliau hampir aktif dalam parti KeADILan tetapi mengambil keputusan menyokong "dari jauh" sahaja.

Penulis kenal keluarga beliau dan secara peribadi penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Lawan yang menanti ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, sdr Mohd Nasaei Ismail. Beliau berkelulusan komunikasi dari USM. Tidak banyak yang penulis tahu mengenai beliau kerana dirinya aktif dengan PAS di peringkat Wilayah Persekutuan.  Pada tahun 2008, Datuk Abu Seman menang mudah dengan majoriti lebih 12,000 undi. Pada jangkaan penulis, BN masih ada harapan menang tetapi persolaan sejauh mana undi majoriti yang akan diperolehi oleh Mas kelak.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Dr Mat: Raptor watch in <b>Tanjung Tuan</b> & Bird Sanctuaty at Tanjung <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 07:29 PM PST

May be not many people know how Tanjung Tuan become birds sanctuary and an International Important Bird Areas (IBA) especially Raptor Watch event. Every year from February to March thousands of people come to Tanjung Tuan for Raptor Watch including from overseas. UPM students never missed.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


surat wanita umno bahagian <b>bukit katil</b>,melaka <b>...</b> - Pancaroba

Posted: 27 Feb 2013 12:43 AM PST

SURAT WANITA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL,MELAKA. MEMFITNAH DAP TERSEBAR LUAS DI INTERNET....NAMPAK SANGAT JAHIL DAN KERING KONTANG IDEA UNTUK BERDEPAN DENGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!

Inilah sekeping surat yang dicetak dan diedarkan oleh Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka dimana Ketua Bahagiannya adalah Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sendiri.

Begitu jahil dan terdesak UMNO Melaka pimpinan Ali Rustam untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Langsung tidak ada class UMNO dibawah pimpinan Ali Rustam berpolitik.

Masih terperangkap dengan politik zaman 70an dan awal 80an tanpa menyedari kini kita sedang menghirup oksijen dizaman alaf barau yang sudah pun 13 tahun berlalu.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO.

Dia ingat rakyat tidak boleh boleh nak berfikir dan menilai setiap maklumat yang dihidangkan.

Kalau beginilah cara UMNO/BN menggunakan taktik dan cara nak berdepan dengan Pakatan Rakyat.. Ikhlas lagi jujur Omakkau cakap.. Insya- Allah.. UMNO akan tumbang.

INI KALI LAH TUKAR... JOM UBAH... TOLAK POLITIK FITNAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


TRAVELOG: Cari-cari Makan <b>di Tanjung Kling</b>, Melaka

Posted: 18 Jan 2012 08:44 PM PST

Kalau anda ke Melaka jangan lupa ke Tanjung Kling. Terletak kira-kira 15 km dari pusat Bandar Melaka. Untuk mereka yang gemar mencari resepi baru apa kata kita makan tengah hari di sebuah gerai yang terletak di Tanjung Kling. Kami sempat makan tengah hari di sebuah gerai yang agak popular di sini, iaitu M M Medan Citarasa. Melihatkan kepada kenderaan yang berhenti di gerai ini sudah tentu gerai ini menyajikan makanan yang sedap dan menyelerakan.
Kalau anda dari pusat Bandar Melaka gunakan jalan raya yang mengarah ke Pantai Klebang..hanya beberapa kilometer dari  Pantai Klebang anda akan nampak Hotel Everly di sebelah kiri jalan. Ke hadapan sedikit di sebelah kiri , anda dapat lihat deretan gerai. Ha..di situlah terletak gerai tersebut. Pelbagai jenis makanan ala kampung disediakan di sini seperti gulai lemak daging bakar, masak asam pedas Melaka, masak lemak jantung pisang, kari ikan, ayam masak merah, sambal tumis udang dan macam-macam lagi. Ada juga ikan bakar dan ayam goreng kampung yang amat menyelerakan kalau dimakan pada waktu tengah hari. Jangan lupa ambil cencaluk atau sambal belacan yang kaw!!! untuk dimakan dengan ikan bakar. Servis kat sini memang bagus dan cepat. Tuan punya gerai amat peramah dan melayan pelanggan dengan mesra. Harganya pula memang berpatutan. Jom ….cuba jangan tak cuba…best…punya…

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


RC Smk <b>Lubok China</b>: Doa harian dan Pengertian doa

Posted: 05 Mar 2013 07:22 PM PST


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir

daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - ÙŠَدْعُÙˆ - دَعْÙˆَØ© ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:



b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

RC Smk <b>Lubok China</b>

Posted: 05 Mar 2013 06:50 PM PST

Harini aku ingin kongsikan apa yang aku dapat dari laman sesawang Zuldesign Autotranic... Diharap apa yang aku ingin kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tentang reka cipta dan inovasi. Artikal ni boleh di download kan di laman sesawang Zuldesign. Kalau nak lebih "clear" boleh cari artikal nya dalam akhbar MEGA keluaran Utusan Malaysia.















Maaflah sebab ada beberapa pic yang aku tak dapat nak betulkan  arah pandangan nya sebab pc ada masalah sikit....

Selasa, 5 Mac 2013

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Mahathir punca keganasan <b>di</b> Sabah?

Posted: 05 Mar 2013 05:12 PM PST


SAYA menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.

Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.

Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya, di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.

Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam.

Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.

Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.

Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.

Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.

Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.

Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya.


DATUK SERI WILFRED BUMBURING

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


DMPKBKATIL Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 11:04 AM PST

Permusuhan yang di lancarkan suku Quraish semakim memuncak, Tak segan-segan mereka melakukan penyiksaan dan pembunuhan kepada para pengikut Islam. Beberapa sahabat serta pengikut Nabi berhijrah ke Ethopia. Sebahagian lain di asingkan dan di miskinkan oleh pemimpin pemimpin Quraish.
Satu hari , kaum kafir Quraish mengadakan perbincangan di Masjidil Haram bertujuan  untuk membunuh Muhammad  ketika menjumpainya. Mereka berbondong-bondong mencari Rasulullah Muhammad saw. Mendengar kabar itu,   menitislah air mata , Fatimah mengabarkan kepada beliau tentang rencana busuk kafir Quraish.
Nabi memutuskan untuk berhijrah ke Madinah. Beliau memerintahkan Ali untuk baring di katil  bagi menggantikan posisi Beliau. Malam itu sekitar 40 orang mewakili masing-masing penyembah berhala mengepung rumah Nabi dan bertekad bulat menyerang dan membunuh Rasulullah saw.
Nabi berhasil meloloskan diri. Sementara Fathimah di dalam rumah cemas dengan serangan musuh yang datang. Di luar rumah dia mendengar terikan orang-orang kafir. Hanya ALLAH yang tahu ketakutan serta gelisahnya pada malam yang panjang itu. Fathimah mengetahui kekejaman dan kebengisan kaum kafir.
Ketika fajar menyingsing, kaum Quraish menyerbu ke rumah Rasulullah sambil menghunus pedang-pedang mereka. . Bagai gerombolan binatang buas beringas menyalak mangsanya. Mereka masuk secara paksa kerumah Nabi. Kemudian mereka masuk ke bilik Nabi lalu menyelak selimut yang terbentang di katil dengan maksud membunuh Beliau.namun mereka terkejut ketika mendapati Ali berbaring di katil  dan mengenakan pakaian Rasulullah. Mereka meninggalkan rumah dengan perasaan kalah dan kecewa , dendam dan hanya bisa menyimpan marah kepada Nabi dan Ali.
Ali selamat dari pembunuhan itu. Dia berangkat bersama rombongan yang sebahagian besarnya adalah wanita keluarga Nabi, di ataranya Fatimah bt Asad, ibunya, Fathimah binti Rasulullah, Fathimah bt Hamzah serta keluarga Nabi lainnya.
Pada mulanya rombongan itu di pimpin oleh Abu Waqid yang kasar dan membentak-bentak wanita -wanita agar cepat .
Kemudian Ali berkata kepada Abu waqid, "Wahid Abu Waqid jangan bersikap kasar kepada mereka. Mereka adalah wanita."
Abu Waqid menjawab, "Aku kuatir jika kita bergerak lambat, orang-orang kafir akan menyusul kita,"
Ali berkata, "Biarlah aku menggantikanmu. Nabi berkata kepadaku, "Wahai Ali , sesungguhnya sejak sekarang mereka tidak dapat menyusul mu untuk menimpakan sesuatu yang tidak kamu kehendakki.
Ali kemudian menggantikan Abu waqid memimpin rombongan itu dengan s

Benar, ketika rombongan keluarga Rasulullah saw dan pengikutnya mendekati daerah Dhajnan, lapan orang kafir Quraish yang menunggamg kuda dari Mekah mampu menyusul mereka. Rombongan berkuda itu kemudian menghadang merka. Huwairits ibn Naqidz, lelaki berwajah garang dan tidak bersahabat, pemimpin rombongan berkuda itu, maju menghadang rombongan muslimin dengan kudanya.
Dia berkata, "Hai Ali ! Hendak kemana kalian?"
Kami menuju Yatsrib,"jawab Ali
"Kalian orang Islam. Tidak boleh meninggalkan Mekah! Kami mencari pemimpinmu, di mana dia?
"
"Untuk apa kalian mencari pemimpin kami. Apakah kalian juga ungin memeluk Islam?"
Demi Latta dan Uzza, kami akan membunuh sepupumu itu.  Aku akan memaksamu untuk menunjukkan di mana Muhammad"
Ketika Ali menolak dengan gagah berani, kelompok berkuda itu menyerang Ali dan bebarapa pemuda lain yang berada dalam rombongan muslimin itu. Ali menangkis tebasan pedang dengan mereka dengan pedang terhunus. Bagai singa menyerang mangsanya, Ali memporak perandakan pasukan berkuda itu. Satu persatu dari kaum "Quraish itu tersungkur dari kudanya dan tewas.Menyaksikan rakan-rakanya tewas n sisa dari kafir Quraish itu menjauhi Ali. Namun Huwairitz ibn Naqids sempat melukai Fathimah putri Rasulullah, lalu melarikan diri.
Ali khuatir, mereka yang memburu semakin banyak. Segera dia melanjutkan perjalanan. Itulah detik -detik paling menegangkan, mengerikan dan pedih bagi Fathimah . Jika bukan kerana kasih sayang serta perlindungan ALLAH , serta kepahlawanan dan keberanian Ali, pastilah malapetaka menimpa keatas meraka.
Di desa Quba, di pinggiran kota Yatsrib, di rumah seorang Ansar, sudah 3 hari Rasulullah dan Abu Bakar menunggu kedatangan rombongan Ali. Ketika memberikan ceramah di depan orang-orang Ansar dan Muhajirin di rumah itu, tiba-tiba seseorang tergopoh-gopoh masuk kedalam dan melapurkan kedatangan rombongan Ali. Nabi segera keluar menjemput puterinya Fathimah serta keluarganya yang lain dan gembira menyambut kedatangan mereka.
Seminggu kemudian Nabi memasukki jantung kota Yatsrib yang kemudian namanya di tukar kepada Madinah. Setibanya di Madinah m Nabi membawa Fathimah ke rumah  milik Abu Ayyub  al-Ansari.  Keyika itulah Fathimah menjadi tamu ibu Abu Ayyub.
Di madinah , Nabi saw mulai mengatur strategi.  Kota ini kemudian menjadi pusat pemerintah Islam pertama kali di dunia.  Nabi mendirikan masjid . Kerana Nabi Muhammad tinggal di sisi masjid, maka pusat kegaitan serta pusat pertemuan Nabi dengan para pengikutnya di lakukan di masjid itu.
Hidup bersama Nabi di Madinah, bagi Fathimah adalah periode kehidupan kedua yang tidak kalah sulitnya.
Di Madinah , Fathimah mula menginjak dewasa harus berjuang lebih keras untuk memulai kehidupan baru, Setelah badai menderanya di Mekah, kematian ibunya, hijrah ke Madinah dan menghadapi serangan yang tak kunjung padam di lancarkan kaum Quraish.

 Di Madinah Nabi bernikah dengan Saudah . Beliau kemudian memindahkan Fathimah ke tempat Saudah. Setelah itu Nabi bernikah dengan Ummu Salamah . Ummu Salamah berkata " Rasulullah menikahi aku dan dia menyerahkan urusan putrinya kepadaku. Aku merawat dan mengurusnya. Padahal demi ALLAH , dia lebih terdidik du banding aku dan dia mengatahui segala sesuatu."

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


tradisi bubak kawah <b>di</b> desa <b>sungai rambai</b> | ingin berfilsafat in <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 09:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]tradisi bubak kawah di desa sungai rambai. a. Tradisi / Budaya. Tradisi adalah kebiasaan atau adat istiadat yang sering kita lakukan sehari-hari, kemudian Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta yaitu ...

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


PAS <b>SERKAM</b> DARAT: PR Lancar Menifesto PRU 13

Posted: 24 Feb 2013 08:39 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya mereka dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat" menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memberikan fokus kepada tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat. 
Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang itu dilancarkan di Pusat Konvensyen SACC di sini memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; dan kerajaan rakyat. Antara intipati manifesto itu adalah memerangi rasuah secara agresif melalui pemujudan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), Suruhanjaya Anti Monopoli, dan Suruhanjaya Kontrak Awam, bagi memecahkan monopoli dan kontrak-kontrak awam yang telah dianugerahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyemak semula keadilan kontrak berkenaan. 
 Pembangkang itu turut menjanjikan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem penguatkuasaan trafik yang menimbulkan kontroversi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pengambilan berperingkat lebuhraya di Malaysia dan pemansuhan tol, menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas, kajian semula semua fasa Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), dan banyak lagi.

ads